Trip Hat yai - Krabi Part #2 - 7 Island's Sunset Tour | Salam. Ni lah aktiviti kiterang selepas aktivti berkayak yang memenatkan tu. Aktiviti ni lah tujuan utama kiterang p Krabi! Nak tengok pulau-pulau yang cantik giler i tell you. Haha..
Ok aktiviti ni kiterang memula cari pakej ni kat Bus Station Ao Nang. Kat situ ada travel agent tapi harga yang ditawarkan untuk 4 pulau dalam RM120 atau bersamaan 1200bath. Kalau tak silap uzu. Hehe dan Yazid n Moka told yang mana harga jauh lebih murah kat area2 kiterang stay. Area night market.
So kiterang pun survey pakej-pakej, ada yang RM120 , ada yang RM80 dan macam-macam lagi harga. Tu pun tuk 4 pulau je. Target kami nak cari 7 pulau tapi dengan harga RM60 kebawah sebab Pojiegraphy pernah dapat 7 pulau dengan harga yang jauh lebih murah.. Tapi cari punya cari, dapat 7 pulau yang berharga 600bath yang bersamaan RM60.. Kalau naktambah kayak, tambah RM20 je.
Kami pun tak tahu pakej kami ni, mahal ke, murah ke tapi bila tanya kawan-kawan yang join 7 islands sunset tour ni, diorang dapat harga RM120 untuk 7 pulau.. Mahal giler kan? Huhu.. Mungkin ada antara korang yang dah pernah pergi dan dapat harga lebih murah, boleh drop kat komen ye! Nak dijadikan rujukan dimasa akan datang. hihi :)
Harga pakej ni RM60 tapi ada nak kena bayar entrace fee 200bath, bersamaan RM20 . Bayaran bukan kat travel agent tu tau, bayaran dibuat waktu sampai ke jeti.. Lepas kita bayar, diorang akan bagi pinjam peralamat nak snorkelling tu . Sape hilangkan, kena ganti sebab ada nama dan nama hotel direkod tuk tujuan keselamatan. Ngeh hehe. Siap lah kalau hilang!
ok dah.. Next jom layan gambar-gambar kiterang kat 7 pulau ni :)
Cantik-cantik kan gambar kat sini? Lagi-lagi bila guna Go Pro. Perghhh lagi meletup letup..Pakej kami bermula dari jam 12 tengahari sehingga 8 malam. Dinner disediakan.. Dan kiterang makan kat pulau kedua terakhir dan waktu tu dah gelap dah. Jam 7 lebih dah.. Kebetulan pulak, lampu kat pulau tu rosak, makan gelap-gelap lah kiterang..
Ok apa yang uzu nak nasihatkan, jangan lupa bawa makanan tambahan sebab takde makanan disediakan, just air sejuk je ada. Kiterang tak beli makanan so berlapar seharian sampailah makam malam kat pulau tu. Tu yang gelap-gelap pun melantak nasi tak ingat dunia. Dah lapar sangat.a
Makanan yang disediakan takde lah sedap mana, hehe tak sedap pun actually. Sedih tau kite berlapar dan bila dapa makanan, makanan tak sedap.
Antara 7 Islands Sunset Trip ni cover Relay Beach, Tang Ming Island, Chicken Island, Si' Island, Poda Island,Phra Nang Cave dan satu lagi pulau uzu tak ingat. Yang penting 7 pulau. Pulau yang paling menghiburkan ialah pulau terakhir. Korang akan teruja dalam kegelapan. Rasailah sendiri pengalaman. Mesti korang pun ter wow wow wowww je macam kami. Jakun!
Info :
Aktiviti : 7 Island's Sunset Tour
Harga : 600bath / RM60 + 200bath/RM20 (Entrance Fee) for person
Pulau-Pualu : Relay Beach, Tang Ming Island, Chicken Island, Si' Island, Poda Island, Phra Nang Cave
ok tu sahaja trip kiterang tuk Hat Yai - Krabi untuk kali ni. Dan mungkin trip last kiterang tuk tahun ni. Selebihnya trip kat dalam Malaysia je. Hehehe. Apa pun, pengalaman terbaik. Macam-macam aktiviti yang 1st time uzu buat. Tu lah bak kata org, jauh perjalanan luas pemandangan. ok tu je. k bye Salam :)
Jom baca entry mengenai krabi :
7 islands sunset tour
harga 7 islands sunset tour
harga 7 pulau krabi
pakej backpacker krabi
pakej percutian ke krabi
pakej percutian murah ke krabi
5 comments