Tahniah ! Anda Terpilih Untuk Sesi Casting Pencarian Model / Talent ! | Salam. Alhamdulillah.. Kelmarin waktu penat kerja kat Tunnel (bawah tanah) di Jeli Kelantan, uzu ada dapat wasap dari sesorang.. Jeng.. jeng.. jeng.. Lama tau tunggu berita ni...
Yeahh rupanya ada perkhabaran gembira yang mana uzu terpilih sesi casting untuk model/talent di studio ni.. Ni kan benda yang uzu sukaa sangat..
Kisahnya, ada someone pm kat fb, suh isi details pencarian model/talent ni.. Uzu pun isi lah.. Sebelum isi tu, uzu bagitaulah orang tu.. "saya ni pendek je. Tak layak jadi model ke talent ke. Pastu saya ni gemuk" .. Pastu dia cakap " takpe isi je.. Ada talent kecik je saiz dia " .. Mendengar abg tu balas mcm tu.. Uzu pun isi.. Argh isi je.. Dapat ke tak ke belakang cerita..
Haaaa rupanya dapat pun ! Tapi, haaaaa ada tapi tapi lagi.. Tapi, tarikh yang dinyatakan , sesi casting tu diadakan esok. Pergh sedih uzu.. Esok kan uzu masih di Kelantan sampai isnin.. Dan nampaknya uzu takde rezeki lagi dalam bidang ni..
Sebelum ni , abg Ben Ashaari pun ada suggest suh datang casting pencarian model tapi waktu tu uzu ada class. Dan nampaknya belum tiba masa untuk merealisasikan impian untuk menjadi model/talent . Sobsssaaa
Apa pun, hati kena redha. InsyaAllah mungkin ada rezeki lain dimasa akan datang. Doakan semoga uzu dimurahkan rezeki dimasa akan datang ye..Amin :)
Pakej Percutian Giler Giler Murah Ke Korea | Salam.. Ada sesiapa tak berminat nak p Korea ? Kalau ada yang berminat nak p Korea tapi nak bajet ciput je, nak bajet bajet je, bolehlah join pakej murah ke korea ni. Pakej ni uzu dapat dari abg ben.. Kononnya tengah plan nak p Korea oktober ni.. Sekarang ni tengah fikir nii.. Nak p ke tak ? Teringin juga nak p.. serius. Aaaa ok ni pakej yang kami dapat. Mana tau korang nak join sekali kan.. keh keh ^^v
16-20 October 2015
5hari 4mlm
**RM1999 sahaja**
Termasuk :
-Flight AA pergibalik
-Hotel 3 star atau setara dgnnye
-Pengangkutan
-Lawatan
-tiket lawatan**
-Breakfast/dinner
TIDAK TERMASUK :
-luggage
-lunch
Deposit rm800
Intenary lawatan :
Hari 1- lapangan terbang antarabangsa incheon. -pemandu pelancong akan berjumpa dgan anda sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang antarabangsa incheon dan akan membawa anda ke hotel di Seoul menaiki bas mini.pelancong dibenarkan berjalan2 sekitar seoul sejurus tiba die lapangan terbang antarabangsa incheon tapi diingatkan smpai di hotel di Seoul tepat jam 5.00p.m.Berehat sehingga jam 8.00p.m selepas itu pelancong boleh berjalan2 die sekitar pasar di Seoul. Anda akan bermalam di seoul(termasuk makan malam)
Hari 2- Gyeongbokgung seoul palace>National folk museum>cheonggyechen stream>namsan tower.-anda akan bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan akan membawa anda utk memulakan lawatan pagi harini.-
Destinasi pertama ialah Gyeongbokgung palace(ambil perhatian istana ini akan tutup pada hari Selasa.Oleh itu sekiranya ia tutup pada hari lawatan anda kami akan membawa anda melawat tempat menarik lain) teruskan lawatan ke National folk museum. Seterusnya anda akan melawat presidential residence dan cheonggyechen stream. Pemandu pelancong akan membawa anda ke namsan tower dan diberi masa 4 jam utk melawat. Selepas itu anda bebas utk menikmati keindahan di Seoul serta bermalam di hotel (termasuk makan malam & sarapan)
