Tahniah ! Anda Terpilih Untuk Sesi Casting Pencarian Model / Talent !

Tahniah ! Anda Terpilih Untuk Sesi Casting Pencarian Model / Talent  ! |  Salam. Alhamdulillah.. Kelmarin waktu penat kerja kat Tunnel (bawah tanah) di Jeli Kelantan, uzu ada dapat wasap dari sesorang.. Jeng.. jeng.. jeng.. Lama tau tunggu berita ni...
Yeahh rupanya ada perkhabaran gembira yang mana uzu terpilih sesi casting untuk model/talent di studio ni.. Ni kan benda yang uzu sukaa sangat..

Kisahnya, ada someone pm kat fb, suh isi details pencarian model/talent ni.. Uzu pun isi lah.. Sebelum isi tu, uzu bagitaulah orang tu.. "saya ni pendek je. Tak layak jadi model ke talent ke. Pastu saya ni gemuk" .. Pastu dia cakap " takpe isi je.. Ada talent kecik je saiz dia " .. Mendengar abg tu balas mcm tu.. Uzu pun isi.. Argh isi je.. Dapat ke tak ke belakang cerita..

Haaaa rupanya dapat pun ! Tapi, haaaaa ada tapi tapi lagi.. Tapi, tarikh yang dinyatakan , sesi casting tu diadakan esok. Pergh sedih uzu.. Esok kan uzu masih di Kelantan sampai isnin.. Dan nampaknya uzu takde rezeki lagi dalam bidang ni.. 

Sebelum ni , abg Ben Ashaari pun ada suggest suh datang casting pencarian model tapi waktu tu uzu ada class. Dan nampaknya belum tiba masa untuk merealisasikan impian untuk menjadi model/talent . Sobsssaaa

Apa pun, hati kena redha. InsyaAllah mungkin ada rezeki lain dimasa akan datang. Doakan semoga uzu dimurahkan rezeki dimasa akan datang ye..Amin :)

15 comments