Apa Yang Ada Dalam Beg Mekap Anda ? Meh Tengok Uzu Punya ! | Salam. Haaa perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan. Sama lah macam uzu. Well tak tahu lah sejak bila minat pakai mekap ni. Tapi perempuan tak minat ke, tak reti ke, kena juga ada mekap ni. Tak lengkap takpe janji ada.
Uzu sejak dua menjak ni suka sangat habiskan duit kat watson atau gurdian. Tak pun beli on9. Kengkonon nak lengkap A-Z barang2 mekap. Tapi setakat ni uzu semua ada kecuali shading dan highlight .
Dulu2 uzu suka pakai Silky Girl. Sekarang dah try Simply Siti, Revlon, Sendayu Tinggi, Maybelline, Mac, Golden Rose dan macam2 lagi. Tak ingat..Kalau nak jalan2 keluar dating ke , event ke, uzu akan bawa beg mekap kecik. Setakat ni yang selalu uzu bawa kehulur kehilir dalam handbag ialah..
Foundation : Sendayu Tinggi
Compact Powder : Revlon
Mascara & Eyeliner : Maybelline
Lipstic : Golden Rose + revlon
Eyebrow : Maybelline
Blusher : Revlon
Kalau rasa nak mekap heavy tu akan guna mekap yang lain.. Berus mekap pun penting juga tau. Tak best la pakai berus kecik yg disediakan dalam blusher atau apa2 mekap yg ada berus. Lagi suka pakai berus mekap sendiri. RM50 je yang uzu beli kat Sephora.
Haaa tu je lah yang selalu uzu pakai. Macam gambar kat atas. Yang ni ada class mekap. Lepas tu conteng muka sendiri. Macam tu lah jadinya..
Korang pulak camna ? Ape lah dalam beg mekap korang tu eh. Nak juga tau kot2 ada yg berkenan. Hehehe. K lahh bye salam :)
Emas Putih Dalam Majalah Dara.com October 2015 | Salam. Akhirnya keluar juga slot uzu dalam majalah dara.com ni. Hampir 2 bulan uzu tunggu. Hehe. Ikutkan plan akan keluar last month sekali ngan Yaya Natsumi, Yanty Lee , Tya Salmid tapi nak dua org je dulu setiap sesi.
Siapa yang pernah baca uzu update hari tu disebalik tabir photoshoot last month memang tahu lah pasal ni.
http://www.kisahemasputih.com/2015/08/di-sebalik-tabir-photoshoot-majalah.html . Boleh baca pengalaman kiterang shoot. Best woo. Slot kiterang bukan cover majalah tapi slot bila blogger masuk dapur . Kah! Yang blogger uzu invite tu semua jenis tak reti masak, so memang kalut lah nak practise. Kah !
Ok ni lah slot uzu . Uzu masak Mini Pizza daging berkeju ! 1st time buat terus menjadi. Sedap pulak tu. Hehe. Thanks kak sue izza sebab bagi resepi :)
Korang nak test tak rasa? Sedap tau! Hehe simple je nak buat. Bebudak suka ler makan camni. Orang tua lagi lah suka. Kah ! Apa pun thanks buat Majalah Dara yang sudi memilih uzu dan kengkawan yang lain. Harap dapat berkerjasama lagi.
Korang jangan lupa beli tau Majalah dara.com bulan ni punya ! Kat 7E ade, kat mana2 pun ada. Senang je nak cari. Hihi k bye salam :)
Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih | Salam. Ok terima kasih yang telah sponser GA uzu ni. Rasanya ada lebih 20 orang yang PM tapi hanya 10 orang je uzu terima. Uzu nak limitkan RM500 je . Uhukk. Sebab nak buat yang simple-simple je. Nanti nak buat GA yang besar-besaran , waktu tu takde limit kuota sponser. Haha ok berangan dulu. OK wei jommm join GA uzu yang simple kebabom ni. Simple-simple je ok. Semua dah tersedia seperti biasa. Good luck !
Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Tarikh Mula : 29 October 2015
Tarikh Tamat : 12 November 2015
Syarat-syarat :
1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway October 2015 Cash RM500 by
Emas Putih
2. Follow Blog :
Emas Putih ,
Shamiera Osment ,
Faziea193 ,
Mrspuex ,
Dalia Galery ,
Nurfuzie ,
Smart Generation ,
Kisah Pondok Kecil ,
Lisa hlovate ,
Norhidayah ,
Perniagaan Reload ,
Olah Bersama ,
Riana Little
3. Follow Ig :
@emasputih90 ,
@shamieraosment ,
@unclezuan11 ,
@faziera193 ,
@fairyrosewardrobe ,
@znooraini ,
@sayaidaydotcom ,
@salina_johari , @
farprettybylh ,
@liyana.fatin ,
@intansaffyna ,
@marziah81 ,
@norhafizahalwi ,
@el&kate
4. Like Page :
5 Copypaste code di bawah dan paste kan diruangan html .
6. Dah siap? Jangan lupa tinggalkan entry link blog korang di ruangan komen. Terima kasih semua./ Salam :)
Semua Blogger Dijemput Menjadi ahli Asia Blogger Community (AABC) | Salam. Selamat petang semua. Ok actually, uzu dah lama jadi member air asia community blogger ni , nak hampir 2 tahun uzu menjadi ahli .
Antara yang best jadi AABC ni, kiterang dijemput cover event, dapat Fam trip free ke dalam dan luar negara tapi bab ni uzu takde rezeki lagi sobssssss tapii haa ramai je blogger dapat invitation. Tapi tak jeles pun sebab semua tu rezeki masing2. Hihi :)
Ok lepas tu kan. Kalau ada gathering AABC mcm gathering yang dibuat baru2 ni kat Times Square, best giler yg menang dapat tiket flight . Semua blogger AABC seluruh malaysia dan luar negara dijemput. Yang jauh naik flight tu dapat flight dan hotel free. Hehe haaa best ta? Best tak? Haaaa best tau...
Dulu member nak jadi member ni sangat limited tapi kali ni nak ramai member sebab tahun depan AABC akan buat gathering secara besar2an..
So siapa berminat nak jadi member AABC tak kira lah apa jenis blogger sekali pun, ada traffic ke takde traffic ke, tua ke muda ke haaa semua pun boleh.
Caranya sila emailkan ke email maa_corpcomm@airasia.com . Kalau tau tak camne nak email. Uzu bagi contoh kat bawa ehh..
Tajuk : Request to join Air Asia Community Blogger
Hai. Saya bla bla bla. Im owner blog www.kisahemasputih com who interested to join AABC members. Pastu goreng je ayat. Buat simple2 ni pun takpe.
Ok sekian. Tu je caranya. Actually uzu bukan nak memandai2 nak buat entry ni tau. Ianya sebagai sokongan yang tak terbelah bagi untuk memeriahkan lagi AABC :) Ok tu je lah. Salam
*sorry update entry dalam kereta. Otw ke kelantan*