Kerana Setia Selama 2 Tahun, Dapat Hadiah Istimewa :) | Tudiaaaa gempak tajuk. Tajuk mengalahkan orang tengah hangat bercinta.. Ewah. Hahaha.. Orang yang hangat bercinta pun tak sweet macam ni tauu..
Ok ni nak citer hal kelmarin, uzu dapat panggilan fon dari P1.. Elehhh mamat ni.. Situ orang tengah tahan perut kelaparan tunggu waktu berbuka, situ jugak dia ni call.. Aishh nak minta hutang ler tu... Tapi uzu dah bayar bill dah.. Tak kan ler tak masuk-masuk lagi.. Membebel dan memberontak dalam hati.. "kau nak ape?" Tapi tak berani nak cakap. Hahaha..
Ni 1st time tau uzu on call lelama ngan P1 ni.. Panas telinga uzu ..On call ngan pakwe pun tak lama-lama macam ni tauu.. Uhukk.. Ohyaa rupanya, kontrak P1 uzu 2 tahun dah nak tamat. So dia nak renew and upgrade.. Pakej yang ditawarkan lepas upgrade boleh tahan juga sampaikan uzu bersetuju nak renew contract lagi 2 tahun.. Harharhar
Pakej sebelum ni :
Unlimited 20gb
RM105 Monthly
Pakej selepas Upgrade :
Unlimited no limit GB
RM98
Wahhh rupanya pakej unlimited plan uzu ada 20 gb je.. Tapi bila habis kuota, slow tapi still boleh tengok running man. Siyes ni ! Sekarang ni happy sangat sebab dah bebetul unlimited. Takde limit kuota nak guna.. Memang sesuai untuk uzu . Lagipun P1 ni pun boleh bawa ke mana-mana .. Hohoho ni memang hadiah istimewa setakat ni yang uzu pernah terima .. Kalah beg paghis i. Lol..Haha I'm happy :)
Misi Membunuh Lipas Terbang Kat Bilik Hostel ! | Bab lipas terbang ni benda paling menyampah sekali dalam dunia yang fana ini.. Walaupun jarang-jarang ada tapi bila dia datang, menjerit satuu level tu, habis soma penghuni hostel keluar bilik tengok gelagat uzu dan roomates.
Eh tu cerita betul tau.. Lipas laknatullah macam neraka jahanam ni telah menggangu ketenteraman uzu dan roomate nak study.. Nak tidoo. Part paling best tu, kita dah siap-siap nak tido, dah pakai losyen, dah pakai krim muka, dah baring di posisi paling sedap sekali denganselimut yang tebal suam-suam suku, tinggal nak tido je dan tetibaaaaaaaaaaa ada benda terbang-terbang datang. Ah sudaa!!! Tak banyak cakap dah... Terus menjerit keluar. kau ghase?
Belum lagi alkisah bila uzu balik rumah kat Sabah.. Rumah uzu kan kat dalam kampung-kampung sikit. Sebelah dengan zoo .. Memang uzu tak tenang bila kat rumah.. Ada je benda terbang-terbang ni. Dah la tajam pulak tu. Uzu pun tak tau benda tu apa... Walaupun benda tu takde lah terbang-terbang macam lipas , tapi once dia bergerak dan ke badan kita, memang menyegat juga lah rasa.. Uzu bukan takut lipas je, uzu takut benda yang boleh terbang terbang dengan pantas. huhuhuhu.. Selagi kakak , abang atau adik uzu tak halau, selagi tu lahhhh takkeluar bilik.. Haha. Memang penakut. Seriusly. Lol.
So alhamdulillah uzu diberi kesempatan nak review produk Serai Wangi dari Afy Haniff ni. Uzu tak pernah lagi try setakat ni.. Baru nak mencuba.. Sejak kotak serai wangi tu ada kat bilik, belum ada lagi lipas neraka jahanam tu datang bilik.. Eleh lipas ! Takut ler tu.Kitew tak buka lagi tau kotak tu.. Tak kan takut? Hahaha kalau kitew dah bukak kompen awak tak datang2 lagi kan. Dasar lipas! Haha :D
So.. Mana satu eh produk yang boleh membunuh lipas neraka jahanam ni ? Hehehe. Tak sabarnya alahaiiiii .. ok kalau nak tau produk apa yang sesuai nak hapuskan lipas dan serangga yang menggigit tu. Nantikan next entry uzu eh .. Uzu nak try dulu benda-benda ni semua :)