Majlis Akad Nikah Sepupu Tersayang Siti Nur Aidah Tarip & Mohd Arzol | As-Salam. Yes ini lah reason utama uzu balik ke Sabah setelah hampir 7 bulan tak balik Sabah disebabkan kekangan masa yang padat dengan kerja dan event-event dan job blogging. Fuh..Bajet retis nak sibuk. Haha! So... ni wedding cousin paling rapat sekali.. Dia ni lah cousin yang uzu cerita dalam entry
"wei, lusa aku tunang!" yang telah dapat 2000views.. Yang kononnya ingat uzu yang bertunang.. kah!
Alhamdulillah lepas bertunang dalam 5 bulan, kazen uzu ni dah pun selamat diijabkabul kelmarin. di petang jumaat yang penuh berkat 13.03.15 dengan pasangannya Mohd Arzol Rahaban di Kg Talon Bongawan pada jam 14.23 petang.. Abah lagi neves dari pengantin ni.. Hahaha.. Lawak bila mengenangkan bila Abah as a wali salah sebut nama lelaki. hahaha.... Rilekss abahh rileksss...
Seperti biasa, sapa-sapa je kahwin, kazen uzu ke, BFF uzu ke, Kakak uzu ke..mesti uzu yang excited lebih... Hahaha well... nak menumpang perasaan happy yang tak terbelah bagi ni...Orang-orang yang kita sayang dah pun berada di tahap kebahagian yang mereka tunggu selama ni.. Huhuhu penat tukar boyfriend sampai 20x rupanya jodohnya di tempat kerjanya .. huhuhuhuhu.. *tipu je bab 20x tu*
Dan.. seperti biasa.. Bila di majlis kahwin, konfem lah makcik pakcik sepupu sepapat saudara mara kan tanya... "kau bila lagi?" ... ahhhhhh suda.. Nak lari pun tak leh... Kalau diikutkan, memang turn uzu lagi ni kena tunggu ni. Hahaha...Takpe lah.. Belum seru datang. Hehe.. Uzu kan masih study.. *adakahitualasan?* .. Dahulukan adik uzu yang insyaAllah bakal bertunang raya ni..Siapa lagi nak langgar bendul pun silakan.. Hahaha...Orang yang sambung study ni memang kahwin lewat sikit. Eh!
Sekali lagi.. alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar.. Malam ni pula ada majlis berinai dan bergambus. Well, kalau perkahwinan orang-orang brunei ni memang ada majlis berinai atau pun majlis berbadak nye orang brunei... Kah! Pekat sangat bruneinya... Huhu..
Yeahhhhhh ter-Update juga blog tuk hari ni! Yeahhhhhh.. Hehehe... Beta nak mengundurkan diri. . Beta nak mandi.. Nak ambik adik kesayangan beta di Menumbuk.(Sempadan Sabah-Labuan) Ketemu lagi next entry ye...Salam... :)
Pabila Gadis Misteri Ketuk Pintu Jam 1.15 Pagi ! Kes Nak Pukau Ke?! | Al kisahnya semalam uzu lepas keluar makan ngan kak ty, uzu terus lah nak tido..Ye lah badan tak sihat sangat. Demam suku cam tu... Kejap demam kejap tak.. Lepas tu, dah mengantuk sangat.. uzu tidoo...
Tiba-tiba....
Bunyi pintu diketuk kuat.. "dukkk dukkk dukkkk dukkk"
Huh...Sapa lak yang ketuk pintu ni.. Dalam keadaan yang mamai baru bangun tido... gagah juga bukak mata.. bingit telinga! pintu kena ketuk macam ada kebakaran lak.. kuat sangat...uzu terpaksa bangun juga.. Sakit hati betul lah sapa lah yang ganggu uzu waktu tido ni..
Dalam keadaan malas nak bangun tu, sempat juga fikir dan buat uzu tertanya-tanya..sapa pulak yang ketuk? Kawan-kawan uzu dha balik dah... Bebudak hostel ni 98% balik rumah tau sebab cuti sem.. Yang tinggal hanya budak praktikal dan foreigner..
Bila bukak pintu.. Nampak student india.. Aish apahal india ni? Nak ape pepagi ? Terkejut jugak.. Tapi tak pe lah.. Layan kan aje...Kot-kot dia ada emergency kan..
Student india : you ada fon tak?
Uzu : ada
Student india : nak pinjam boleh?
Uzu : pinjam? tuk apa? *blur*
Student india : i nak pinjam kredit
Uzu : i takde kredit lah *ehelehh dalam hati kemain cuak dah*
Student india : yang lain? u sorang ke?
Uzu : ha ah sorang .. sambil bagi dia jenguk bilik..
Student india : ok lah .. takpe....
Fuhhh terus uzu tutup pintu.. Takut sangat wei.. Dupdap jantung uzu bergerak kuat. Huh..Waktu nak bercakap dengan dia tu pun, uzu elakkan dari tengok mata dia tu.. Tau tau je lah kes pukau berleluasa sekarang ni.. Uzu on the spot teringat kes pukau yang banyak berlaku sekarang ni.. Kes nak pukau ke semalam? Tau dia memang betul2 takde kredit? Huh... Ish nauzubillahiminzaliq.. Semoga Allah lindungi uzu dari benda-benda yang buruk berlaku... Amin
Benci Dengan Blogger Kuat Politik Ni.... | Salam.. Takde angin takde ribut... tetiba dapat komen kat chatbox... Komen menyakitkan hati.. Eh...... takde lah sakit hati tapi... lawak je.. Lawak sampai tergelak-gelak berdekah-dekah sampai terhantuk kepala kat tepi bucu katil...
Zaman mengundi dah habis dah cik anon busuk hati,..tapi masih ada isu blogger kuat politik? Macam lawak je .... Hahaha.. Bila masa pulak uzu kuat politik? Kah kah kah.. Kesian anon ni takde keje kan? memang anon ni busuk hati. Huhu ini zaman canggihlah.. boleh detect IP chat box ni... Kesian anon kebosanan ni.. Meh la lepakkk weiii sesama.. Kita layan mee udang D'laila Corner ! Lagi faedah !!
Al-Fatihah Buat Pelakon Harum Salim Bachik | As.Salam. Kita baru dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi seniman tanah air, Harum Salim Bachik yang telah menghembuskan nafas terakhir beberapa minit lalu..
"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.
"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.
"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.
Takziah diucapkan buat keluarga dan AL-FATIHAH.