Opening Butik Pen Merah.Com Di Bangi Central

Opening Butik Pen Merah.Com Di Bangi Central | As-Salam.. Mminggu lalu, minggu paling sibuk buat uzu.. Fuhhhh siang malam kerjaa koooo.. meeting lagi.. Tapi sempatlah ke Opening Butik Pen Merah.Com Di Bangi Central pada sabtu lalu yang mana pembukaan tuk butik blogger terkenal Malaysia, Pen Merah. com di Bandar Baru Bangi..

Nasib baik hostel uzu ngan Butik Pen Merah hakakk anne (owner penmerah) dekat je.. Dalam 10minit je sampai.. Kalau dari ofis lak, memang dekat sangat-sangat ! Alhamdulillah... rasa terharu kak anne sendiri invite uzu tuk review Butik Pen Merah... I Loike hakak !

Seawal 10 pagi uzu sampai.. Fuhh ramai giler kereta area situ.. Susah nak cari parking.. Ni sebab nak p terjah Butik Pen Merah lah ni.. Hiih..Dan bila sampai... ternampak my favourite food !! Kambing bakar! Ohmaigadddddd...
Belum lagi opening, dah ada orang tengah tunggu giliran kat khemah.. Demi nak terjah Butik Pen Merah, haa sanggup ko berpanas kat khemah. Nasib baik ada kipas dan yang penting di khemah tu ada pelbagai makanan dan minuman yang disajikan! Bolehlah breakfast dulu. hehe tak gitu?
Ni ialah team yang telah berhempas pulas membantu kak anne menjayakan opening Butik Pen Mera. Alhamdulillah.. yang banyak membantu kebanyakkannya ialah blogger, so mostly semua uzu kenal.. Hihi..  Tu lah benefit jadi blogger.. Bila kita tolong orang, orang akan tolong kita jugak. Kan?
Ni meja atau kaunter pendaftaran.. Blogger boleh naik dulu.. Penlanggan pulak kena ambik turun dulu.. Dengar cerita, pelanggan kena masuk by group.. 1 group 30 orang je tuk mengelakkan kesesakkan berlaku dan untuk memastikan keselesaan untuk memilih..
Apa yang ada kat dalam Butik Pen Merah ? Haaaa meh skodeng gambar kat bawah.. Biarlah gambar menceritakan segalanya.. Chewahhhhhh.. hehe..
Artis-artis seperti Yana Samsudin, Wawa Zainal, Aeril Zafril memeriahkan lagi opening Butik Pen Merah .. 
Wahhhh best tengok karenah Yana Samsudin melayan pelanggan yang datang.. Nak tau tak Yana Samsudin buat apa tu? Haaa ada quiz tau.... Sapa dapat jawab, menang cash RM50, Tshirt Pen Merah dan tudung dari butik Pen Merah... Wahhh untunglah sapa dapat jawab.. Hehe..

Ok...Apa komen uzu tentang Butik Pen Merah ? Ok secara jujurnya, tempat/kawasan Butik Pen Merah adalah tersangat statergik ! Area bandar baru bangi ialah kawasan yang hidup dan banyak butik yang berjenama ada kat situ. Kalau nak shopping kat area bandar baru bangi, semua ada kat situ.. Lengkap ! Haaa...

Memandangkan Butik Pen Merah berada ditingkat atas, so kena naik tangga sikit, tapi lagi best kalau dapat betul-betul kat tingkat bawah kan?  Senang je.. Tapi uzu tau, bukan senang tau nak dapatkan kedai kat tingkat bawah.. Tapi jangan risau lah eh.. sape yang malas naik tangga tu boleh naik lif. Hehe.. 

Dalam Butik Pen Merah pulak, ada beberapa vendor dari artis , blogger terkenal serta yang lain-lain iaitu seperti vendor Wawa Zainal, Aeril Zafril, Fatin Suhana dan juga Elrah Executive.. Koleksi-koleksi yang ada semua cantik-cantik.. Tapi adalah lebih baik tambahkan lagi koleksi vendor. Supaya banyak pilihan.. hihi..Biasalah kalau perempuan shopping, confirm nak banyak pilihan...

So sape nak ke situ, boleh waze MEE TARIK WARISAN Bandar baru bangi , kat seksen 8 ye.. Hihi. Jangan salah waze pulak.. Yang belum p situ, bolehlah datang terjah.. Bawa lah saudara mara, adik beradik, jiran tetangga memeriahkan lagi butik... 

Lastly, TAHNIAH kepada Butik Pen Merah kerana telah berjaya menjayakan Opening Butik Pen Merah.Com !! Tahniah buat team terlibat. Salam.

Alamat Butik Pen Merah
*akan dikemaskini*

Waktu Operasi
Selasa - Ahad
10 am - 8 pm

13 comments