Hari 3- seoul nami island>petite france>seoul war memorial>changdeokgung palace. - Anda bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan membawa anda memulakan lawatan anda hari ini. Lawatan pertama ke pulau nami. Nikmati lake cruise dan jangan lepaskan peluang untuk berjalan di bawah pokok2 jalanan yg sangat cantik dimana penggambaran drama paling popular Korea "winter sonata" dijalankan. Lawatan diteruskan ke petite France, anda diberi masa 2 jam untuk melawat petite France sebelum pemandu pelancong umembawa anda melawat ke Seoul memorial war dan changdeokgung palace. Tempoh masa melawat kedua2 tempat ini lebih kurang 5jam. Selepas itu anda bebas utk melawat sekitar Seoul dan bermalam di hotel Seoul.(sarapan & makan malam)
Hari 4- Seoul myeondong>namdaemun>itaewon>dongdaemun>insadong.- Anda bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan membawa anda utk memulakan lawatan hari ini. Anda berpeluang untuk membeli belah seharian ini dan akan berakhir dgan sesi mengambil gambar pada jam 5.00p.m. Sebelum balik ke rumah tetamu anda akan dibawa ke dongdaemun untuk merasa "ikan bakar famous".Tamat lawatan hari ke 4. Anda bebas berjalan2 di sekitar Seoul dan bermalam di hotel
Hari ke5- setelah sarapan pagi pemandu pelancong akan bawa anda menaiki kereta persendirian ke lapangan terbang antarabangsa incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala lumpur. Tamat lawatan di korea😉
Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah Dara (Karangkraf) | Salam. Sabtu lalu, shoot untuk slot di Majalah Dara berjalan dengan lancar. Sapa yang dah baca entry sebelum ni, memang tau lah uzu shoot slot ape, kalau belum baca, sila baca sini .
KLIK .
Slot
"Bila Blogger Di Dapur" di Majalah Dara.com nak 4 blogger. So, antara blogger yang bertuah kali ni ialah... Uzu, Kak
Yanty Lee,
Yaya Natsumi dan
Tya Salmid.
Menu uzu tuk slot ni ialah Mini Piza Daging Barbeque . Resepi uzu dapat dari kak sue izza tersayang. Korang jangan cakap "elehh...masak tu je ke?" . Memang akak ni yang nak menu simple2 je. Menu yg budak2 suka. Kalau nak suh kami masak yg berat2 tu, kena masuk majalah masakan lah, bukan majalah dara.. kan... betul tak? Huhu.
Ok . Ni di disebalik tabir we ols buat menu masing2. Akak ni sporting giler. Banyak sangat membantu kami...tq sangat2. Hehe.
Shoot kami kat rumah kak ty... So kalau kat rumah kak ty, best sikit. Selesa shoot di rumah orang yang kita kenal.. walaupun rumah bujang tapi alhamdulillah semua lengkap. Yang takde tu cuma bahan2 tuk menu masing2 .. Bahan2 kena beli sendiri.. Tak sampai rm25 pun menu ringkas kami ni..
Dari jam 11 pagi sampai jam 3 petang kami shoot. Lama juga rupanya. Tapi serius tak sedar masa berjalan dengan pantas. Tupp2 giliran sendiri.. Uzu yang last sekali sebab menu berat sikit di antara kami berempat.. Bila semua dah siap tu. Lega gilaa....
Btw, tq kak has dari Majalah Dara sebab invite uzu dalam slot ni.. Dan yang sedemikian, uzu boleh imvite 3 blogger dara ni. Semua tak reti nak masak, haaa ini kali lah , rasain. Semua cuak. Apa pun, pengalaman yang terbaik untuk kami. Kot2 lepas ni tetiba suka baking, tetiba suka masak kan.. sapa tau? Hehehe. So last but not least. Alhandulillah sekali lagi. Everything went well :) Nantikan muka2 kami pada bukan october ya :).. Salam..