Pengalaman Paling Menyeramkan 2016 : Paragliding Langkawi ! | Salam. Daripada nak review restoran artis, baik review paragliding ni. Kan lagi bagus. Murah pun murah. Tak gitu? Ok ni nak citer, ramai yang request nak suh uzu buat review pasal Pasailing ni. Tapi memandangkan busy kan dengan study, so tertangguh lamanya. Baru hari ni dapat nak update blog pasal ni.
Masa uzu habiskan masa seminggu kat Langkawi, uzu akhirnya dapat merasa parasailing ni. Sebenarnya uzu tak berani nak naik, sebab memang menyeramkan, tapi demi nak gambar menarik kat instagram tu @emasputih90, *promotejap* , uzu pun gagahkan diri.
Memula uzu cari pakej kat tepi-tepi pantai chenang tu, ada yang RM90, ada yang RM60 dan ada yang RM50. Paling murah RM50. Uzu akan cari pakej dibawah RM50. Itu yang uzu baca kat blog-blog sebelum ni. Kena carilah sampai jumpe. Beratus agent kat tepi pantai chenang so kena pandai survey.
Btw orang situ kata, nak murah kena terus ke Pantai Bersih. Sebelah dengan pantai chenang.Kat situ lah kaunter parasailing ni.. Murah dari pakej kat tepi2 pantai chenang.
Btw, RM50 untuk 15 minit je tau. Life jacket disediakan. Ohh ya ! Sebagai info penting, jangan ambik Parasailing yang turun kat pantai tau. Ambik yang naik dan turun dari bot . Sebab ada kes parasailing turun kat pantai, orang tu terlalu berat dan susah nak tangkap dari bawah. On the spot orang putih tu matikat situ. So ape yang lebih selamat ialah kita naik dari bot dan turun pun kat bot. Jangan risau, tak akan jatuh ke laut. Bot akan tarik sampai selamat.
Waktu kat dalam bot tu, ada 8 orang kot. So sekali jalan. Tapi akan ganti-ganti lah. Setiap 15 minit kat atas. Uzu dah cuak dah. Dah lah sorang. Abg uzu naik double ngan wife dia. Berkrik krik krik lah uzu.
Waktu ni buat-buat berani je. Rasa nak jadi orang pertama yang naik. Tapi tak tau pulak cara naik. Bila tengok orang lain naik sambil tersengih-sengih, rasa gabra tu hilang. Confident nak naik sampai gorpo tertinggal kat bot. Lupa nak bawa naik. Rugiiii. Masa dah naik tu... Gilerr ! Senyum-senyum je. Walhal cuak. Takut jatuh kat laut.
Bila dah naik tu, fuhhh kat tengah2 laut dan ko sorang je kat atas, rasa lonely giler dan menyeramkan. Nak nangis tapii happy! Dalam hati ni, "weiii dah lah tu.. dah lah tu.. dah lah tu.. turun lah.." . Tapi nak buat camna, kat atas ko sorang je, bot tu pun bukan dengar . Dia akan turunkan bila habis time. Uzu rasa, 5 minit kat atas dah memadai. Giler ko nak tunggu 15 minit. Lama tuu..
Sesambil meremput tu, tak lupa tengok sunset dari atas. Serius weeii cantik sangat. Subhanallah diberi peluang menikmati keindahan langkawi di atas langit. Ceh langit la sangat ! Walhal nak turun cepat! Hehehe.
Waktu nak turun tu, pakcik bot ni memang sengaja bagi kiterang turun sampaiiiiiiiiii kena laut! Haaa ni sebab ramai yang menjerit kat sini. Haha takut pun ada. Pakcik bot suruh rakam scene aksi nak trun. Sikittt lagi weeeiii nak kena air laut tu.
Ada pelancong arab tu, kaki dia mencecah juga laut tu, basah kaki dia tapi takde lah tenggelam terus, tak... Pakcik tu dah power dah. Memang berpengalaman. Dia akan terus tarik sampai selamat turun dari bot.. 8 orang kat dalam bot, 8 orang kena benda yang sama. Kelakar juga tengok! hihi.
Yeahhh dahh alhamdulillah dapat juga merasa Pasailing ni. Selalu tengok je kat tepi pantai tu. Rasa tak berkesempatan nak naik sebab harga parasailing agak mahal selalunya, ratus2 . Kat sabah nak2 RM200. Kat Langkawi je dapat RM50. So memang rezeki uzu lah.
Agak-agak nak naik lagi tak next time? Haaa kalau uzu.. uzu akan naik! Sebab walaupun takut tapi masih ada perasaan ingin mencuba. Tau-tau lah suka aktiviti yang mencabar ni. Bukan semua orang boleh buat. Tak gitu? hehe.
Korang kalau nak ke Langkawi boleh try eh. RM50 je. Apa-apa terus ke Pantai Bersih. Kalau tak dapat cari, pakai je lah agent kat tepi2 tu. Nanti dia akan hantar korang secara percuma ke tempat tersebut. So have funnnnnnnnnnnn korang ! Salam.