Tempat Menarik Di Cambodia : Angkor Wat

Tempat Menarik Di Cambodia : Angkor Wat | Salam. Entry kali ni uzu nak cerita pasal Angkor Wat lah.. Hihi tempat yang paling excited sekali kat Cambodia ni.. Tempat yang paling femes, dan tempat yang paling ramai pengunjung dalam dan luar negara. Tapi selalunya, pelancong luar negara yang ramai..

Mengenai Angkor Wat
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II yang mana mengambil masa 30 tahun untuk siap. Perghhh lama gila tempoh pembinaan.. Yelahh kan Angkor Wat tu besar .. Nak round semua tempat ambik masa 2 hari . Kalau sehari pun boleh tapi kena cepat sikit dan bergantung kepada cuaca lah. Angkor Wat ni kuil-kuil hindu tau.. Kuil kat Angkor Wat ni paling besar di Asia Tenggara setakat ini..

Sebenarnya, nama tempat ni Kompleks Angkor . Kompleks Angkor ni tempat yang mana terletaknya kuil-kuil hindu. Macam-macam kuil kat sini termasuklah Angkor Wat . Dan antara kuil-kuil yang femes juga ialah, Angkor Thom dan ada beberapa lagi kuil lain, uzu pun lupa dah nama-nama kuil tu. Maklumler tak ambik tour guide pun.. Kami google sendiri je. Kan jimat? Tak gitu? Krik3x...

Yang pastinya, Angkor Wat lah yang paling femes kat Kompleks Angkor ni sebab maybe dia paling besar antara kuil-kuil yang lain. Uzu masuk Angkor Wat pun rasa letih sangat-sangat. Panas kat situ. Memang patut kena bawa 3 botol air sejuk. Bawa baju extra pun boleh kalau nak. Berpeluh turun dengan sepantas kilat.. Dengar cerita tempat tu terletaknya titik panas.. Kena bawa payung dan tuala kecik/sapu tangan/tisu..
Ok last sekali kami p Angkor Thom.. Tempat ni kedua femes sebab ada pelakon om putih berlakon kat pokok ni. Sape ntah nama dia. Angelina Jolie kot. Filem Thom Rider tak silap uzu.. So tu sebab nama dia Angkor Thom sekarang ni dan ramai om putih datang sini semata2 nak bergambar kat pokok besar kat bangunan angkor thom ni. Kengkonon unik ler akar pokok ni sebab dia besar giler sampai meretakkan bangunan angkor. Patut ler kat situ sekarang tengah banyak renovation.. Rupanya pasal akar ni. Uhukk memang besar..

Info Mengenai Kompleks Angkor
Harga Tiket Masuk :
1 day tour : 20USD
2 day tour : 40USD
7 day tour : 100 USD

Selalunya orang ke Angkor Wat ni seawal 5 pagi kena ada kat situ sebab nak tengok Sunset dan Sunrise kat situ. Dengar cerita pemandangan the very awesome.. Kami plan tu dah tapi papagi tu tak terbangun sebab penat sangat. Ingat nak p tengok sunset je tapi hujan belah petang tu.. Sedih giler kami. Rugi.. Takde rezeki. 

Ok.. Bab tiket pulak, korang tak payah nak beli kat mana-mana agent, terus direct ke kaunter tiket kat kompleks angkor. Harga tiket seperti yang uzu nyatakan kat atas.. Kalau nak ke sana, Tuk-Tuk adalah amat penting sekali sebab penat sangat nak jalan kaki. Antara satu kuil ke kuil yang lain memang tak boleh jalan kaki.. So kami guna Tuk Tuk sewa sehari 20USD je. Free air sejuk lagi. Memang kalau ke Angkor Wat tu, Tuk Tuk memang bagi air sejuk percuma.. Dia dah tau kat situ panas giler.. Kalau rasa mahal, nak jimat, sewa je basikal 1USD sehari.. Tapi penat lah nak kayuh.. Hehe.. Entah-entah cuaca tak baik.. Pastu hujan.. Kan basah.. ok sewa Tuk Tuk je senang.

Hmm panjang pula entry ni.. ok lah u ols, sekian sahaja entry uzu tuk hari ni.. Next entry uzu nak cerita pasal Mekong River kat Vietnam pulak ye.. So stay tune ! Nantikan ye entry esok . Good night dan salam :)

13 comments