Maldives of Malaysia : Menjelajah Kepulauan Mersing Johor

Maldives of Malaysia : Menjelajah Kepulauan Mersing Johor | Salam. Alhamdulillah sampai juga niat nak sampai pulau-pulau yang ada kat Mersing.. Bila ye uzu last snorkeling ? Rasa nya paling last waktu kat Pulau Perhentian hari tu . Biasa kalau yang suka pulau-pulau ni memang excited nak p terjah pulau lagi-lagi pulau-pulau yang kiterang p ni dikategori pulau yang masih baru lagi.

Trip ni selama 2 hari 1 malam yang dianjurkan oleh Oh Jalan , thanks Oh Jalan sebab sudi menjemput kami semua. Perjalanan kami bermula pada Sabtu jam 12.30 pagi. Semua kami berkumpul di BTS.
Antara blogger yang turut hadir, Khai Artzfar, Pena Berkala, Fauzi Aryaan, Fuad, Mawardi, Yanty Lee, Emas Putih, Faizal Fredley, Hasif dan Uncle Zuan.. Semua blogger uzu kenal kecuali Hasif sebab tak perasan kewujudannye. maaf dik ! Hehehee..

Perjalanan kami bermula dan sampai ke Masjid Jamek Mersing pada sekitar jam 6 pagi. Kami berehat di masjid, solat dan mandi serta breakfast. Lepas tu siap sedia terus tukar baju mandi sebab kami akan terus ke Pulau. Kami tak check in hotel lagi. So barang-barang semua kat kereta. 
Korang kalau nak ke pulau-pulau, jangan lupa isi matlumat di borang yang akan dihantar ke Jeti laut. Yang ni wajib eh tuk yang cover pulau-pulau. Kat Sabah pun dah jadi mende wajib.. Ni nak memastikan korang selamat kalau ada ape2 jadi. Sila bagi Nama penuh dan IC kepada agen yang bawak korang masuk pulau atau tanya abg bot korang.

Kami akan cover bebera pulau sepanjang day trip ni. Tak silap uzu ada 7 pulau. 3 private island yang tak boleh turun, just tengok macma tu ambik gambar dan 3 tempat boleh snorkeling, yang mana boleh turun ke ke pulau tuk jejalan.

1. Pulau Harimau.

Dengar cerita pulau ni tak boleh masuk. Tak tau sebab ape. Takpe nanti dah boleh bukak boleh p sini lagi kan.. Kat sini cantik sebab boleh hiking.. Actually pulau ni boleh naik dan daki ikut tangga tapi pihak atas tak membenarkan kiterang naik sebab maybe hujan kot semalam. Walhal pulau ni sangat cantik tau kalau ambik gambar dari atas bukit ni. Siyesss tak cayaa tengok google. Hehe. Takpe lah takde rezeki kiterang.

2. Pulau Mensirip 


2. Pulau Gaul

Pulau Gaul ni dimiliki oleh kesultanan johor. So boleh tengok tengok macam ni je. Ambik gambar je dapat. Cantik pulau ni macam bentuk cengkerang.

4. Pulau Hujung

Pulau hujung ni air dia memang cantik giler lah.. Pastu air dia pun jernih, bersih, kalau snorkelling pun tak kabur. Sonok tengok ikan transparent kat sini tapi xtaw lah ikan ape tu. Uhukk. Pasir pun putih macam pasir kat boracay. Hewwww i like okeh.

5. Pulau Tengah

Pulau ni cantik tuk kami ambik gambar. Siap ada props belon pink pinkk.. Huwaghhh tetiba nampak pokok bentuk love. Kau ghase? Excited nak ambik gambar sampai memory full. Harhar.


7. Pulau Besar

Kat sini kami singgah jejalan sambil cari tandas nak tukar baju sebelum kami balik ke Jeti.. Pulau ni besar siap ada banyak resort lagi kat sini.. Macam-macam aktviti boleh korang jalankan kat sini.

Di akhir entry blog ini, uzu nak ucapkan terima kasih buat OHJALAN kerara menjemput kami bersama-sama untuk meng-Eksplorasi Kepulauan Mersing Johor. Terima kasih juga kepada penaja-penaja kami sepanjang trip ini. Thanks tau !

T E R I M A  K A S I H  K E P A D A  P E N A J A - P E N A J A !
Penganjur: @ohjalan
Penaja kenderaan: KLEZCAR (HQ) / 1-300-88-4040
Penaja penginapan: Hotel Bluewater, Mersing / 07-798 2846
Penaja makanan: Hentian Bendang, Air Papan / 019-773 6655
Penaja tshirt: Print DTEE Studio, Kemaman / 014-514 1022

H A R G A  P A K E J
Ground pakej RM188 day trip /RM248 2 hari 1 malam


C O N T A C T
Instagram : @ohjalan
Email : sales@ohjalan.com
Hotline : 016-7724594

9 comments