Tempat Menarik Di Phnom Penh, Cambodia Part #1

Tempat Menarik Di Phnom Penh, Cambodia | Salam.. Hari ni uzu nak share tempat-tempat menarik yang sempat uzu lawati kat Phnom Penh, Cambodia. Pada yang masih tak tahu, Phonm Penh ini ibu negara Cambodia ataupun lebih dikenali sebagai Kemboja.

Perjalanan kami naik bas dari Siem Reap ke Phonm Penh mengambil masa 7-8 jam dengan menaiki bas iaitu Giant Iris Bus ( 15$ ) .

Kenapa bas Giant Iris Bus, sebab bas ni ada menyediakan wifi, katil, minuman dan tandas.. Mula-mula tengok, selesa ke tido kat bas ni? Tak goyang2 ke ? Hmm lepas dah naik bas tu. Lepas sejam...... tiba-tiba.....

"Kita telah pun sampai ke Phonm Penh"

Wahhhh bangun tidur. Check jam, jam 6.30pagi waktu Cambodia.. Wahh biar betul dah sampai? Lena juga kitorang tidur. Takde antara kami pun terjaga. Semua tidur lena.... Alhamdulillah.. memang puji ada bas yang ada katil. Takde kat Malaysia lagi woiii ! Haha..

Ok memandangkan waktu check in kami jam 11.30 pagi. So kami pun decide nak jalan2 dulu sementara tunggu waktu check in.. Tempat-tempat yang kami lawati ialah..

1. Killing Field. ( 3 $ Entrace Fee + Add audio 3 $ )
Tempat pembunuhan rakyat Cambodia yang tak bersalah yang dihukum kejam tanpa rasa simpati oleh rejim Pol Pot. Kat sini lah mereka membunuh, menghukum tanpa belas kasihan termasuk wanita dan kanak-kanak. Seram uzu bila di kawasan ni. Ada tengkorak, tulang2 yang masih terlihat ditanah, ada pakaian mangsa , gigi, dan macam2 lagi lah..

2. Genocide Museum ( 3$ )
Muzium kat atas ni dulunya sekolah. Lepas tu dijadikan tempat penyiksaan, tempat di kurung, disiksa dengan pelbagai cara lah bak kata orang.. Seram uzu masuk muzium ni.. Suram je tengok.. Darah masih ada dilantai walaupun dah berpuluh2 tahun suda berlalu.. Uzu memang suggest korang datang sini. Sure lah rasa sedih..

3. The Royal Palace (Free)
The royale palace ni pulaa macam kat gambar atas ni lah. Waktu kami nak p, tengah renovation kat tempat tu. So boleh ambik gambar dari jauh je lah. Kat depan tu ada banyak burung. Boleh lah bagi makan sambil snap gambar ala-ala kat Kunming bak kata Pena Berkala.. Huhu.. Kunming sokmo.

4. Wat Phnom ( 1$ )
Kami tak lama kat sini sebab hari nak hujan. Sempat ambik gambar kat jam terbesar di Phonm Penh. Kengkonan macam trademark lah kat situ.. Besar uga tempat ni tapi cuaca tak mengizinkan..

5. National Museum ( 5$ )
Yang ni pun sama juga. Tutup waktu kami sampai. Ambik gambar je mampu. Waktu tu pula memang dah nak tutup semua tempat. So kami just datang dan ambik gambar je..

6. France Colonel Building
7. Night Market
8. Phonm Tower

Percutian Bajet Ke Vietnam & Cambodia 9 Hari 8 Malam
Persediaan Percutian Bajet Cambodia & Vietnam (2 Negara)
Day 1 : Siem Reap, Cambodia [city tour and night market] - akan diupdate
Day 2 : Phonm Penh, Cambodia [city tour]
Day 3 : Seharian dalam bas dari Cambodia ke Vietnam
Day 4 : Ho Chi Minh City , Vietnam [ cu chi tunnels ]
Day 5 : Ho Chi Minh City. Vietnam [ mekong river]
Day 6 : Seharian dalam bas dari Vietnam ke Siemreap, Cambodia semula
Day 7 : Siem Reap [angkor wat]
Day 8 : Siem Reap. Cambodia [city tour]
Day 9 : Flight back to KL

Makanan Halal Di Vietnam
Makanan Halal Di Cambodia

12 comments