Indahnya Sahur Bersama Keluarga Tercinta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm9sQHtSYx_4Djdc2-0R5HDOk_5KrMGVOAoL7Eq26kZiAYbq2FMDBgRrHvAd3mW5Pvc_B3ECMaYK9ZZzs0bmQ5a0DmMhTZLJjWzUWxFZIOIxI0HyxwXGVRx2hERu0fVakot9EEjrehl4w/s640/13335979_915925308535200_8081604826083589462_n.jpg
Indahnya Sahur Bersama Keluarga Tercinta | Salam. Sedar tak sedar dah start puasa dah.. Tak sangka dah hampir 3 tahun berpuasa sendiri kat sini. Berpuasa jauh dengan family.. Uzu start belajar kat KL ni, memang susah nak balik ke Sabah. Flight tiket pun mahal giler wei.. Tu sebab uzu akan balik Sabah waktu raya je. So memang jarang dah nak berpuasa dengan bapak uzu... Dengan adik beradik uzu.. Rindu pulak tetiba.. Sob sobs sobs.


Tahun ni tahun ketiga uzu tak berpuasa di rumah kat Sabah.. Giler tak rindu? Haaa rindu lah wei. Teringat waktu-waktu kekecik dulu, masing-masing 9 orang adik beradik semua kat rumah. Time tu belum lagi yang ada belajar kat KL. Semua duduk kat Sabah.. Meriahh rumah kami.. Walaupun rumah kami kecik je kan waktu tu, tak kisah lah rumah tak muat nak tido janji semua 9 adik beradik ada waktu tu.. arwah mak pun ada.. Lengkap hidup kami.. :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguFM8cdSTlbS5NOVoYi2TBkmTQO6YzmOoahzycU9DPruY20R2sk5WoJuJ5Vx0IsbZ2jcVzZsyXduTmzA7GXR_b1y_fDVhqMAa54zEh_oHk-9NtazKuTISTCvL3529OKkPeKlRh_8bw6vM/s640/20150715_184204.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmJ9x0u13mNEKFrLGQozOX58BDtult-nxM0yPvyJAAiwsSeBrM5rp29mHSQP9x8Sz45IEIVDw3fl4RhwZfVQg0UF4AX5hWY_ZV27ObOHR7GKSVca_YZizjd6bOAI2sALi4waR18SdTvE4/s640/20150715_184206.jpg
Kenangan berbuka puasa tahun lalu bersama keluarga tercinta..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOeQiBM-x7may8MvDUdK0y_GZMpp-XVbYTjtZs6RRMTkgE29xya11tsJrED2utGVhhMsFgPsT6yhGkQOkdsu_1DV1-Pff-5uqusfkUuJu08OksZ8AdvOdbbOgNT7m_NYoTRvkVDuXyoEk/s640/20150717_160031.jpg
My Big Family..Ni waktu kat rumah nenek..


Terkenang waktu ramadhan masa kecik-kecik, waktu mak uzu masih ada, mak selalu jual kat bazaar ramadhan dan kiterang pun tolong-tolong sikit berniaga kat bazaar ramadhan. Mak uzu memang suka berbisnes.. Kalau dah masuk waktu puasa tu, mak lah yang paling sibuk . Bukan sibuk kat bazaar ramadhan je tapi sempat juga ambik tempah kuih-kuih raya. Mak uzu memang pandai masak dan kuih-kuih raya sebab semua sedap-sedap..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR84b4rwaL68x2Pbyh5xoHybAR3d3WHqOJQvLtOOCk-kqocVGeoEbdCHQYLp5Oo4s3lkP_Asa-LOYy47GD2S5ZvEbgMpmkzETNNHSU9roj5aWf0XrgBvnUZOipGWjoZSL_QXT86eRqXTI/s640/20150717_113237%25280%2529.jpg
Meriah rumah bila adik beradik dan adik beradik tiri berkumpul untuk berbuka puasa bersama..


Tak sangka pulak dah 11 tahun mak uzu dah takde.. Rasa macam baru je meninggal semalam. Hmm gitulah kekdahnya bila rindu mak sendiri. Hmm... Mengalir air mata bila taip entry ni. Hehehe. Tapi tahun ni uzu nak balik Sabah awal sikit.. Nak bercuti 2 minggu kat Sabah waktu puasa ni. So uzu dapat memeriahkan semula bulan ramadhan uzu dengan bapak tersayang dan adik beradik tercinta.. Teringin nak bersahur bersama, berpuasa bersama dan berbuka puasa bersama-sama. Mesti have fun kan ?! Kebetulan tahun ni semua adik beradik balik raya.. Wihuuuuuuu..

Bila kat Sabah nanti, uzu nak buat kerja gila ngan adik beradik. Kejut adik beradik pakat-pakat semua "jom sahur kat mcd!" .. Tak pun  " jom berbuka di mcd" .. Diorang pon mesti suka punye sebab kiterang memang hantu mcd pun. harharhar .. Soma pakat suka makan mcd ^^v




Memandangan kat hotel tengah cuti sem, roomate pun takde, uzu sahur kat McD Bangi, McD paling dekat dengan uzu so uzu order yang ni.. Kat McD apa-apa menu pun sedap. Tak dinafikan.. Tu sebab suka McD dari dulu hehehehe ^^v

Gigih weii jam 4 set alarm semata-mata nak gi bersahur kat McD.. Uzu suka menu sahur McD sebab sedap dan setnya memuaskan lagi! Set Ayam Grilnya ada Gril Ayam, Hashbrown, English Muffin dan Telur Hancur dan Set Big Breakfast dengan Hotcakes lagi best kerana set ini gabungkan Big Breakfast dan Hotcakes sekali!! Pasti kenyang seharian berpuasa kan!

11 comments