Antara Axia Dan Myvi, Mana Pilihan Anda? | Tudiiaaaaa sampai update blog pasal kereta ni. Tak habis tanya kat roomate, tanya kat kawan-kawan blogger. Tak puas hati, tanya pakwe.. Pastu.. Tanya family, tanya KBBA, tanya kawan-kawan kat fb dan last sekali tanya kat blog. Mana antara dua kereta ni menjadi pilihan korang jikaa.... korang berada di tempat uzu?
Yap. Kalau korang masih student dan korang juga seoarang blogger yang aktif, kereta manakah pilihan korang? Ada yang suggest Axia sebab penjimatan mintak yang teramat sangat. Axia juga dah besar macam myvi. Tapi nak tau Axia ni tak sedap bawa jauh-jauh.. Dan... tak kan uzu nak pakai Axia ni dalam jangkamasa yang lama? Tak kan lah nak tukar lagi? Rasa tak berbaloi ngan Axia.
Myvi pulak. Uzu suka Myvi. Design lawa. Ada yang jenis jimat minyak, ada yang tak. Tapi ada sedikit mahal lah. Around RM500 macam tu. Tapi kalau nak guna lama, i think myvi memang sesuai lah.. So tak payah tukar-tukar kereta lagi kan..
Anatar dua kereta ni je bajet student. Nak beli Proton, uzu memang tak suka proton. Cepat rosak. Banyak sangat negatif komen. So kalau korang lah..... korang pilih yang mana 1? Axia atau Myvi? Hehehe....
Exclusive Luncheon & Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 | Salam. Minggu sabtu yang lalu, uzu ke
Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (9 & 10 May ) yang telahpun uzu inform di entry sebelum ini yang mana sesiapa yang tengah cari kerja, boleh ke fair ni sebab ni fair besar-besaran tauu.. Banyak company besar terlibat sama..
Sebelum nak masuk ke dalam dewan, semua kenalah register terlebih dahulu di kaunter pendaftaran yang sedia ada. Bila masa hall ni memang sangat crowded. Ramai sangat orang. Of coz mestilah kebanyakkannya daripada pelajar-pelajar kan? Best jejalan kat dalam hall ni. Macam-macam booth ada.. Rasanya nak berjam-jam juga uzu kat dalam tu..
Uzu tersekat lama kat booth Media Prima ni.. Seronok tengok adik-adik ni live interview sebagai pengacara. Ada yang sangat berbakat, ada yang tak sangat berbakat tapi ada keyakinan tinggi dan macam-macam karenah yang uzu tengok.. Bukan senang nak cari pengacara.. Huhu. Seram..
Pada tengahari pula, uzu berkesempatan ke Exclusive Luncheon bersama beberapa CEO-CEO top company dalam Malaysia. Dalam majlis tersebut, ada sedikit perbincangan yang diketengahkan iaitu perbincangan mengenai Peluang VS Cabaran .
Yang menariknya pada sesi Q&A yang mana boleh mengutarakan soalan mengenai perkerjaan, career , masa depan dan macam-macam. Bagaimana cara pemilihan pekerja, cara membuat resume terbaik, bidang yang banyak dipilih pada waktu ini, bidanh kerja yang mencabar dan macam-macam lagi infomasi yang sangat bermanfaat bagi uzu.. Uzu sendiri ambil peluang mendengar dan insyaAllah akan memanfaatkan ilmu ini dimasa akan datang bila uzu cari kerjaya uzu satu hari nanti..
So, diharap event-event macam ni akan berterusan di masa akan datang kerana event-event ini memberi peluang kepada adik-adik yang nak habis belajar atau pun yang dah graduate berkumpul di satu tempat dan ini masanya mereka mencari peluang pekerjaan dalam 1 hall yang besar kerana event ini memudahkan mereka mencari pekerjaan..
Alhamdulillah. Nampak gayanya Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 berjalan dengar lancarnya. Fair pun sangat meriah. Harap tahun depan jumpa lagi ye.. hihi. InsyaAllah. So yang baru tahu mengenai Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015, boleh terjah web
http://www.graduan.com/.
Blogger Guna Internet 20GB Sebulan Baru Puas Hati . Kan? | Salam. Internet 20gb sebulan ni memang teruja dengar ni.. Sebelum ni uzu pakai internet celcom RM50 untuk 4GB je.. Huhuhu.. Sekali lagi uzu ulang, 4 GB je wei.. Memang tak cukup. Serius tak cukup..
Internet 20GB RM90 postpaid .. Pendahuluan RM150.. Ni simkad je.. Tak boleh call. Tapi boleh sms. Kalau bisnes pakai ni, memang sesuai lah.. Huhu.. Blogger pun lagilah sesuai nak pakai plan ni..
So masalah uzu tuk cari tenet yang banyak GB setel..! Best pakai 20gb wei...huhu.. Nak tengok movie setiap hari pun boleh... Baru tak rasa nak was-was nak download gambar. Lagi-lagi gambar dan video kat whatsapp yang mengarut tu.lol.
Siapa nak tau lebih lanjut pasal plan ni, boleh contact
Mawar Biru .. Uzu pun dalam sesi servay lagi.. InsyaAllah kalau takde aral melintang, uzu akan pakai plan ni.. Rugi tak apply wei.. 20Gb tu.. Hihi ok lah.. Salam semua :)
Bila Kekasih Lama Yang Dah Kahwin Datang Kembali. Respon ? | Its been almost a year uzu diganggu oleh ex. Sejurus lepas dia kahwin pun, masih terus mengganggu sampai sekarang.. Motif? I punya dah redha si ex kahwin, relakan dengan hati penuh ikhlas, lepas tu? Ini yang uzu dapat? Serius sedih..
Kenapa perlu menggangu hubungan orang lain ? Kenapa tak hormat hubungan uzu macam mana uzu hormat keputusan si ex nak kahwin orang lain? Its not fair. Tak adil sangat .. Engkau ingat kau sorang je ke nak rasa apa itu kebahagian? Errrrr sangat tak adil. Tak adil :(