Hanbing Korean Dessert Cafe, Bangsar

Hanbing Korean Dessert Cafe, Bangsar | Salam.. Sesiapa yang suka korea angkat tangan ! *saya!* .. Yeahh uzu bab korea jangan nak kate apa lah.. Memang tiap hari layan korea..Nak kata peminat tegar korea pun..makanan korea tak pernah makan.. Hehehe.. So bila dapat invitation review Hanbing Korean Dessert Korea , uzu rasa terujua sebab selama ni minat korea tapi tak berpeluang merasai makanan yang dimakan oleh orang-orang Korea.. Teruja actually. hihihi

Hanbing Koren Dessert Cafe terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar yang mana berdekatan dengan Bangsar Village 2 . Kalau parking dalam Bangsar Village 2, nak jalan kaki ke Hanbing Koren Dessert Cafe pun boleh.. Takde lah jauh sangat.. Sebab nak bagitau, nak cari parking kat area sini memang susah so pepandai lah korang :D
Nampak tak menu kat atas? Yang ni jenis set .. Table Cooked Topokki . Yang ni memang sesuai untuk berbuka puasa dengan family tercinta atau kengkawan. Table Cooked Topokki ni ada 3 jenis iaitu chicken , beef dan seafood.. So yang kami pilih untuk try ialah Topokki Seafood dan Beef..

Table Cooked Toppoki ni actually ala-ala kita masak sendiri..Memandangkan waktu bulan puasa ni sangat ramai orang, so takut terawal hidang makanan, nanti makanan akan jadi sejuk so tu sebab ada table cooked topokki yang mana kita akan sendiri masak sesambil tunggu waktu berbuka..
 Table Cooked Toppoki - Seafood
Table Cooked Toppoki - Beef

Jangan risau cara nak masak sebab ada tutorial simple yang senang faham camna nak masak toppoki ni..Amacam senang tak? Hehehehehe... Semua ada diterangkan seperti didalam gambar dibawah :)
So set toppoki didatangkan dengan pelbagai makanan korea yang lain.. Jom tengok gambar-gambar makanan kat bawah.. Jangan terliur tau.. Kah!
Big Bowl Bibimbap
Kimchi Fried Rice Egg Base
Sushi versi korea
Ni nasi goreng korea.. Ingat tak toppoki yang main masak sendiri tu? Lepas je habis masak, ada kuah dia kan? Haaa lebihan kuah tu lah akan jadi nassi goreng korea guna bahan-bahan seperti diatas.
Sedap snack ni..
Ayam ni pun sedap.. 1st rasa ayam camni..
Ni uzu first time makan toppoki yang masak sendiri tadi tu.. Lepas masak camnilaj jadinya..
Air yang sangat menyelerakan..
Meiah tak meja kami dengan set Table Cooked Topokki?

Dan last sekali kami layan aiskrim yang telah viral dan popular kat sini.. Macam-macam jenis aiskrim yang telah kami cuba.. Kat sini panggil Snow Ice..
 Blueberry Cheese Cake Snow Ice
 Mango Snow Ice
 Durian Musang King Bingsu Snow Ice
 Oreo Binsu Snow Ice
Injeolmi Snow Ice

Ice cream kat sini semua sedap-sedap terutama durian musang king snow ice, blueberry cheese cake snow ice dan mangoo snow ice.. Haa ni antara top snow ice yang uzu suka sangat! Yang mengenai set toppoki tu, 1 set boleh makan dalam 4 orang so boleh bawak kengkawng korang. Terus terang uzu cakap, makanan kat sini, walaupun dia menu korea tapi boleh diterima tekak orang malaysia.. So memang sesuai lah kalau korang nak berbuka puasa kan? Tak gitu? Hihi

So jom lah singga ke Bangsar, singgah lah makan ice cream macam ala-ala hipster ni pasti korang tak kecewa makan.. Setiap hari ramai sangat orang datang sini sebab ice cream ni je.. Tengok pun menarik dan cute sbb tu uzu sangat recommanded korang lepak sini ok?

Matlumat Lanjut
Instagram : @hanbingmy
Waktu Operasi : 12pm - 12am (Sun-Thur) , 12pm-1am(Fri-Sat)
Alamat : Jalan Telawi 3, Bangsar *opposie Bangsar Village 2*
( Boleh waze Bangsar Village 2 )

4 comments