Jom Ke Gunung Tangkuban Parahu, Gunung Berapi Aktif Di Bandung Indonesia | Salam.. Hari ketiga uzu kat bandung diisi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat best ! Hari ini uzu ada 5 tempat dan antaranya ialah ke Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung Tangkuban Parahu terletak di Lembang Bandung Barat.. Lebih kurang 30minit dari Bandung. Actually.. Gunung Tangkuban Parahu ni ada kisah dan sejarahnya tersendiri. Yang uzu ingat, ni kisah anak derhaka dan jatuh cinta dengan ibu kandungnya sendiri. Full story korang boleh baca kat google lah. Panjang sangat nak explain.. Hehe.
Orang kat situ kata, gunung berapi ni baru je meletus pada Januari 2015. Baru je lagi.. 3bulan yang lalu.. So takde sesiapa yang dibenarkan turun kebawah untuk masa ni.. Uzu ada jugak tanya , ada tak pelancong cedera waktu melawat gunung berapi aktif ni.. diorang kata.. setakat ni takde lagi.. Sebab mmg ada satu alat petanda tyg mana berfungsi untuk informkan kalau gunung berapi tu nak meletus. So... bila amaran dah dapat, on the spot pintu kaunter tutup dan sesiapa pun tak dibenarkan masuk..
Tiket masuk untuk bukan warganegara RM60 atau 200k Rupiah.. Tak termasuk parking. Parking pulak ikut jenis kereta. Kalau kereta yang we ols pakai(avanza), RM7 atau 25k Rp.. Heeee..
So kalau korang nak pegi, korang kena berhati-hati dan jangan lembut hati sangat! Bila turun dari kereta.. akan ada 2 3 orang peniaga yang akan ikut korang dari turun kereta, korang jalan2 dalam tu pun diorang ikut. Selagi korang tak balik, selagi tu diorang akan melekat kat korang. Bercerita sambil berniaga. Cara diorang berniaga memang buat korang kesian ! So.. kat situ.. jangan beli apa2 souvenier...!! Jangan okay ! Sebab harga 3x ganda mahal dari biasa. Haaa so kena cekal hati. Tu je nak bagi tips. Kah ! hihihi..
sekian tuk entry uzu hari ni. Salam semua :)
Keindahan Kawah Putih Bandung, Indonesia |Wah bila disebut kawah putih, macam takde semangat je nak p. Tak excited langsung ! Tapi bila sampai sini... Ya Allah. Excited meluap2. Kah!
Kat kawah putih ni memang kena pakai mask. Tutup mulut sebab bau yang sangat
. Bau sulfur yang kuat. Waktu kami pegi ni.. waktu hujan.. so kena pakai payung. Hee.
Pengalaaman yang best giler. Hehehhe. Kalau korang nak ke bandung.. korang kena singgah sini tau !hihi.. Rugi tak singgah.. hehe ok lah. Tu je. Uzu nak sambung berjalan2 .. salam :)
Bercuti Ke London Selama 5 Hari | Alhamdulillah.. Tiba juga waktu yang uzu tunggu-tunggu .. Heeee .. Apa lagi ? Trip to London lah..! Oh yeah bebeh...
Hahahahahhaa.. Tipu je !!! Ingat ini faizal fredley ke nak ke London? huuuu kita tak retis macam dia dapat sponser p London! Kita actually p Bandung je.. Self sponser lak tu.. Sedih kitew..Hahaha..Ewah ter-sama date travel pulak.. Tapi lain masa, lain destinasi.. Heeee ^^v
Berbulan2 kot plan benda ni... Hari-hari hitung hari.. bila lah nak sampai waktunya.. kah!.Walhal tak ingat pun actually.. Tetiba je member tegur.. "eh lusa kan flight kita ?" Terus terkesima dengan soalan tu. Pantas ambik fon cek calender.. "ya allah.. lusa ke?" .. Maunya tak panik.. Ingat minggu depan lagi 1 .. huh.
Dan mood masih malas nak travel ni. Baru balik dari hiking mount kinabalu minggu lalu. Penat tak hilang lagi..Kaki tak kuat lagi nak jalan jauh.. Pastu.. trip ni waktu class.. Lagi lah dalam dilema.. Tapi dalam dilema pun.. Pergi jugak..huhu.. Dah bayar kot.
So dengan pakai baju yang simple, pakai selipar jepun jee dan sekali pakej muka terpaksa pergi, uzu sekarang di airport.. Sementara tunggu flight boarding, update blog dulu.
Saje nak bagitau.. Uzu sibuk dalam 5 hari ni. Sampai hari jumaat..Kalau tak reply pm ke, email ke, chat ke , whastapp ke atau apa2 lah .. uzu minta maaf tau. Kat situ bukan ada line tenet sangat pun. Mungkin mengharap wifi hotel je.. kah! Kesian. Apa pun.. Doakan uzu selamat pergi dan pulang dengan selamat. Amin :)