Pengalaman Misi Tawan Bukit Tabur, Taman Malawati | As-Salam. Sebagai persediaan nak ke Gunung Kinabalu April ni, yang mana sapa yang tak tahu lagi, Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tertinggi di Asia Tenggara,so bunyi nampak menakutkan maka kami pun buat latihan mendaki bukit-bukit dan gunung yang ada di Malaysia terutama yang dekat dengan area KL.
Minggu lalu, untuk kali pertama uzu join geng-geng hiking p mendaki. Sebelum ni dah terlepas beberapa misi mendaki iaitu bukit saga dan gunung ledang sebab waktu tu uzu sangat busy dengan event-event blog.
Alhamdulillah, rasa teruja sebenarnya nak mendaki.. Lama gilaa uzu tak join aktiviti macam ni, akhirnya dapat juga uzu mendaki Bukit Tabur.. hehehe
Seawal jam 5 pagi uzu dan geng-geng ofismate berkumpul di depan ofis kat Bandar Baru Bangi. Lepas tu kami konvoi bergerak masuk pintu masuk point pertama.. Sebelum naik, kami warming up dan baca doa perlindungan semoga selamat pergi dan balik.
Gambar semasa sesi pendakian..
Bila sampai atas tu, Subhanallah.... cantiknya ciptaan Allah.. Cantik sangat-sangat pemandangan dari atas bukit ni. Ni belum sampai atas lagi tauu. Ada lagiii nak kenda daki..
Haaa kat sini baru sampai peak of bukit tabur. Kami berehat makan dan minum kat sini.. Fuh takde tandas tau kat sepanjang perjalanan so memang kena tahan lah kalau nak pee pee..
Gambar kat bawah ni geng-geng hiking terdiri daripada ofismate, hakak-hakak arkitek dan abam-abam engineer kat tempat keje.. Diorang ni memang sporting sangat ! Best tau bila dah 1 kepala ni. hehe :D
Masa untuk turun. Perghh serius uzu cakap, turun ni memang sangat mencabar ! Dah la takde guide, hanya mengharap hakak dan abam ni tolong guide cam nak nak turun. Seriauuu juga bila sangat tinggi dan curam. Auchhh ! Dup dap dup dap jantung i !
Track paling mencabar..
Fuh setelah beberapa minit menghempas pulas nak turun ke bawah, dengan cabaran dan macam-macam dugaan, akhirnya kami selamat sampai ke bawah.. Alhamdulillah.. semua selamat.. cuba sakit kaki tu normal lah kan? Hahahaha macam uzu lah, sampai sekarang sakit kaki. Kau rase? Haha !
Best sebenarnya hiking ni tapi tu lah.. Penat sangat-sangat ! Apa pun, thanks kepada semua team. .. InsyaAllah ada lagi misi hiking kami.. Nanti uzu update lagi eh ! Salam :)
11 comments