As-Salam
Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari Di Lava Grill Burger Serdang | Seperti biasa, aktiviti mengeratkan silaturahim antara #kelabblggerbenashaari adalah aktivti yang kerap kami buat.
Kali ni gathering kat Lava Grill Burger Serdang. Rasanya lama tak lepak situ. Tahun lalu last lepak kat Lava Grill Serdang. Kali ni lebih meriah dengan geng blogger baru. Best wooo . Meriahh !
Gambar kat atas ni, ramai lagi tak datang. Tak sempat nak ambik gambar semua. Maisng-masing busy dengan cerita masing-masing. Sesi berbual kosong sambil gelak-gelak. Oh indahnya dunia !
Hm makanan tuk malam tadi, uzu rasa nak makan ni, chicken chop. Sedapnya... Alahaii. feberet !
Gambar di atas ni bersama blogger yang berasal dari Cheras, Yaya Natsumi ! Orang yang suka culik henpon uzu tuk selfie. Hehe. Ok kami orang first datang tadi..
Alhamdulillah. Beginilah kami.. Seperti adik beradik yang saling menyayangi, ambil berat, prihatin, saling membantu dan banyak lagi. Kalau nak list sesatu, naik meroyan orang baca. Apa pun, uzu akan sentiasa support #kelabbloggerbenashaari dalam apa keadaan sekalipun! InsyaAllah..
As-Salam
Cara Padam Rumah Anda Di Google Street View |
Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna berjalan di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.
Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!
Tetapi dengan adanya teknologi ini, anda terdedah dengan bahaya! Penjenayah boleh nampak jenis kereta yang anda pakai, berapa banyak buah kereta anda, pintu pagar selalu berkunci atau tidak dan macam-macam lagi maklumat. Privasi anda telah dicereboh!
Ini adalah cara untuk memadam rumah anda dari
Google Street View. Hanya ada 4 langkah sahaja :
1. Buka Google Maps
2. Taip alamat rumah anda, klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
4. Pada pilihan ReQuest Dance Crew blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit
Kongsi kepada rakan-rakan anda supaya privasi anda tidak dicereboh. Kini tak perlu risau lagi dengan google stret view.
As-Salam
Bila Uzu Jatuh Sungai Bersama Motor ! | Pepagi ni hot topik di group wasap #kelabbloggerbenashaari ialah accident. Pepagi lagi ada orang accident. Pastu mula lah satu persatu menceritakan pengalaman accident memasing dan uzu pun sama.
Teringat zaman budak-budak uzu masa kat kampung . Masa nak jejalan ngan kazen, kami lalu tepi sungai. Jalan tu sempit. Menghala ke kuburan. Tak yakin sebenarnya nak lalu. Memang tau akan jatuh. Tapi buat derk ja.
pastu.. duppppppppppppppppppp ! Masuk sungai ! Haha kan dah agak ! Aishh tak dapat nak imbangkan motor dengan stabil.
Uzu ngan kazen masuk sungai ! Benda 1st yang uzu selamatkan, ialah.. henpon ! Hahaha nyawa tau henpon tu. Gila lah.. Habis henpon masuk air. Kazen pula selamatkan diri sendiri dan barulah angkat motor naik ke darat .
Ni la bebudak sekarang.. Henpon dulu diselamatkan dari nyawa. Ish ish ish tak boleh macam tu tau ! Henpon boleh beli, nyawa tak boleh diganti. Pengajaran untuk hari tu.. Konon serik tak nak bawa motor dahhh tapi... ketegaq !
As-Salam
Kesan Kenaikan Minyak Kepada Student | Naik 20 sen tu sikit tau ! Sapa yang ada kereta tu, haa dia tau ler camna 20sen tu besar impaknya. Ingat apa? Sikit?
Kos Minyak
Sekarang ni mesti ramai student yang bawa kereta kan? Macam kat class uzu, mostly bawa kereta. Bayangkanlah dalam seminggu RM50. Sebulan RM200. Ni dah naik ni 20sen ni, sebulan mungkin RM320. Perghhh banyak tu ..
Kos Rumah Sewa
Pelajar ni kalau tak tinggal kat hostel, mesti tinggal kat rumah sewa. Kalau dah kat hostel tu, kat ruma sewa, mesti ada masak memasak kan? Dari nak berjimat, tak dapat nak berjimat sangat. Pasti barang-barang naik ! Nak makan kat cafe pun, mesti naik punya. Last-last makan maggi je.
Hutang Ptptn
Sangat terbeban dengan hutang yang belajar. kat Diploma dulu dah berhutang RM11k. Degree pula RM49k . RM60k tu nak kena bayar. Dengan kos meningkat sekarang ni, Mana nak bayar tu, mana nak bayar ni, mampu ka nak bayar balik pinjaman ptptn?
