Today !! Trip To Thailand (Hat Yai & Krabi)| Salam. Huwaghh tiba juga masanya trip terakhir uzu ke luar negara untuk tahun ni. Acewahh.. Luar negara lah ssngat walhal kat Thailand je pung.. Sebelah ngan Malaysia. Macam takde feel travel je. Kah! Dan kengkonon last trip. Ye ye lah. Macam tak caye je si uzu ni.. hihi
Ok..Travel partner uzu untuk trip kali ni ialah Pena Berkala & Yazid Izzat. Orang yang sama juga waktu trip Cambodia - Vietnam hari tu. Well kiterong tetiba jadi sebati dalam bab travel ni. Harhar. Nak travel ngan Mr.FF, oh dia tak layan nak travel kat asean ni. #bilamanaffpoyo . Kah! Mr.FF saye takde cuti. Takpe lah. Next time..
Trip thailand ni kiterong pegi Hat Yai & Krabi je sebab cuti pendek, 4 hari je trip ni so sempat 2 tempat je. Kalau ada cuti, mesti kiterong p Bangkok ! Tapi takpe lah kan..Belum ada rezeki. InsyaAllah next time.
Bajet backpacker untuk kali ni dalam rm290 sahaja tak termasuk makan,flight dan shopping . Nanti uzu akan update bajet ke thailand ni nanti, so jangan lupa nantikan next entry !! Hihi. K bye salam :)
Tips Nak Jimatkan Data Internet ! | Salam.. Huwargh lama tak buka laptop.. Lama tak update blog. Uzu update blog pun dari henpon je.. Kesian sangat hidup takde wifi.. Wifi kat tempat kerja kat Kelantan tu, tak boleh bukak browser. Kat hotel pulak, asyikkk hujan je.. internet asyik takde je.. Pastu modem kat hotel tu meletup. Terpaksa on9 pakai data je. Uhuk..
Sekarang uzu pakai Digi, internet daily RM3 sehari, data 150MB je.. Hahaha.. Nak guna bil/pospaid, macam tak berapa berkenan sebab P1 unlimited uzu ni ada kat bilik hostel.. So guna data daily je. Orang tanya, kena tak apply sebulan je? Bukan tak pernah apply internet monthly, pernah je tapi tak sampai sminggu dah habis data. Kau ghase? Memang tak cukup.. Last2 redha je kena tolak kredit RM3 sehari.. Takpe at least masih prepaid..
Bila guna data yang ciput ni, kekadang tenghari dah habis data.. Aishh memang uzu ni jenis banyak nak guna data dalam sehari. Group wasap ada 50+ .. Tu macam2 group ada. Group kerja, group travel, group student. Macam-macam ada. Kekadang mengeluh juga.. Stress bila cepat habis data..
Lepas tu terjumpa gambar kat fb orang duk share.. Tips nak jimatkan data internet. Haa insyaAlllah mungkin membantu uzu dan kalian.. Uzu yakin ramai yang selalu mengeluh data cepat habis kuota. Haha so jom baca tips2 kat bawah..
Snapseed : Apps Editing Yang Uzu Selalu Guna Untuk Edit Gambar Kat Fon !! | Salam.. Thanks kepada yang memuji gambar-gambar uzu kat
entry ni. Uzu baru lagi sebenarnya belajar guna apps ni dan sememangnya apps ni the best apps editing yang senang dan mudah nak pakai. nak edit pun senang. Hasil pun cantik.. Macam professional editing walhal edit kat fon je.. kahkahkah!
Hehe..btw, apps ni uzu dapat tahu kewujudnya dari Pena Berkala, my travelmate ever! Thanks moka sebab ajar uzu guna apps ni.. Kalau tak, sampai bila2 tak tahu ada apps yang sangat best, mudah dan cantik hasilnya!!
Tengok macam gambar kat atas. Beza sangat kan gambar sebelum dan selepas? Gambar original kat atas guna gopro, so gopro memang perlukan editing yang cantik barulah hasil pun cantik! Weee! Nak tau apa nama apps tu? Baca kat bawah :)
Download : Snapseed
Android , iphone pun boleh download .. Semua jenis fon boleh setakat ni.. Hehe try lah :p
Kalau tak tahu camna nak edit.. Uzu ajar cara basic .. hehe. Boleh rujuk gambar kat bawah..
1. Open image. Pilih gambar..
2. Edit
3. Tune image. Sentuh gambar dan srcoll jari ke atas dan kebawah. Setting guna jari..
4. Save.
Selamat ber-edit-ing !! k bye Salam :)