Pengalaman Menyeronokkan Di Farm In The City, Seri Kembangan

Pengalaman Menyeronokkan Di Farm In The City, Seri Kembangan | As-Salam.. Rasanya dari tahun lalu lagi dapat invite dari Farm In The City dari Mr. Rajagopal cuma uzu tak berkesempatan nak reply sebab full schedule tahun 2014. *ceh bajet retis nak full bagai* ..

Dan finally uzu pergi juga Farm In The City, Ahad yang lalu 24 Januari 2015 bersama rakan-rakan blogger yang lain, Fatin Bella, Yanty Lee dan Qaseh Dalia.. Sebelum nak berjalan-jalan, ambik gambar kenangan dengan Mr Jack yang menjemput kehadiran kami sebab Mr. Rajagopal is not around.

Farm In The City ni ialah new Malaysian village themed yang bertemakan Zoo di Taman Equine, Seri Kembangan. Farm In The City terletak di antara Putraya dan KL. Kalau dari Bangi, dalam not less than 30 minit by car .

Kat sini, ada lebih 100 spesis eksotik. Ada yang tak bahaya, ada yang bahaya sangat-sangat. Yang buat Farm In The City ni sangat menarik, ada lebih 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan pokok renek ditanam. So, ala-ala dalam hutan gitu..
Farm In The City berkawasan 7 ekar dan dibahagiakan kepada 11 habitat, antaranya ialah :

  • Mood's Lake
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Bird Aviary
  • Reptile Cavern
  • Rabbit Farm
  • Pets Village
  • Jungle Walk
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Savannah
  • Longkang Fishing
  • Kampong Mahmood
Banyak binatang yang uzu suka tengok kat sini, sebab ada yang pelik-pelik, contohnya spesis kuda kecil, arnab yang bersaiz besar, burung gagak putih yang jarang ditemui di dunia. Binatang yang jinak dan senang dipegang juga ada, monyet kecil, kura-kura gergasi, iguna yang berwarna warni, ayam, landak, penyu dinasour, ular sawa raksasa , ular bakau dan banyak lagi binatang yang jarang kita tengok.

So, Farm In The City amatlah sesuai untuk kanak-kanak. Yang ada family tu bolehlah bawak anak-anak u olls ke Farm In The City. Senang je nak cari tempat ni, waze je Farm In The City, suree sampai ! Selamat beronok-ronokkk je. Jangan lupa pakai sunblock sebelum datang. Kang hitam muka u ols. Hehe. Salam ^^v

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu-Ahad-Cuti Umum : 9 Pagi - 10 Petang

Harga Tiket :
RM 30.00 (My Kad) - Dewasa
RM 25.00 - Kanak-kanak

Alamat :
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.

Websites :

10 comments