Kenapa Uzu Boikot Maybank?

Kenapa Uzu Boikot Maybank? | As-salam. Rasanya kes ni dari bulan lalu lagi.. Lama nak update benda ni tapi uzu nak bagi setel dulu dengan Maybank, apa cerrr kan tetiba je problem.

Nak tau tak apa problem?? Nak tau tak problem apa yang uzu sampai naik angin ? Nak tau tak problem apa sampai uzu nak boikot Maybank ?? ok ok korang leh baca ni..
Memang stress tau uzu ... bayangkan ... Lepas keje, ingat nak isi minyak kereta sebab keta uzu dah kelip-kelip dah....So memandangkan kebetulan cash habis, nak p keluarkan duit lah kat ATM...uzu singgahlah Petronas tuk isi minyak dan keluarkan duit dulu kat ATM.. Waktu nak ambik duit tu, bila uzu tekan amount dot dot dot, terus card kena reject. Pastu dia kata " baki tak mencukupi" .. eh biar betul kan? So uzu try sekali lagi.... pun tak boleh..

Hurm malas nak try lagi, uzu p bank lain.. Try untuk kali terakhir hari tu... huhu tak boleh juga.. Sedih tak? Dah kenapa Maybank uzu ni kan.. ohhhhh uzu mungkin maybank tengah problem kot atau tgh upgrade system.. Tapi pelik juga.. Kawan2 uzu yang lain, ok je takde masalah.. 

Lepas tu uzu try cek online.. Betul ke takde baki? Tapi bila cek... ada je baki uzu dalam tu. Pelik juga ... hurmm uzu rasa stress sebab takde duit ... sedih tak? duit semua dalam tu.. duit job semua masuk kat situ.. duit kat CIMB jarang uzu guna.. sebab takde cimbcliks.. Uzu cuba hari2 tauuu cek dan try keluarkan duit.. Takleh.. :(

Bila uzu tnya kawan-kawan  pasal hal ni, kemungkinan kena sekat sebab banyak duit keluar masuk.. ok yang tu tak dinafikanlah.. banyak duit masuk, banyak juga duit keluar.. Pastu akak tu suggest, tukar saving account ke current account..akak tu kata, "ko berniaga ke dik? orang berniaga ni takleh guna saving account" ..uzu pun tukar lah.. nak try kan.. kot2 betul kan.. tapi takleh gak..

Uzu pun try call customer services. Bagitau lah masalah ni semua... Penat dialing sampai berkali-kali call, last-last bila dah dapat call.. kena suh rujuk Maybank berdekatan.. ok fine. Habis kredit.. Bertabahalah hati...

Maybank berdekatan uzu kat Bandar Baru Bangi.. so masa lunch tu, uzu pegi lah.. Dengan harapan masalah setel hari tu jugak.. Tapi bila datang kat situ, dia suh call Branch Maybank kat mana uzu buat Maybank dulu..Aik? Main tolak tolak pulak ni.. Kejap suh p maybank berdekatan.. kejap suh p call maybank putatan.. ok fine. dengan hati yang tahan marah, uzu call Maybank Putatan.

Nak sambung talian pun bz amat. Lagu je uzu dengar .. huhu ingat lagu tu boleh mengurangkan rasa marah ni? Fuh.. lamanya nak angkat. Bila dah angkat, bagitau masalah apa2.. dia kata , dia akan cek sebab kena sekat. ok fine. lega..

Maybank Putatan call semula.. Dia tanya " pernah p Terengganu tak?" uzu jawab.. "Tak pernah" .. pastu abg tu pelik.. dia kata "Saya pun tak tahu kenapa Maybank ko kena sekat.. yang sekat tu Maybank Terengganu" ..Aik? uzu pun pelik.. tak pernah jejak lagi Terengganu... ok dia kata akan call lagi ..

Esoknya pulak, ada pihak Maybank call.. Macam-macam dia tnya.. lupa dah.. Yang penting dia kata, diorang detect unknown masukkan duit ke acc uzu.. uzu pelik.. sapa pulak nak masukkan duit ni? uzu syak, orang2 nak review kat blog uzu yang masukkan duit. Ye lah.. apa ciri2 duit tu dari unknown? apa beza client uzu bank in duit dengan unkwon tu masukkan duit ? Tak faham betul lah.. Kalau hacker pun, tak kan lah nak masukkan RM100.. apasal lah tak masukkan RMsejutaa ke.. setakat RM100, tak kan hacker nak bersusah payah hacker tuk pindah duit RM100? huhu ..

ok orang Maybank kata, kalau betul duit RM100 tu duit uzu.. uzu kena buktikan dan report polis. Tapi.. bila uzu tanya, bila tarikh duit tu masuk? Dia cakap.. tahun lalu.. awal MAC 2014 .. eheleeee kes tahun lalu baru nak detect sekarang ke? Kenapa tak detect awal2.?? Kenapa mesti detect FEB 2015 ? Macam mana uzu nak tau sapa yang bank in kan waktu tu? dah lah duit masuk masuk masuk kan.. ok kalau bukan duit uzu.. uzu kena bagitau pihak Maybank yang duit tu bukan duit uzu dan Maybank akan tolak duit tu dalam acc..

Tak kan sebab RM100 uzu nak buat report dan jenuhkan diri cari sapa yang bank in? haaa memang tak lah.. biarkan lah burn macam tu je.. sedih tak? gara-gara RM100 tu Maybank uzu kena sekat..Lama pulak tu...

Waktu yang sama, kawan uzu sendiri, hilang duit RM700+ . Kes sama macam uzu.. Dia pun tak faham sebab apa.. Orang nak guna duit kot, tetiba takde duit dalam tu... Dan ada beberapa orang lah yang kena macam tu..

Huhhh bengang juga dengan Maybank.. Tapi alhamdulillah.. dah setel dah.. Dah boleh ambik duit dalam Maybank/..Bengang tu sekejap je.. Sebab nak benggang lama-lama dengan Maybank ni pun susah juga sebab uzu memang selesa guna Maybank.. 

Ada tak sesiapa kena benda sama ?? Kalau ada, sila tabahkan hati eh. hihi. ok dah terluah jiwa dan raga. Panjang lah pulak uzu taip.. Terima kasih sudi baca.. Salam..




10 comments