Ladies ! Hati-Hati Dengan Lipstik Ye !



Ladies ! Hati-Hati Dengan Lipstik Ye ! | Salam. Perempuan dengan lipstik tak dapat dipisahkan. Kan? Uzu pun lipstik ada je 3 4 lipstik lain jenama lain kaler.. Nak dijadikan cerita, uzu ada baca kat facebook info mengenai lipstik..

"..Terlebih dahulu sya nk mintak maaf kat penjual brgan kosmetik. Tp syu rs kne bg tau juga tuk keselamatan.. syu suke pakai lipstik, kaler memng cantik2.. tp td kakak ipar kite bg info sikit pasal kandungan plumbum kat lipstik... syu test sikit nk tgk btol ke pe yg dia kata kn.. dia suruh calit kan sikit kat tgn then gosok dgn cincin emas. Kalau kaler dia betukar warna hitam.. makna nye kandungan plumbum dia tggi... skali syu buat hitam.. hurmmmm xtau la nk ckp pe.. bahaya skang nie... bende yg bahaya pon org jual.. xtau la nk ckp pe... korg try la sendr okay... mik lipstik masing2.. kalau bertukar warna hitam.. bik buang.. btw share kat knalan kita supaya dia org alert.... "

Kalau korang tak tahu, plumbum ni sejenis logam toksik, iaitu bahan yang bahaya.. So kalau kite pakai gincu, selalunya mesti tertelan ke apa kan, sebenarnya gincu yang mengandungi plumbum ni boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak.

So bila baca info kat atas tu, uzu terus ambik lipstik uzu dan cincin emas uzu.. Nak try sendiri, betul ke kalau kita calit kat tangan, dan gosok guna cincin emas, kesan lipstik akan jadi hitam?
Dan hasilnya.. Gincu A ok sikit , kurang bahan plumbum dan Gincu B ni, ada sedikit hitam.  Perghh Gincu B ni gincu peberet uzu, Simply Siti..  Terkejut juga tapi takde lah tahap hitam sangat kan? Ke cane?
Maaf ye, uzu bukan nak memburukkan lipstik-lipstik ni semua, tapi uzu nak share je info kesihatan supaya kita semua tak beli atau pakai lipstik yang bahaya ni.. 

Walaupun lipstik Simply Siti ada sedikit hitam, namun yang demikian, uzu tetap nak guna ! Bukan ketegaqq, tapi tak tahu lah info ni betul ke tak kan? kan? kan? Sebab tak tahu tahap plumbum ni bahaya ke tak.. Entahlah.. Apa pun, korang hati-hati jer bila beli lipstik k ? Mencegah lebih baik dari merawat gituu.. Hihi. Salam.


20 comments