Weii ! Lusa Aku Tunang ! | Terkejut dan tak sangka. Penuh dengan kejutan.. Ingatkan nak datang merisik, tapi pihak lelaki kata nak bertunang terus. Mahu tak cuak? Hambikk engkau 9 dulang dari lelaki dan perempuan balas 11 dulang. Perghh gila banyak !
Haa ni la perbualan uzu dengan sepupu kesayangan uzu ni. Dia call bagi kabar gembira dan uzu kazen yang rapat dengan dia, kazen yang membesar di kampung, di rumah, sekatil sebantal bersama sejak kecik, bercinta sedih patah hati kecewa semua pernah kami rasa sama-sama.
Bayangkanlah dah macam adik beradik. Dengan adik beradik sendiri pun uzu tak rapat macam ni. So uzu orang yang happy dengar khabar ni. Sangat happy dan sedih tak ada waktu ini, sibuk dengan persiapan, sibuk di dapur, aishh sungguh rindu dengan kampung . kalau ada, mungkin uzu tolong gubahkan hantaran, takpun tukang masak dadih.
Jujur uzu cemburu. Bukan tak suka. Uzu pun nak juga rasa kebahagian ini *acewahhhhh* haha. Tapi bukan masa sekarang. Apa pun, tahniah ! Semoga kekal ke jinjang pelamin. Amin.
As-Salam
Percutian Bajet Ke Hat Yai / Songkhla 2015 | Uzu tertarik dengan trip bajet ke Hat Yai ni, uzu baca kat blog
pcl , macam murah je kan.. macam best je.. Lagi-lagi uzu suka travel ni. Gila tak teruja.
Tarikh :
27.02 - 02.03.2015 (3Hari 2Malam)
Harga Pakej :
RM 300/person [Trip terbuka pada umum]
Pakej: Bas 2 pergi balik
Termasuk :
Air mineral | hotel 2 nite | breakfast 1 x | tour guide | insurance | 1/2d tour hatyai | 1d tour songhkla .
Tempat lawatan :
Bandar Hatyai | Bandar Songkhla | Nora Plaza | Renu kooyo | Samila Beach | Chang Puak Camp | Ice dome | Museum 3d | Tang Kuan Hill .
Booking : Rm 100 (Oct)
1st payment : Rm 100 (Nov)
2nd Payment : Rm 100 (Dec)
Berminat , sila whatsapp sebelum terlambat kepada 017-4009726 (Nazlee; sebagai wakil kepada MSG Travel group) .
So guys? Jangan baca je ! Meh meh kita booking dulu. Uzu pun berminat nak p ni, InsyaAllah uzu pun nak p . Meh la join ramai-ramai ! Mesti havoc !!
As-Salam
Review Blog / Promote / Iklan / Sewa Tapak Dibuka Semula | Lama tak buat benda ni. Sebab kekangan masa. Ada juga yang pm berminat nak beriklan tapi uzu kata takda masa buat masa ni.
Tapi hari ni uzu buka semuala ye ! Kalau nak suh review product ke, promote bisnes ka, blog ke, apa-apalah yang nak di iklankan, bolehlah pm uzu kat facebook
Emas Putih II tuk pertanyaan harga.
As-salam
Dompet Yang Hilang Dipulang Oleh Insan Misteri| Lepas habis jawab paper, uzu dapat call dari Iukl student affair. Pelik juga dan hairan, apasal pulak iukl ni call..
Pastu dia kata, dompet dah jumpa. Ada orang pulangkan. Yang misteri tu, boleh pulak jumpa kat cafe..bila masa pula uzu p cafe malam tu. Dompet hilang masa nak balik dari celebrity fitness kat cheras. Pastu p makan kat bangi. Bila lak uzu p cafe malam tu?
Dalam dompet tu semua ada. Tak hilang sesen pun.. Nasib baik ! Tengkiu insan misteri yang baik hati kembalikan dompet uzu yang hilang..
Gembira tu.. Takde la nak gembira.. Sebab dah keluar habis duit nak rm500 lebih tuk buat semua balik...
Kalau tak buat secepat mungkin hari tu, kang jadi masalah pula. Tu yang laju je buat report dan yang lain-lain.. Apa pun, lepas ni kena lebih berhati- hati!
