FRESH TO GO PhotoBlog Contest | My Daily Breakfast Routine With Fresh To Go 7-Eleven !
FRESH TO GO PhotoBlog Contest | My Daily Breakfast Routine With Fresh To Go 7-Eleven ! | Salam.. Yeah tidak dinafikan hampir setiap hari uzu akan singgah ke 7-Eleven yang terdekat kalau ada events atau nak p class ! Memang akan singgah 7-Eleven dan beli makanan yang ada kat Fresh to Go area.. Uzu memang suka makan sandwich. Selalunya memang akan beli sandwich je dengan nescafe ice. Kalau tak breakfast tu, uzu rasa macam nak muntah. Tu pasal setakat ni uzu tak pernah skip breakfast!
Lagi mudah bila ada Fresh to Go 7-Eleven foods. Makanan yang fresh. Senang makan. Rasa pun sedap. Harga pun tak mahal. Presentation pun cantik. Buat kita nak beli je.. Uzu pula tinggal kat hostel, takde peti sejuk, uzu kekurangan makanan yang fresh. So makanan fresh uzu just dapat hanya kat Fresh to Go 7-Eleven je! Lagi senang uzu nak dapatkan makanan Fresh to Go sebelum atau selepas kelas sebab 7-Eleven new outlet baru buka kat depan mall bersebelah University uzu ni ha. 5 minit dah sampai !
So ceritanya tadi uzu ada event kat KLCC. Kebetulan parking kat sama level dengan 7-Eleven ! Apa lagi ! Cecepat masuk dam beli makanan kat Fresh to Go! Lapar gilerr kot tak makan lagi..
Bila masuk tu terus cari Fresh To Go foods!
Makanan ape lah tinggal pepagi ni eh? Selalunya sandwich dah nak habis :(
Ohhh ! Nasib baik sandwich masih ada ! Harharhar..
Jom cecepat buka peti ais nanti orang rembat egg mayo sandwich kegemaran uzu. huhu
Oh first time nampak sausage ni. Kat 7-Eleven selalu pergi takde pun. KLCC je ke ada?
Ohmaigaddd ! ada burger lah..
Haaa ni sandwich uzu..selalu makan egg mayo sandwich apa kata hari ni try sandwich chicken mayo.
Wohaaa egg burger dan blackpaper burger lah. Camne lah rasenye ehh?
Kalau yang tengah berdiet boleh beli telur ni. Panaskan je dekat macrowave.
Ok yang ni macam sedap kan Pocket Pie ni..
Ok lah uzu ambik sandwich, pocket pie dan sausage bun lah !
Berapa lah eh harga semua ni? Agak-agak mahal tak?
Ohh tak sampai RM20 lah !
Sebelum tu, uzu nak panaskan sausage bun kat Macrowave. Tak lama pun.. seminit dua je..
Yeahhhhh. mesti sedap kan makan panas-panas?
Memandangkan tempat duduk kat dalam 7-Eleven ni ada makcik tengah makan sambil menghayal, so uzu pun makan kat tepi 7-Eleven ni haa. Takut tak panas kalau biar lelama.. Tak sedap lah u ols..
Menyiurkan tekak tak? Hahaha. Maaf ye..
Btw Fresh to Go ni boleh didapatkan di mana-mana 7-Eleven tapi tak semua ada kot. Jangan risau dengan makanan yang ada kan Fresh to Go ni sebab ianya HALAL dan fresh ! Setiap hari Fresh to Go di hantar ke outlet 7-Eleven di Malaysia..! Rasanya waktu malam pun masih lagi ada Fresh to Go foods ni. Bila uzu beli waktu malam, masih fresh lagi ..Tak mengecewakan.. Takde sakit perut pun..Ternyata memang Fresh walaupun kedai dibuka 24 jam sehari ! Qualiti tetap di diutamakan..
Jangan risau lah.. 7-Eleven ni memang satu company yang sangat dipercayai dari segi kualitinya. Tu sebab 7-Eleven sangat maju dan sekarang ni ada lebih dari 1905 stores di seluruh Malaysia. Haa.. Kerlasss kau jah.. Bukan tu je 7-Eleven ada lebih 900000 pelanggan setiap hari. Terbaik lah ! I adore u 7 Eleven !
Bukan tu je, korang boleh beli Fresh to Go food dan lepak kat meja dan kerusi yang disediakan. Boleh lepak-lepak sambil meeting. Kekadang uzu penat jalan seharian, dengan pakai wedges tinggi bagai p event blogger, memang sakit lahkan kaki? Tak pun ada task blogger yang perlu kita siap kan cepat, boleh lah chill dan relax sambil buat kerja.. Sesambil tu kunyah la Fresh to Go foods.Sounds good right? Hehe...
Dapatkan makanan Fresh to Go di 7-Eleven berdekatan anda ! Yang takde masa setiap hari, hidup sentiada terkejar-kejar, atau dah lambat nak p airport, takut ketinggalan flight.. Haaa boleh singgah beli dan grab Fresh to Go foods 7-Eleven !. Boleh makan kat mana-mana je.. Senang dan mudah yang penting FRESH !
Info:
Website : http://www.7eleven.com.my/
Facebook Page : https://www.facebook.com/7ElevenMalaysia/
Instagram : @7elevenmy
FRESH TO GO PhotoBlog Contest
ini dianjurkan oleh 7-Eleven Malaysia pada 5 - 19 April 2016.
7 eleven malaysia
fresh to go
fresh to go 7 eleven
fresh to go 7 eleven malaysia
fresh to go foods
fresh to go malaysia
5 comments