The Humble Cafe - Most Recommanded Western Malay Cafe In Bangsar
The Humble Cafe - Most Recommanded Western Malay Cafe In Bangsar | Salam. elehh tetibe je kan tajuk om putih.. Harharhar bukan ape hari tu owner The Humble Cafe cakap om putih dengan kiterang so rasa macam aummmm.. Hehe.
Ok haii korang actually uzu nak update mengenai food review uzu di The Humble Cafe yang mana cafe ini terletak di Bukit Damansara area Bangsar yang mana The Humble Cafe ni menghidangkan pelbagai makanan yang ala-ala western dan melayu.
The Humble Cafe dimiliki oleh Chef Rosman yang mana telah menentapkan The Humble Cafe berkonsepkan comfort food..Malah pengalaman 10 tahun sebagai di hotel terkemuka di Malaysia membuatkan Chef Rosman membuka cafe bajet-bajet tuk student.. Harga yang dikenakan pun sangat murah tetapi kualiti tinggi.. Itu yang kita nak sebenarnya...
Memandangkan dengar cerita Chef Rosman telahpun 8 tahun dalam bisnes, maka membuka The Humble Cafe adalah pilihan terbaik kerana uzu percaya Chef yang humble ni akan dikenali ramai lagi dan pelanggan bertubi-tubi untuk ke The Humble Cafe..
InsyaAllah dalam perancangan, The Humble Cafe versi dua akan dibuka di area serdang, yeahh area tempat uzu tapi matlamat The Humble Cafe adalah untuk student so memang sesuai lah nak buka restoran kat situ..
Jom kita tengok menu-menu yang ada kat The Humble Cafe .. Semua gambar-gambar ni uzu dah rasa sendiri dan TIADA menu yang uzu tak suka, semua sedap-sedapp. Seriusss ni tak tipu..
Lamb Chop with Pasta
Laksa Goreng. Pelik tak? ni 1st time uzu rasa laksa goreng dan memang serius sedap. tak tawlah nak kata apa tapi lain daripada yang lain.. Uzu tak pernah rasa lagi kelainan yang sedap ni.. Memang uzu nak puji bab ni.. Heheheh.. Ni mesti Chef Rosman nak masak mee goreng tapi mee habis. Terpaksa guna laksa.. jadi lah laksa goreng.. Hehehhe.. Chef Rosman kata, menu ni paling terlajak laris..
Omelet with Beef Mushroom Sandwich.. Yang ni uzu suka makan.. Like seriusly roti bakar je pun tapi xtaw lah camne diorang buat sampai jadi sedap.. Rasa macam nak buat breakfast macam ni hari-hari tak reti.. Mesti tak akan jadi rasa mcam ni.. Hehehe kekdahnya datang lah ke The Humble Cafe :)
Spagetis lover boleh try makan Bolognese, Aglio Olio, Pesto dan Carbonara. Uzu dah try keempat-keempat memang sedap walaupun uzu ni bukan jenis makan spagetti tapi boleh diterima tekak. Hehe kira nya memang sedap lah The Humble Cafe masak..! Selalunya kat tempat lain tak berselera. Hehe. Yang ni RM5 je k.. Murah tak? Jangan terkejut dengan harga mak jemah kat sini :D
Sesiapa yang kat Bangsar tu, lagi-lagi berdekatan dengan Bukit Damansara bolehlah singgah ke The Humble Cafe yang mana terletak di... Haaaa tengok details kat bawah.. Dah masuk bulan ramadhan ni The Humble Cafe 11 pagi sehingga 11 malam.. kalau waktu biasa jam 10 hingga 11 malam. Beza sejam je dengan bulan ramdhan.. Hihi uzu pun dah plan ngan member nak berbuka di The Humble Cafe , nak layan menu-menu melayu sempena bulan ramdhan istimewa untuk anda .. Selamat menunaikah ibdah puasa semuaaaaaaa.. ! Salam..
The Humble Cafe
Facebook : The Humble Chef
Instagram : @mrhumble
Waktu Operasi - Monday - Saturday 11am-11pm-
Close : Sunday
Facebook : The Humble Chef
Instagram : @mrhumble
Waktu Operasi - Monday - Saturday 11am-11pm-
Close : Sunday
1 comments