Bajet Keseluruhan & Itinerary Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Sabah

Bajet Keseluruhan & Itinerary Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Malaysia | Salam. Ok yang ni mesti ramai dah tunggu-tunggu kat uzu update bajet ni kan. Uzu pon tak taw lah ni bajet murah ke atau bajet mahal. Korang la nilaikan sendiri.

Tiket Flight pergi balik KL-Tawau = RM322.24

Pakej Ground 7 Pulau di Semporna = RM450
Tempoh: 4 hari 3malam 
+ RM120 hotel & RM60 camping *nanti kat situ bayar*
total = RM630

ITINERARY 
Hari pertama:
*Menuju ke destinasi ke Tawau(pagi)
*lunch(sendiri)
*daftar masuk hotel
*aktiviti bebas
*minum petang (ABC Semporna)
*dinner
*jeti ikan
*tido

Hari kedua:
*sarapan
*Bohey dulang (kasut diperlukan, kasut getah blh di sewa di jeti&guide disediakan)
*lunch
*snorkeling Sibuan & Maiga
*Dinner
*aktiviti bebas
*tido

Hari ketiga:
*sarapan
*mabul
*lunch
*mataking
*kepalai
*dinner
*tido

Hari ke empat: ( Sepatutnya balik KL sbb dah habis pakej tapi add on 1 day )
*sarapan RM10
*shopping
*lunch(sendiri) RM10
*dinner sendiri ( kena belanja )
*EXTRA NIGHT WE Staying at hotel Dragon Inn Floating Resort Semporna = RM150/night tongtong 4 orang. RM40 per head

Hari ke lima ( Extra day ) - Aktiviti sendiri
- Check out hotel Dragon Inn Floating Resort Semporna
- Beli lobster fresh di pasar semporna
- Naik bas ke Tawau RM30 per head
- Beli lopster lagi di pasar Tawau = RM45
- Makan-makan RM15
- Balik KL

Pakej termasuk:
Transportation (van&boat), food & beverage (breakfast, lunch, dinner), entrance fee, snorkeling package.

Pakej tidak termasuk:
Hotel (RM120 untuk 3 malam)
Camping (RM60)
*fly, ground, memancing, bbq, kayak, mencari tapak sulaiman, night walk,merasai seafood eg rumpai laut,kima,landak laut,tiram

So total hangus kesemuanya ialah RM800
Plus Jajan beli hal barang-barang sendiri RM200
TOTAL = RM1000 juga lah habisnye. Hahaha. Redha. Nasiib baik pakej tu boleh bayar ansur-ansur tau. Kalau tak , krik krik krik juga nak bayar sekaligus semua . 

Kalau nak jimat jangan buat extra day. Jangan beli jajan banyak-banyak . Ambik membazir. Kalau ikutkan pakej Rm630 . Dalam RM70 cukup kot nak makan itu ini. So dalam rm700, RM750, rm800 juga lah boleh jadi . Ikut korang punya nafsu. Hahaha. Ok lah tu je lah. Salam.

Untuk pakej murah semporna #trip kita
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
0162933143 call&sms
0176145146 wassapp

Jom Baca :
Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #4 *akandiupdate*


2 comments