Kenapa Kalau Takeaway Seafood Ia Akan Kurang Bila Dimasak? Adakah Ada Penipuan Dalam Proses Memasak?
Kenapa Kalau Takeaway Seafood Ia Akan Kurang Bila Dimasak? Adakah Ada Penipuan Dalam Proses Memasak? | Salam. Pernah tak korang tengok video yang pernah viral ni? Yang belum tengok boleh tengok. Video ni uzu tengok kat fb.. Viral sebab peniaga ikan menipu pelanggan. Pompuan ni buat penipuan dalam proses memasukan ikan jualan pelanggan di dalam plastik untuk di bawak balik.
Sejak tengok video ni, uzu rasa macam tak percaya bab-bab bungkus membungkus ni. Uzu ada baca satu artikel atau satu blog yang mana dia kata dia ditipu oleh beberapa restoran seafood bila dia beli seafood tu, berat yang dia timbang sekian sekian.. Dan bila restoran tu masak menu seafood yang dia pilih tadi, berat jadi kurangggg ! Kurangg banyakk.. Kurang separuhh pun ada..Haaa kat sini lah dia kata ada penipuan dalam proses memasak. Dia kata mungkin pekerja-pekerja di ambik sikit dari asal asal.
Disini uzu pun terfikir nak try beli tapau kat beberapa restoran makanan seafood ni area-area hostel uzu ni.. Sebelum kita percaya hal negatif, apa kata kita review dan tengok sendiri betul ke ada kes penipuan berlaku waktu memasak?
So uzu pon ke restoran yang pertama.. Ocean Hauz Bangi ! Dah lama teringin nak makan seafood kat sini. Kenapa uzu pilih Ocean Hauz ?? Sebab dia dekat je ngan hostel uzu. Dalam 5-7 minit dah sampai..
Ada 3 jenis menu yang uzu berkenan dan memang favourite lah op kos ! Memula uzu ambik Green Mussel . kalau kerang ni memang tersedia dalam plastik macam ni, anggaran diorang dalam 500g. So bila uzu timbang kat kedai tu green mussel ni dalam 554gram.
Berat sebelum masak =554g
Berat Selepas Masak = 390g
160g berat makanan kurang selepas memasak. Berat timbang ni tak masak sos. So uzu sengaja asingkan.. So next menu pulak..
Alaskan King Crab.. Wohaaa yang ni uzu first time makan ketam jenis macam dan first time tengok !
Macam mana lah eh rasa ketam ni? Macam susah nak gigit je.. Rupanyaa kulit ketam ni lembutt.. Liatt dan susah nak pecah macam kulit ketam yang lain.
Berat sebelum masak = 553g
Berat Selepas Masak = 400g
Menu terakhir uzu kat Ocean Hauz ialah Lobster Boston Us. Wahh lobster kot! Paling mahall ni k. Kena makan sampai tinggal kulit je..
Berat Sebelum Masak = 583g
Berat Selepas Masak = 440g
140 g berat kurang lepas masak.. Wahhh semua berat kurang ni lepas masak. Tapi takde perfect je uzu tengok lobster ni. Kalau ada penyelewengan pun, tak boleh nak cakap apa sebab mmg perfect semua ada. Kalau bab mussel tu. Uzu dah kira berapa biji sebelum dibawah ke dapur tuk di masak. Dan bila uzu bawak balik hostel, kiraan uzu tetap sama. Takde lah istilah diorang tipu ambik 2 3 4 5 biji kerang. Takde takde.. so uzu tak puas hati lagi ni.. Tak kan nak review 1 kedai je kan? So uzu review lagi kedai lain.. Kot-kot kali ni berat makin bertambah.. Siapa tahu??
Selepas 2 minggu uzu ke Restoran Crab Hut di Cyberjaya? Kenapa uzu pilih restoran ni sebab dekat dan ada dulu-dulu beberapa blogger telah viralkan restoran crab hut ni..So lepas blogger review, baru uzu tahu kewujudkan makanan seafood yang main ketuk ketuk ketuk kat atas meja tu.. Rupanya wujud berdekatan uzu selain makan kat Ocean Hauz.. Wohaa tak sabannya nak try makan tapau kat Crab Huts !
Semalam uzu p Crab Hut.. Uzu minta teman kak ty dan najeeb p tapau makanan.. Dengan selekehnya uzu pegi .. Actually baru balik events jam 8 malam tapi balik hostel jam 925malam baru sampai Crab Hut Cyberjaya..So Menu tapau uzu nak kat Crab Hut ialah..
Red Lobster .. Yeahh i like lobster.. Kat sini takde diorang tunjuk bagi timbang berat. Kena tanya menu dan bayar..
So uzu tak dapat nak tengok dan ambik gambar berapa exactly berat yang ditimbang tapi kalau dirujuk apa yang pekerjanya bagitau berat dalam 600gram lebih. Berat Red Lobster saiz L sebelum masak ialah..650 gram..
Berat Selepas Masak = 580g
70 gram berat kurang. Actually berat mesti kurang dalam 100g lebih sebab uzu timbang dengan sos dan plastik. Uzu lupa nak suh pekerja Crab Hut tu asingkan sos..
Menu kedua pulak White Prawn. Menu yang paling uzu suka dan sos dia pun sedap. Wihiii.. Mengikut resit berat udang ni dalam 500 gram..
Berat Selepas Masak = 410gram
Lebih kurang 90 gram berat kurang lepas masak. Campur-campur berat plastik dan sos, maybe dalam 100gram juga yang kurang.. Btw sos sambal uzu tuk udang ni ialah butter. Memang sedap lah weii.. uzu bagi 5/5 bintang tuk sos sedap ni..
Last menu ialah.. Mussel . Berat mengikut resit dalam 500gram.. Yang ni sedap ni.. Tak dapat nak kira sebab tak boleh kira..
Berat Selepas Masak = 460g
Kurang dalam 40 gram. Kalau buang plastik dan sos maybe tak sampai 100gram kurang..Btw rasa mussel ni sedap sebab sos Thai Sambal.. Perghh awesome rasanye. Aumm...
Ok kesimpulanya di sini, selepas review dua restoran seafood ni, Ocean Hauz dan Crab hut, uzu mendapati bahawa, berat akan berkurangan sebelas dimasak , hal ini kerana seafood akan mengecut ketika dimasak dan air-air didalam badan udang, kerang,lobster pun akan berkurang bila dalam proses memasak. So yang kata ada kes penipuan waktu proses memasak adalah TIDAK BENAR sama sekali ye.. Semuanya luar dalam bidang kuasa tukang masak.
Sebelum kita nak mempercayai sesuatu benda-benda negatif yang boleh menjatuhkan bisnes orang, apa kata korang rasa dulu pengalaman sendiri.. Jangan ikutttt je benda negatif macam ni. Blogger yang write up negatif review kat restoran-restoran kenalah meminta maaf ataupun write up semula buat permohonan maaf. Awak blogger telah mencemarkan imej blogger-blogger lain di Malaysia. Pity u. Hmmm.. Tu je review dari uzu. Kalau uzu teringin nak review kat tempat lain, nanti uzu update lagi ye. Mohon korang share kan artikel ini dan sama-sama menegakkan kebenaran! Salam.
Ocean Hauz
Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Phone:+60 10-386 5019
Crab Hut
P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia,
Cyberjaya 6 GET DIRECTIONS TEL: +03-8322 6861
1 comments