Island Hopping Langkawi : Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Bukit Singa

Island Hopping Langkawi : Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Bukit Singa | Salam. Fuh kali ke enam ke Pulau Langkawi. Kerap datang Langkawi sebab abang sulung dan abg yang ketiga ku kerja sini. Jimat bab kos kereta dan rumah/hotel :p

Kisahnya nak balik Sabah tapi tiket flight RM1000+ one way , mahal sebab orang2 sabah banyak sambut krismas so thats why lah. So dari mereput kat hostel seminggu baik uzu p Langkawi. Check tiket RM90 1 way. Ahh cantik ! Ape lagi. siang tu beli tiket malam ni fly..

1st aktiviti uzu yang uzu belum cover ialah Island Hopping . Ah ni bab pulau2 ni uzu suka lah ni so nak ambik pengalaman. Best ke tak.. SO here we go!
Uzu ambik pakej kat kat tepi2 jalan Pantai Chenang tu, kat situ banyak agen so korang carilah sebab sekarang ni paling murah RM25 kat AH Travel. Yang uzu ambik ni RM30 kat agen lain. Ni kes tak servay dulu lah ni, main rembat ke. Next survey baru dapat murah. Nyesal. Hahaha. Btw Ape yang cover island hopping ni ada 3 pulau je. Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Bukit Singa. 

Pulau Dayang Bunting

Info :
  • Tiket masuk tasik dayang bunting ni RM3 sorang tak termasuk dalam pakej
  • Kena jaga-jaga dengan monyet sebab monyet sini jenis tak boleh nampak plastik. SIpa kau kena kejar. Botol minuman pun takleh. Hahaha habis kena ambik botol minuman i. Tak bagi dia kejar :p
  • Air tasik dalam ni dalam so yang tak reti berenang sila sewa pelampung
  • 1 jam je masa korang bermandi2 kat sini


Pulau Beras Basah
Info :
  • Kena sewa pelambung dan google tuk snorkelling TAPI kekadang pakcik bot ada offer sewa snorkelling. Murah ler dari sewa kat Pulau tu.
  • Air pantai snorkelling serius tak jernih. Takde feel kau nak snorkelling
  • Area ada neo kat bawah jambatan. Berhampiran dengan tiang2 jambatan.
  • 1 jam je kat sini.


Pulau Bukit Singa

Info :
  • Tempat yang membosankan. Hehe.
  • Tak turun ke pulau tu, tengok burung Helang makan je dari bot. Memang takde yang turun sebab memang sampai situ je.
  • Takde gambar sebab bosan sangat. Huhu.
Tu je lah short review uzu pasal island hopping ni. Ada yang kata memboringkan, ada yang kata Magrove tu lagi best. Uzu ada ambik pakej Magrove tu tapi termiss pulak. Rugi RM50. Dah bayar kot. Boleh pulak terlupa tarikh ambik pakej tu bila. Patut bangun tidur je banyak misscall dan sms. Hehe. Takde rezekilah kekdahnya.

Hahaha k bye..Nantikan next entry ..

p/s : Kalau nak murah boleh  eli pakej kat gambar bawah ni. Kat sini setakat ni murah dari yang lain..

3 comments