Mencantikkan Diri Di Nexus Clinic Kuala Lumpur
Mencantikkan Diri Di Nexus Clinic Kuala Lumpur | Salam. Nexus Clinic merupakan aesthetic clinic untuk kecantikan dalaman mahupun kecantikan luaran.. Uzu kali ni nak mengurangkan masalah kulit muka uzu yang sangat kusam ni, sebab sebagai blogger kena lah jaga penampilan kan? Hihihihi so uzu ke nexus clinic kuala lumpur untuk mencari penyelesaian kepada masalah kulit muka uzu ni..
Kenapa uzu pilih Nexus Clinic Kuala Lumpur?
Nexus Clinic ditubuhkan pada tahun 2001, Nexus Clinic (Dahulu dikenali sebagai Mediviron UOA) merupakan pusat estetik terkemuka yang diletakkan di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur, menyediakan pelbagai jenis prosedur estetik bukan pembedahan dan rawatan laser maju.
Nexus Clinik khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediakan sulit, profesional dan peribadi perkhidmatan estetik untuk kedua-dua pasaran tempatan dan serantau. doktor yang berpengalaman dan pakar kakitangan perubatan akan memastikan anda merasa yakin dan berpengetahuan mengenai pilihan rawatan anda. Adalah menjadi hasrat mereka untuk membantu menentukan rawatan yang terbaik untuk keputusan yang anda cari.
Uzu ke Nexus Clinic Kuala Lumpur untuk membuat scan analysis dulu.. Scan analysis ni doctor akan buat analisis kat muka uzu. Dari hasil scan tu lah kita dapat tahu ape masalah muka kita..
scan analysis
sebelum scan tu, akan ditanya, guna mekap ke? kalau muka mekap, berapa lama dah mekap?
result analisis keluar
Dr. Doughlas tengah bagi penjelasan masalah kulit muka uzu..
Dr. Doughlas kata uzu punya masalah kulit takde teruk sangat, so far jewarat tu tak berapa ada cuma uzu ada masalah kedutan dan uv spot je problem. Sebagai blogger yang selalu mekap, uzu ni jenis tak guna pakai moisturiser kat muka, memang tak pernah pakai.. Dr.Doughlas kata, perempuan yang guna mekap ni, kulit akan senang jadi kering sebab makeup ni menyerap kelembapan kat kulit kita.. Tu sebab lah kulit uzu ni makin rosak sebab takde lembapan.. tak guna moisture sebelum pakai mekap.. Perghhh bila Dr.Doughlas bagitau, terus tersedar yang pentingnya moisturiser kat muka kita lagi-lagi yang suka pakai mekap tebal ni.. terus uzu rasa nak beli moisture..Bab uv spot pulak.. Haaa uzu pon tak pernah pakai UV kat muka uzu ni.. member yang pakai mekap, dia wajib pakai uv cream sebelum mekap.. memang perlu rupanya , effect bukan sekarang tapi nanti dah tua, akan keluar jeragat.. So pentingnya pakai uv cream, atau foundation yang ada uv protection.
So untuk masalah uzu di atas, Dr Doughlas suggestkan uzu treatment untuk melembabkan kulit muka uzu..
tgh pakai serum, pakai masker, buang sedut bintik hitam dan bintik putih , tutup semula pori
Rawatan uzu ni selama 1 jam 10 minit.. Rupanya apa yang uzu belajar dari treatment ni, apa-apa hal, kita memang wajib buang white head and black head sebab nanti apa-apa produk kita pakai, tak akan menyerap masuk dalam kulit muka kita, so nanti tak berkesan masuk dalam kulit..
Best juga kan buat treatment macam ni sebulan sekali.. Kalau banyak duit boleh lah sebulan sekali, atau 2 kali sebulan ke, memang cepat je lah muka kita cantik.. uzu pulak memang dah lama nak buang pori-pori kat muka ni.. Tak suka tengok. Huh.
Tetiba uzu teringat kat member, dia buat dripping vitamin c.. Yang ni dah lama uzu nak buat sangat-sangat muka hitam ni kan.. Hehehehe ya ampun bestnya kalau dapat dripping vitamin c. tapi mahai ya ampun.. Banyak vitamin c jual kat instagram tu tapi tak boleh percayalah wei kan.. nak buat boleh tapi make sure p klinik yang boleh dipercayai..
Nexus Clinic menyediakan banyak treatment, antaranya ialah Face, Body, Fat & Weight Loss, Hair Loss Treatment, Female Only, Men Only, Skin Supliment, Anti Aging & Hormones dan Media Spa. Wahhhh banyak giler kan? Ini bari kategori.. Belum lagi olah dalam kategori Face tu ada rawatan ape.. meh lah uzu nak share kategori FACe.
perghh banyak tak tratment under Face ? Hahahaha terkejut tak?
Haaa tu baru kategor face, belum lagi buka kategori lain.. Hihi nanti kalau korang nak tengo treatment apa yang ada di Nexus Clinic KL ni, boleh tengok kat website http://nexus-clinic.com/ ok?
- Fractional Laser
- Botox
- Medlite C6 Laser
- Platelet Rich Plasma (PRP)
- Venus Freeze
- MesoLipo Fat Melting Injections
- Zeltiq Coolsculpting
- HCG Weight Loss Program
- Direct Hair Implantation (DHI)
- Female Laser Rejuvenation
- Tattoo Removal
- Dermal Fillers
- Skin Peel
- Non Surgical Threadlift
- Ion Magnum
- Candela Gentle YAG Laser
Untuk Matlumat Lanjut :
Website : http://nexus-clinic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/nexusclinic/
Alamat :
Nexus Clinic Kuala Lumpur , LG 10, Lower Ground Floor,
Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact :
+60321635699
+ 603-2163 5698
+ 6017-2163 569
contact@nexus-clinic.com
1 comments