Tempat Paling Menarik Di Vientnam : Mekong River

Tempat Paling Menarik Di Vientnam : Mekong River | Salam. Aktiviti uzu kat Vietnam haritu terhad je sebab 3 hari masa kat situ. Lepas tu kami kena kembali semula ke Cambodia. So antara aktiviti kami ialah melawat Cu Chi Tunnels , Night Market dan Mekong River. Ok so hari ni uzu nak update pasal Mekong River pulak..
Mekong river ni adalah sungai antara sempadan Vietnam dan Cambodia. Mekong River sungai ke-12 terpanjang di dunia dan yang ke-7 terpanjang di Asia. Mekong River ni adalah tempat yg paling laris sekali bila pelancong datang ke Vietnam. Uzu nak ke Vietnam ni sebab tertarik dengan aktiviti di Mekong River.

Pakej yang kami ambik kat hotel kami ( Bali B Hotel ) , pakej Mekong River berharga 20 Usd termasuk melawat 4 jenis buah pulau berserta pengangkutan dari hotel, air mineral, dan tour guide. 

Apa yg kami buat kat 4 pulau tu? Haaa ni lah. Macam2 ada. Ada bergambar dengan ular, melawat tempat pembuatan gula-gula, melawat tempat pembuatan madu, menikmati makanan (buah2an) dan minuman, persembahan nyanyian dan tarian tradisonal vietnam, makan tengahari, main basikal, naik kereta kuda, beli cenderamata dan macam2 lagi..
Haaaaa dan inilah yang paling uzu teruja sangat nak p Vietnam ! Bersampan di Mekong River. Seronok tapi kejap je naik sampan tu. Mana nak sedar masa berjalan dengan pantas sebab asyik ambik gambar je. Hehe. Tapi serius enjoy. Tu yang banyak gambar tu..
Lepas bersampan, kami pun nak lunch ! Lunch memang dah termasuk dalam pakej.. Lunch tu kat mana ntah.. Lupa dah tempat tu.. Kami ke situ dengan menaiki kereta kuda. Oh yeahh 1st time ni naik kete kuda.. Huhu waktu nak lunch tu, kami tak lunch pun just minum coke je. Tak yakin kehalalan makan kat situ. Uzu bab makanan halal haram ni memang kena tengok juga janji betul2 halal. So kami pun p jejalan sekitar kampung kat pulau tu dengan menaiki basikal. Seronok wei i tell u.. Siap kena kejar anak anjing lagi.  Kah ! Lawak bila teringat semula :D

Seawal 8pagi sampailah jam 5 petang kami melawat Mekong River. Memang berbaloi lah dengam bayaran 20usd. Macam2 aktiviti ada.. Tak rugi .. serius.. huhu.. Memang ramai sangat orang kat sini. Lagi2 orang Malaysia/Singapore/Brunei. Berlambak! 

Ok tips nak ke Mekong River tuk muslim, kena bawa maknan halal dari hotel siap2.. Sebab seharian kat situ.. Takde maknan halal. Kalau yakin, makanlah. Uzu tak yakin.. hehe.. Makanan halal hanya kat tengah2 bandar Vietnam je.. area night market. Situ berlambak makanan halal. Yang tu nanti uzu update next entry..Hehe.. So tuk hari ni, sampai sini je lah k.. Jumpa next entry.. k  bye Salam :)

13 comments