Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna Day #1

Trip Jelajah Pulau-Pulau Cantik Di Semporna | Salam. Alhamdulillah trip uzu ke Semporna berjalan dengan lancar. Sebelu nak travel tu, fuh takde semangat langsung nak pergi.. Bila dah ramai-ramai travel kan, dengan orang yang kita rapat dan selesa, terus mood jadi ok. Tambah-tambah pulak ada guide Man yang baik hati gila yang anggap we ols ni member sendiri. Itu suda cukup memadai.

Hari ni uzu nk berkongsi pengalaman uzu menjelajah Semporna pada hari pertama.

6.00 AM : Sampai ke dan berkumpul di KLIA2. Sempat breakfast lagi sebab uzu ni walau dah lambat sekalipun kena wajib breakfast kalau tak mula lah nak muntah.
7.15 AM : Bertolak dari KLIA2 ke Tawau International Airport . Masa perjalanan dalam 2 jam 45 minit. Lebih kurang sama dengan KL ke KK. 2 jam 40 minit. Sepanjang jalan uzu tido , bangun-bangun buka mata dah sampai Tawau. Kemain tidur sebab uzu tak tido malamnye tu.

10.15 AM : Sampai ke Tawau Airport. Kalau untuk org semenanjung ke sabah, ada kertas putih diorang bagi. Sila simpan tau ! Kalau tak, tak lepas balik KL kang nanti. Keluar dari airport naik Van ke Semporna. Dari Tawau ke Semporna dalam 2 jam macam tu.

Otw perjalanan tu, kami singgah ke gerai buah-buahan sebab guide man nak bawak member semenanjung ni nak makan buah tarap. Buah tarap ni takde kat semenanjung. Itu yang pasti. Uzu pun suka . Orang semenanjung yang1st time makan akan jatuh cinta ! Haaa so mana-mana org sjung nak ke Sabah Sarawak ke wajib try beli buah ni.
Dalam pakej yang uzu dapat. 1st day tak masuk dngan hotel so we ols kena cari hostel sendiri.. Hotel yang wel ols pergi ialah Dragon Inn Hotel tapi full pulak. Next kami ambik Mutiara Inn Hotel sebab dekat dengan Giant, dekat dengan tempat makan seafood, dekat dengan jeti dekat dengan spa. So jalan kaki je semua. Mutiara Hotel RM75 je tuk standart room. Sampai bilik terus rehat 2 jam.

5.00 PM :
Bertolak ke Bukit Tengkorak. Yang suka hiking memang sesuai lah ni. Memula uzu malas nak hiling bagai tapi memikirkan yang uzu oh bukan selalu pun p sini dan enjoy trip ngan member, so gagahkan diri juga. Hahaha. Naik punya naik, fuhhh nasib baik ada tangga, bila sampai atas tu.. terus kata kat diri sendiri. Tadi beria sangat tak nak naik bukit tengkorak tu skrg meroyan tengok kecantikkan alam. Alhamdulillah..
6.00 PM : Rushing ke Jeti Kampung Sum-Sum tuk tengok sunset waktu petang. Kelam kabut nak turun dari bukit tengkorak sebab nak kejar sunset sebab Semporna ni agak cepat maghrib. Jam 6 lebih dah mahgrib.

Sampai jeti terpegun dengan airnya yang jernih. Fuhhh terus teringat jeti Boracay Philipines yang uzu pergi bulan Jan lalu, jeti dia takde lah jernih macam ni.. Ni baru jeti, belum tengok air di pulau-pulau keesokkan harinya..
7.00 PM : Cari jajan kat Giant sebab nak bagi orang asli makanan esok dan lusa kat pulau. Lepas tu cari barang personal.

8.00 PM : Makan malam di Fish Village Seafood Restaurant. Dekat sangat dengan hotel kiterang. Makan malam we olls dah termasuk dalam pakej.

10.00 PM : Uzu dan member g spa sebelah ngan restoran tadi tuk buat urut kaki sebab lenguh gila lepas hiking di Bukit Tengkorak petang tu.

11.00 PM : Tidur dan berehar di bilik masing-masing. Esok paginya kena bangun awal sebab ada jelalah pulau-pulau seawal jam 8:30AM . Its time to sleep ! zzzzzzzzzz

Nantikan entry uzu day#2 kat pulau ye. Memang meroyan lah korang sebab tengok kejernihan air yang sangatttt jernih weii. Haaaa.. k lah bye Salam.

3 comments