Trip Hat yai - Krabi Part #1 - Berkayak Di Thalene Krabi

Trip Hat yai - Krabi Part #1 - Berkayak Di Thalene Krabi | Salam.. Trip kiterang kat Krabi takdelah banyak aktiviti sangat sebab kami ada masa sehari je nak enjoy kat Krabi. Esok dah balik KL. 

Kayak ni aktiviti yang takde dalam senarai itinerary kami tapi memandangkan 7 islands tour bermula jam 12 tengahari, maka kami pun add on kayaking. Nampak dalam iklan, suasana kayaking ni memang menarik perhatian uzu. Arghh at last kiterang ambik juga kayaking ni yang bermula seawal 8.30 pagi. Driver pick up kat hotel. Jam 9pagi - 1 ptg baru setel. Nampaknya anggaran dalam 2 jam jadi 4 jam. Nasib naik sempat nak p islands tour tu.
Uzu 1st time tau kayak ni.. Rasa nerves sangat2 waktu sebelum nak naik . Nasib baik sebelum kayaking bermula, ada tour guide tu ajar macam mana cara dan step kayak yang betul.

Sebelum kayak tu, breakfast free diberi. Boleh buat teh ke kopi ke tapi makanan je takde. Yang ada buah2 seperti nenas dan tembikai. Argh makan je lah.. Dah lapar sangat. Hehe. Dan dry bag juga disediakan. Dry bag ni tuk simpan kiterang punya benda2 penting. Takut jatuh dalam air ke.. Tapi uzu dah ada dry bag sendiri. Beli kat night market krabi dalam rm40 :)

Dalam kayak tu sorang boleh, 2 org boleh dan bertiga pun boleh.. Gambar kat bawah ni waktu memula masuk ke bakau2 selepas menyeberangai lautan.. so korang layan je lah gambar2 kat bawah ni.  Gambar 100% dari GoPro :)
Jauh juga tau kiterang berkayak ni. Ambik masa 3-4 jam. Dan semestinya aktiviti yang memenatkan lagi2 memerlukan tenaga yang kuat untuk mengayuh.. Waktu kat tengah2 lautan tu, penat giler. Boleh kiterang stop tengah laut tu. Dah lah ombak dan deras. Nak kayu bertiga baru boleh jalan. Waktu tu moka pun dah stop kayuh. Nak tak nak paksa juga. Takut lambat nak sambung 7 islands tour tu..

Yang 1st time macam uzu pulak, malam hari kayak tu, ya allah meraung menangis sebab tangan uzu lenguhh giler giler.. Dengan peningnye dengan sakit seluruh badannye, dengan laparnye tapi nak keluar hujan. Dengan tangan tak boleh nak gerak yang belah kiri ni. 2 hari kot. Lepas makan ubat haaa baru ok..

Tapi walaupun memenatkan, bila tengok semula gambar2 tu..automatik rasa penat tu hilang.. Alhamdulillah diberi peluang dapat menikmati keindahan di Krabi. Satu pengalaman yang terbaik !

Harga kayaking : 200bath / RM20
Masa : 8 - 12 tghari

5 comments