Review : Deeja Cosmetic Keayuaan Semula Jadi

Review : Deeja Cosmetic Keayuaan Semula Jadi | Salam.  Beberapa minggu lalu uzu berpeluang untuk review produk yang sangat famous ni, setiap hari uzu nampak kat timeline fb, perasan tak produk ni lah yang ada kat post instagram pen merah dot com.. Perasan tak? Kalau tak perasan sila tengok kat ig pen merah.. Mesti korang familiar dengan produk ni..

Sebelum uzu try produk ni, uzu dengar cerita sabun deeja ni best ! Uzu tetiba excited sebab sebelum ni ada review dari blogger lain yang mengatakan produk ni best.. Tu yang uzu tak sabar nak try.. Mana tahu sesuai ngan muka kita kan? Who knows kalau tak mencuba, kita tak tahu.. Betui tak?

Nak tau tak ada apa dalam kotak ni ?? Haaa Deeja Cosmetic ni adalah sejenis skincare muka. Di dalam kotak ni ada sabun pencuci muka, toner, night cream, day cream dan krim nano..
1. SABUN PEMBERSIH MUKA ±120gm (NOT150702472K)
- Membantu membersihkan kulit wajah dengan mendalam
- Membantu menyinkirkan sel2 kulit yang mati
- Membersih kulit sehingga ke dalam dengan partikel nano
- Mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit gelap & berminyak
- Kandungan utama : Air Mawar, Susu & Beras

Yang ni lah sabun yang blogger-blogger heboh sebab wangi dan best ! Uzu pun pakai. Betul memang wangi nak lepas pakai tu rasa kulit kita licin.. bayangkan kalau pakai hari-hari? Meletop u olls. Hoho.

2. TONER NANO ±30ml (NOT150702471K)
- Melembabkan kulit sepanjang hari
- Mengecilkan liang pori yang besar
- Menjadikan kulit lebih segar, bersih seharian
- Mengimbangi pH kulit
- Kandungan utama : Aloe Vera & Air Mawar
Untuk nak start jaga muka kalau nak tau, toner ni penting tau untuk menyegarkan kulit dan mengecutkan liang-liang pori kite.. Bila liang-liang dah kecik , takde lah blackhead ke whitehead ke, jerawat naik ke apa ke, insyaAllah semua ok. Setakat ni uzu tak miss pakai toner, Dah nak tinggal separuh dah sebab asyik guna je.. Sonok pakai.. Pap pap pap pap sikit biar meresap dalam kulit..

3. KRIM SIANG ±6gm (NOT150702468K)
- Mencerahkan kulit secara optimum semulajadi
- Mengandungki SPF 35 untuk perlindungan dari UV
- Memberikan tona kulit yang sekata & seimbang
- Kandungan utama : Minyak Biji Anggur & Serbuk Mutiara
Krim siang ni ada perlindungan UV .. Benda ni yang kita nak tuk mengelakkan muka kita jadi hitam.. Atau pun sunburn sebab krim siang Deeja Cosmetic ni ada SPF 35 tau! Jadi kalau nak berpanas pun lepas ni takde masalah sebab krim siang ni mmg akan jaga muka kita..

4. KRIM MALAM ±6gm (NOT150702469K)
- Membantu merawat kulit yang rosak
- Membantu mencegah jerawat & memudarkan jeragat
- Memulihkan cela pada kulit agar kulit kembali berseri & remaja
- Kandungan utama : Minyak Jojoba & Kunyit
Kalau ada krim siang op kos ada krim malam kan? So tak lengkap rasanya kalau tak de krim malam dalam set  skincare Deeja Cosmetic betui dak? Haaaa uzu suka pakai night krim deeja ni sebab ada wangi .. So untuk krim malam ni, adalah cara yang paling berkesan dalam penjagaan kulit. Sebab sebelum kita tido, kita tempek krim malam ni, sepanjang malam ia krim malam akan merawat kulit muka kita sepanjang masa kita tido.. Bila cuci muka esoknya, haaaa kulit rasa licin...

5. KRIM NANO (Malam) ±6gm (NOT150702438K)
- Memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit pada waktu malam selepas seharian kulit terdedah dengan sinaran matahari dan juga kotoran
- Berfungsi mengembalikan keanjalan kulit
- Memberi kelembapan kulit
- Menjadikan kulit sehalus kulit bayi
Krim nano ni uzu first time tahu kewujudannya .. Selama ni pakai krim malam dan krim siang je. Krim nano uzu x pernah dengar.. So ni lah keunikan produk Deeja Cosmetic sebab ada krim nano.. Krim nano ni kalau nak , selepas pakai krim malam.. Krim nano ni tekstur dia macam kunyit.. Kekuningan je rasa tapi elok lah sebab rasa macam pakai kunyit.. Tahu kan kebaikan kunyit ? Mmg kunyit tengah jadi trend sekarang ni..

Untuk set produk kecantikan Deeja Cosmetic ni, uzu nak share tutorial cara-cara pakai set produk ni..


Ok dah setel bab deeja cosmetic. Sesiapa yang nak try produk ni boleh lah tengok dulu testimoni-testimoni yang ada kat ig atau fanpage Deeja Cosmetic.. Alhamdulillah setakat ni banyak testimoni positif tentang Deeja Cosmetic.. Uzu pun nak bagi testimoni lepas ni.. InsyaAllah setakat ni kulit kurang minyak dah sebab pori muka dah mula mengecut ! Yang penting rajin je kan? Nak cantik mesti rahin tak boleh malas-malas okeh :p .. Btw info lanjut boleh tengok details kat bawah ye . ok Salam korang :)

Matlumat Lanjut
Contact : 019 6945950


3 comments