Banyak lagi kos yang melibatkan student. Cuma tak nampak impaknya. Tapi terasa juga lah ! Huhaii giler lah. hmm ni bari student. Belum lagi kesan kepada yang dah kawin, yang ada nak. Cane tu?
p/s : idea entry ni uzu ambik kat sini ,
SirapLimau
As-Salam
Uzu Buat IC Kali Ke-4 Di Denda RM300 | Hmmm ni lah dugaan yang Allah nak uji. Refer kepada entry sebelum ini ,
baca sini , hari ni dah plan nak bangun awal pagi tuk buat apa yang patut tapi memandangkan tertewas di katil disebabkan sakit otot p Celebrity Fitness, maka jam 2 baru nak gerak buat benda2 tu.
Tadi uzu ngan roomate p buat IC kat Jalan Reko Kajang . Takda lah ramai orang sangat. Sekejap je buat . Nak tau tak denda hilang ic ? Huwaaaaaaaaaaahhhh nak nangis. RM300 tau! Tapi dapat diskaun 30%, so bayar RM220 . Kenapa RM300? Sebab dah kali-4 hilang.. Hmm
Uzu takde duit cash tau nak buat IC . Duit dalam bank. Nak p bank. Kad hilang sama. Nak buat kad dulu then ambik duit, takleh.. Dah try tadi . Dia nak ada IC juga. Nak tak nak... kena p buat IC dlu. Macam nak cari RM300 ?
Buntu.. tapi try minta tolong dengan group #kelabbloggerbenashaari . Nak pinjam sekejap je duit. Fuhhh nasib baik lah diorang ni baik hati nak tolong. Kalau tak? Cane? Tak terbuat lah IC ..
So, dengan bantuan #kelabbloggerbenashaari, maka urusan uzu dipermudahkan tadi. Thanks korang ! Esok pulak,harap-harap dipermudhakan segala urusan.. Amin.
As-Salam
Ke Balai Polis Gombak Pulak Memalam ni !! | Hmm apasalah lah uzu sangat careless ni. Ya Allah !! Hari tu lepas kat Melaka, lepak kedai makan, beg uzu sandang uzu tertinggal dekat kedai makan. Boleh pula tak perasan. Nasib baik lah geng-geng lain nampak.
Minggu lalu? Henpon pulak hilang. Nasib baiklah jumpa balik. Tadi? pun ada juga. Masa p Celebrity Witness, kunci lokar lak hilang. Nak buat balik? Rm50 beb ! Nasib baiklah ter-jumpa balik..
Pastu dompet ni pula hilang masa kat kedai makan kat Bangi. Lepak makan ngan Kak Sue & Abg Edy .. Bila nak bayar makanan tu, eh ! dompet ni main cak cak pulak .. Tenang.. Buat muka rileks.. Tapi cuak lah.. Cari kat keta xda, kat tandas xda, kat beg sandang uzu, xda.. Aduiyaii.
Careless? Entahlah.. Rasa dah jaga sebaik mungkin dah.. Dah pegang elok-elok. Jaga barang sendiri tapi hilang juga.
MasyaAllah.. Fikir positif ja.Tenang.. Rileks.. Mungkin ada benda Allah nak balas. Ada benda Allah nak tarik nikmat. Ada benda Allah nak buat teguran. Dan mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran..
Dah buat report polis dah tadi. Esok nak p apa yang patut. Hmm.. YaAllah, permudahkanlah urusan-urusan ku esok. Amin. Harap bapa uzu tak tau. Aish hhmesti dia mengamuk punya... !
As-Salam
Pakej Percutian Bajet Ke Bandung, Indonesia | Ada sapa kaki travel tak sini macam uzu? Heheh uzu bab jejalan ni, uzu suka gila. Best wooo .
Trip ke bandung bukan tahun ni tau ! Tahun depan..bulan januari. so korang baca details kat bawah ni dulu ye..
Trip ke Bandung, Indonesia
19 - 24 January 2015
6 Day 5 Night
RM 1300/person
Pakej ni termasuk :
Return flight ticket
Hotel 3star or similar with breakfast
Tour with tourists fee included
*lunch n dinner not provided
*beg allowance not provided
So kalau ada sesiapa tak mampu nak bayar sekaligus, boleh bayar beransur-ansur, mudah kan? Takde lah rasa terbeban sikit.
Fees structure :
1st payment RM 600 before 30 September
2nd payment RM 200 before 30 October
3rd payment RM 200 before 30 November
4th payment RM 300 before 30 December
Ada sesiapa nak join sekali, bolehlah PM kazen uzu ni,
Yazid Izzat . Dia memang selalu arrange trip murah, trip bajet ni.. Ari tu uzu p USS, uzu p under dia juga.. Senang bila berurusan dengan orang yang kita kenal. Hehe. Uzu pun InsyaAllah pegi. Siapa nak join? Jom pegi sama !!
As-Salam
Google Street View Semakin Famous Tapi Ada Risikonya ! | Wah ! dah upgrade eh sekarang. Kalau dulu ada google maps dan satelite tapi sekarang dah ada google street view.
