Grand Opening Butik Paling Besar Di Melaka : Zahara Exclusive

Grand Opening Butik Paling Besar Di Melaka : Zahara Exclusive | Salam.. Lama tak p Melaka.. Last p Melaka tahun-tahun lalu dan memang bertahun tak jejak Melaka.. Baru uzu tahu yang Melaka ni negeri yang banyak traffic light.. Hahahaha lepas merasai pengalaman drive KL-Melaka, oh betul lah engkorang kata, Melaka ni bandar trafic light.. Haha..

Well siapa tak nak g Melaka kan? Negeri yang paling banyak pengunjung dicatatkan di Malaysia dan kebanyakkan pendatang asing akan keluar masuk Melaka so Melaka memang crowded dengan orang nak bercuti.. Bayangkan lah uzu nak book hotel a day before kat Melaka, Ya Allah sampai ke 4 pagi cari hotel semua full book.. Terpaksalah batal niat nak stay hotel kat Melaka..Sobss baru ingat nak jejalan Melaka..

Kita ke bab butik pulak. Kalau kat KL/Selangor ni, vendor-vendor butik semua berkumpul kat Bangi Sentral.. Uzu pun suka shopping kat Bangi Sentral.. Tapi kalau kat Melaka camna? Caman diorang nak shopping? Haaaaaaaaaa tu sebablah wujudnya Zahara Exclusive yang mana Zahara Exclusive ni menghimpunkan pelbagai vendor-vendor exclusive dibawah satu bumbung! Bab ni uzu suka sebab semua pelbagai jenama brand dalam satu kedai...
Grand Opening Zahara Exclusive Melaka yang bertempat di area Bandar Hilir ni telah pun dirasmi dibuka oleh orang ramai dan yang pasti ada penampilan khas dari Ippo Hafiz, dan ada Alia iaitu model tudung terkenal Malaysia, ada penyanyi AF , ada blogger famous(kiterang lah tu! Hahaha perasan) dan macam-macam tetamu yang hadir..

Yang menariknya, sempena grand opening ada hadiah utama wang tunai bernilai RM100, ada 1000 goodies bag, dan yang pasti sale besar-besaran sempena ramadhan dan raya ini !

Menurul owner Zahara Exclusive, terdapat lebih 50 vendor dari pelbagai jenama dihimpunkan di dalam satu bumbung dan insyaAllah ada lagi jenama lain yang akan masuk.. Nak tahu tak? Owner butik ni rupa dia macam sape? Hahahahahahah macam Jeep Sepathtu ! Uzu memula tengok, Jeep Sepahtu dah gemok ke? Awat tetiba Jeep pendek ni? Hahahah kuajaq tak? Tapi serius lah sama muka diorang.. Lesung pipit yang sama.. Kerlasssss walhal takde pertalian darah.. Untunglah.. :D

Ok meh kita tengok vendor-vendor yang ada dalam butik Zahara Exclusive Melaka ni..
Owner bukti tanya kami, "kalau nampak kedai macam ni suka tak?" .. Huihh terus terang uzu cakap.. Memang suka sangat! Kami ni yang perempuan suka tengok banyak-banyak brands ada kat sini.. Memula sebelum masuk pun, uzu tengok dari jauh.. Perhati dari luar.. Besar juga kedai ni.. Kalau kedai macam ni rupa dia, insyaAllah akan maju dan dikenali ramai.. Betul uzu cakap.. Lagipun tempat stratergik.. Kawasan lot daru.. Takde ape lagi kat situ.. Pesaing pun takde tu sebab Zahara lah satu-satunya butik yang ada kat situ.. Memang orang akan singgah lah no matter what happen. Haha.

Seronok kalau dalam satu kedai macam-mcam pilihan yang boleh kita boleh buat.. Banyak kaler.. Banyak jenis.. Nak cakap murah tu, takde lah murah tapi memang macam tu harga sekarang.. Uzu sendiri kat KL akan cari butik exclusive nak beli baju.. So yang area Melaka lepas ni seronok lah ekk?

Fuhhhh... sambil kerja sambil shopping shawl. Ohmaigad tak tahan tengok shawl bunga-bunga ni. EH tershopping pulak shawl kat sini.. RM39 je. Murah sangat !
Uzu berkenal kat baju koleksi dari wawa zainal ni.. Bak kata owner, Encik Din.. Baju ni antara baju paling laku setakat ni.. Tak perasan pulak ni dari jenama Wawa Zainal.. Patut cantik ! hahaha.. Meroyan-royan uzu tengok baju-baju kat sini..
Jom meroyan royan kat butik Zahara Exclusive Melaka tuk shopping raya.. Uzu dha puas meroyan dah.. Korang lagi lepas ni.. Hehehehe.. Jom sebelum meroyan tuk, baca lah senarai vendor-vendor yang ada kat Zahara Exclusive Melaka :)

• OSRA EXCLUSIVE
• QASREENA
• WA CLOTHING
• SUCI BY YATT HAMZAH
• EMBUN KASEH COUTURE
• ANZEL SCARF
• JULIANA NORDIN
• ANAQAH COLLECTIONS
• QURRATUL AIN COUTURE
• DHAFYRA BLUE
• INARA
• REDAUDRA BOUTIQUE
• ADENIA SIGNATURE
• AISHA HANA
• EPILOGUESS BY AEINCHASMIN
• AYULYSS
• INSPIRASIKU BY JOBA
• ARDINI KL
• SITI SARAH OFFICIAL
• RAINBOWSS SCARF
• DOTTY FABULOUS HIJAB
• SCARVANGELS
• GARDEN OF ZAIRA
• EMLYN SHOP
• BY RHEAROSE
• AIRINA APPAREL
• MISS MARIA OFFICIAL
• QALA DREEM
• SHARIFAH SHEIKHA
• NUR IMANI OFFICIAL
• BY JUZAILA HADI
• RUFFLES AND SCARVES
• BUSY BAKERS MY
• CHOKOTAK
• CAPTAINS DESSERTS
• LEGEND PERFUME
• NAZRAI HIJAB PIN
• ACCESSORIES VINTAGE
• QAWENARA
• HAURA PINS
• LIPSWAGON
• AAHIJABPIN
• BROWNIESCIOUS
• ZARA NATURLICH
• NAELOFAR HIJAB
• ZEEYA BY ALIA ISMAIL
• QASTAL OFFICIAL
• BEEYA ALISHA
• BEAUTIFUL YOU CLOSET


Matlumat Lanjut:
Facebook : Zahara Exclusive 
Instagram : @zaharaexclusive
Waktu Operasi : 11 pagi - 7 malam
Alamat : No.16,18 & 20, Jalan KPMB 1, 
Kompleks Perniagaan Musai Bistari,
75400, Melaka.

p/s : Thanks Encik Din sebab sudi menjemput kami .. Thanks juga kepada puan isteri encik din.
Ada jodoh ketemu lagi... Semoga berjaya dalam bisnes ni.. Amin :)

9 comments