Ariani Lebaran Fashion Show 2015

Ariani Lebaran Fashion Show 2015 | Salam.. Minggu lepas uzu telah pun dijemput ke majlis yang paling gilang gemilang uzu rasakan pada tahun ini sebab Majlis Ariani Lebaran 2015 Fashion Show melibatkan Seri Paduka baginda Permainsuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah menjadi tetamu paling terhormat pada majlis tersebut. Ampun Tuanku..
Tipulah siapa tak kenal Ariani. Dari setiap pelusuk negeri Ariani melebarkan tirai. Sedangkan uzu yang berasal dari Sabah ni pun memang tahu dan maklum kewujudan butik Ariani yang menjual tudung, shawl dan sebagainya.

Galeri Ariani sebenarnya dah lama dalam dunia fesyen muslimah di Malaysia. Rasanya dah 8 tahun kewujudan Ariani.. Waktu dulu-dulu, galeri Ariani paling famous kat Sabah tau.. Semua datin-datin beli kain, tudung kat situ.. Galeri Ariani ada kelebihan yang mana penggunaan fabrik yang memberi keselesaan kepada si pemakai berbanding yang lain.

Pada tahun ini, ada 2 orang telahpun dilantik menjadi duta pada tahun ini iaitu, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Bella Dally. Ianya disahkan oleh  Datin Farah Haryani Muhammad Philip, merupakan pengarah pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd dalam ucapanya pada majlis yang uzu hadir minggu lalu.

Pertunjukkan fesyen pada minggu lalu menunjukkan bahawa semua design-design dalam bentuk Graceful Lebaran by Ariani dan Lavish Lebaran by Ariani..  Uzu sangat terpukau dengan pameran tudung yang dipersembahkan.. Bukan setakat tudung je lawa, jubah yang model-model pakai pun memikat hati uzu ..

Untuk tahun ini ada 40 pilihan warna hijab koleksi aidilfirti dan si pembeli boleh bebas memilih hijab tanpa ragu-ragu. Dan tak lupa juga, koleksi Ariani Lebaran tahun ini menekankan dan mengutaman shawl instat yang mana gaya instant ni menjadi kegemaraan ramai mengikut trend yang sedia ada. Gaya instant ni adalah paling famous ketika ini dan Ariani memahami kehendak dan citarasa pelanggan.

Alhamdulillah. Majlis Ariani Lebaran Fashion Show 2015 tersebut dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Permainsuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah sekaligus melancarkan dan merasmikan lawan sesawang/website online Airiani, www.arianionline.com .  Lepas ni , peminat Ariani nak shopping kat ariani lebih mudah dengan adanya website online ariani..

Majlis turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat antaranya, Toh Puan Datuk Seri Utana Hajah Majimor Binti Sharif ( Isteri TYT Pulau Pinang), Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datin Seri Hamidah Khamis, artis-artis, hijabster malaysia, model muslimah dan banyak lagi.
Pada tahun ini, Ariani telah melancarkan pakaisian siap, Ariani Ready To Wear. Koleksi-koleksi ready to wear disasarkan untuk pelbagai golongan tak kira peringkat usia untuk muslimah yang ingin berpenambilan mengitu trending. Untuk matlumat lanjut, boleh layari www.facebook.com/GaleriAriani atau laman sosial @galeriariani

2 comments