As-Salam
Cara Delete Akaun Facebook Orang Yang Sudah Meninggal Dunia | Al-Kisahnya sambungan daripada entry
ini , makcik uzu meninggal dunia kelmarin. Dan apa yang uzu pesan kat kazen, delete semua gambar-gambar arwah ibunya yang mendedahkan aurat *kalauada* . Tapi alhamdulillah, takda gambar aurat yang terdedah.
Then, dia cakap nak deactive acc mak dia tapi dia tak tau password. So uzu tau caranya macam mana. Lama dah uzu tau bab ni, baru teringat nak update.
- Tekan sini
- Isi form di bawah
So, pengajarannya, janganlah dedahkan aurat kat pesbuk. Hmm uzu nasihat tuk diri uzu juga. Uzu pun nak delete gambar-gambar yang mendedahkan aurat. Sebab kita tak tau masa kita bila.
Tapi uzu minta tolong jika uzu tiada dimuka bumi ni lagi, minta tolong u olss semua padam gambar-gambar uzu tak kira yang menutup aurat atau tak, uzu nak semua padam. Pastu, minta tolong report pesbuk dan blog uzu. Nak korang tutup semua yang uzu ada. Pesbuk ke, page, blog, twitter, ig dan semua yang berkaitan uzu.
Tu je wasiat. Yelahh.. Ajal mau ditangan tuhan dan semua itu adalah rahsia Allah. Allahualam. Renungkan dan selamat beramal ..
As-Salam
Al-Fatihah ! Pemergiannya Ketika Pada Raya Haji & Hari Lahirnya | Semalam, uzu dapat sms dari kazen uzu kat kampung di Bongawan Sabah. Katanya ibunya koma. Aipp macam tak percaya je. Mak dia sihat je selalu. Dia ada 2 mak. Kandung n angkat. Tapi walaubagaimanapun, angkat pun masih ada pertalian darah sbb mama kandung and mama angkat dia tu adik beradik.
Ni mesej 2 hari lepas. uzu pun berharap mak dia sembuh, dan kembali sihat. Tapi, terkejut juga bila kazen kat kampung bagitau, mak dia sudah meninggal dunia.. Allah..
Sedih juga baca kazen uzu punya status ni. Tak sangka mak dia meninggal pada raya haji dan pada hari lahir sendiri. Inalillahiwainnalillahirojiun. Al-Fatihah . Semoga roh ditempatkan di tempat orang yang beriman. Amin.
As-Salam
Konvoi Raya Aidil Adha #kelabbloggerbenashaari | Tadi seawal jam 9-10 pagi kami berkumpul di Masjid Putra, Putrajaya tuk konvoi raya ke rumah blogger kak sal kat Keramat..
Dari Putrajaya, abg ben dan family, dkna dan family, kak ty, qaseh , jeeb and uzu dan yang lain gerak sendiri ke rumah kak sal.
Makan , borak kosong, gelak tawa kat rumah kak Sal sambil layan makanan yang terhidang. Sedap kak sal masak. Thank you kak sal atas kesudiaan menjemput kami memeriahkan lagi raya haji hari ni.
Sebelum bersurai, group photo wajib untuk dijadikan kenangan. Hihi. Thanks for today. Pengalaman pertama raya haji kat tempat orang. Hihi.
As-Salam
Selamat Menyambut Aidil Adha Dari #kelabbloggerbenashaari | Selamat hari raya ye tuk korang. Mesti ramai yang balik kampung kan.. Uzu tak balik Sabah. Sedihya ..
Apa pun uzu nak minta maaf pada sesiapa yang pernah terasa dengan uzu, sakit hati, atau apa2lah yang menyakitkan hati samaada zahir atau batin. Mintak maaf sesangat ye.
First time uzu raya haji kan perantauan. Rasa kekok. Rasa tak biasa, rasa sedih pun ada. Tadi dengar takbir, rasa nak nangis je. Hihi takpa sok nak try camane lah raya kat sini.. Last but not least, once again, selamat menyambut aidiladha dari uzu dan #kelabbloggerbenashaari..