Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair

Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair | Salam.. Tak lama lagi uzu akan menamatkan zaman ijazah uzu ni.. Sekarang uzu bergelar last year student.. Memang tak sabar nak habis.. Tapi sebelum nak habis study tu, tak best rasanya kalau tak tempuh segala macam stress yang datang, dugaan, pahit manis ketika bergelar student.. Dengan thesisnya, dengan report industrial training.. Fuhhh bukan senang nak jadi student degree.. Kan? Dah bukan senang juga cari kerja selepas dapat degree..

So, sebelum uzu nak habis ni study ni, uzu nak prepare awal-awal.. Nak cari kerja siap-siap.. So lepas je habis belajar, boleh lah terus kerja.. Takde lah uzu nak menganggur lama kan? Tau-tau je lah sekarang ni ramai graduan yang masih tak dapat pekerjaan dan masih mengganggur.. Itu yang merisaukan uzu..

Tapi.. sekarang ni uzu tak risau dah.. Hehehe. Nak tau sebab apa? Sebab uzu dengar cerita ada Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 9 & 10 May ni.. Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair ni sesuai untuk pelajar akhir tahun, yang baru lepas graduate atau yang dah lama graduate tapi tak dapat-dapat kerja, atau sesiapa je boleh datang tak kira siapa.. Uzu pun akan datang event ni.. Misi mencari kerjaya gitu.. hihi..
Siapa yang berminat nak datang, boleh daftar dulu di website http://www.graduan.com/aspire . Wahh sekarang ni dah lebih 10 ribu yang telah mendaftar, mesti meriahkan event ni? Tak sabar rasanya.. Maklumlah, ini pengalaman uzu yang pertama datang event-event macam ni..



Lagi best bila tahu event ni ada syarikat-syarikat besar yang turun memberi kerjasama seperti Maybank, Petronas, Digi, Astro, Dell, Genting, CIMB, Air Asia, Maxis, Shell dan banyak lagi.. So, uzu nak tegaskan kepada adik-adik , akak-akak, abang-abang, bolehlah datang ke :

Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair
Tarikh : 9 & 10 May
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre

Jangan lupa bawa kengkawan korang ye.. Jumpa korang kat sana.. Hehehe. Salam :)

4 comments