Sekarang ni mudah je nak cari tempat, selain google image, google street view ni banyak juga membantu. Siapa yang kat sini tinggal jauh dari keluarga, boleh lah lepas rindu anda dengan google street view dan skodeng lah harapan rumah u olls .
Selain tu juga, kalau nak cari alamat rumah ke, haa boleh guna google street view ni. Akan terpacak gambar rumah korang. Tu pun kalau google dah upgrade lah..
Tapi ada juga keburukkanya, takut ada orang yang salah guna google street view ni. Hmm so pendapat anda macam mana?
As-Salam
Hadiah Special Untukku Dari Pelakon Raja Ema | Wahh bila dapat hadiah ni, memang tersenyum dah hati girang. Mana tak nya.. Pelakon kot tu ! Haaa ...
Hari tu lagi kak Raja Ema ni bagi hadiah. Nak tau apa? Hahaha dia bagi baju tidur tau ! Ianya salah satu dari koleksi yang ada di online shop
@rajaemasleepwearcollection sendiri..Ingatkan dah senyap dari industri hiburan tapi sebenarnya menjalan bisnes baju tidur..
Tapi kan, nak kata hadiah? Takde lah hadiah. Memang dia bagi beberapa blogger masa kat Sidang Media OMG Fest hari tu.
Time waktu uzu taip entry ni, kebetulan pakai baju tidur dari kak Raja Ema ni. Selesa juga. Jenis kain satin . Warna pun ceria. Hehe. Apa pun thank you kak Raja Ema !! Semoa bisnes running smoothly :)
As-Salam
Cara Hilangkan Sunburn Kat Muka | Sejak sebulan ni, hujung minggu uzu terisi dengan aktiviti yang terdedah di luar, contohnya macam p memancing udang seharian, Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari kat Melaka dan yg paling latest p Uss . Mau tak kena sunburn? Sampai muka uzu pun penuh jerawat pasir 1 muka. Ngeri uzu tengok ! Sampai nak p jumpa doktor tau !
Pastu uzu google lah camna nak hilangkan sunburn tapi yang keluar semua petua-petua lama. Kunyit lah, itu lah ini lah.ubi kentang la, timun lah, yogurt lah, tomato lah, mayonis lah. Hmm kat hostel ni mana nak cari? Baik beli produk je !
So last sekali , kak Ruby.my suggest produk ni, Aloe Vera 100% Gel yang mana sesuai tuk muka sunburn. So uzu pun pakai lah. Fuhhh sejuk muka beb..
Lepas pakai tu, jerawat pasir yang memenuhi 1 muka pun dah hampir surut, cuma kesan sunburn tu slow-slow dia hilang. Ok lah tu. Daripada takde kan? Siapa yang muka dah hitam gelap gelita tu serupa punggung kuali tu, boleh lah try. InsyaAllah berkesan. As-Salam.
As-Salam
Majlis Pernikahan Pelakon Comel Fiffy Natasya | Tahniah kepada Fiffy sebab dah nikah dah jadi isteri orang. Uzu memang minat dia ni. Comel je. Suami dia namnya Muslim. Alhamdulillah. Semoag berkat perkahwinan ini.
Sumber gambar.
As-Salam
Tips Tingkat Traffic Blog | Hari ni uzu nak share sikit camna nak tingkatkan trafic blog kita.. Benda ni berkesan tau ! Ada trafic masuk melalui benda ni..
Caranya mudah je, rajinkan ping entry u all kat Edisi.Blog ni. Haaaa baru tau benda ni. Edisi.Blog ni application kat henpon. Yang ada henpon samsung tu, boleh lah install kat Play Store and search "edisi blog" . Logo dia bulat kaler grey and pakai spek. Tuk iphone takde buat masa ni..
Memang berkesan tau application ni. Nak ping entry terbaru? Haaaa tak payah nak susah2 dah.. Semua di hujung cari ! Just tekan Ping je !
Bukan takat ping entry je, nak baca blog pun boleh kat situ ! So senang nak blogwalking ! So kalau nak tau lebih lanjut pasal apps
Edisi Blog ni, boleh terjah
entry ini !
As-Salam
Trip Ke Universal Studio Singapore Bersama Blogger | Ni kali yang kedua p Uss. Kali ni ngan Tya Salmid. Blogger kecik molek yang berasal dari Bangsar, KL. Tya ni blogger paling rapat ngan uzu kat sini. Hobi sama sebab kaki travel !
Ni uzu dapat harga tiket murah ke uss RM272 masuk Tiket USS+ Hotel 1 Night + Tiket bas masuk Singapore ! Dari KL kami gerak nek keta. Sesiapa yang nak p USS , uzu syorkan stay kat Tune Hotel Danga Bay dan situ ada ofis pakej ke USS sekali ngan bas masuk USS. Kalau nak masuk guna keta, sangat leceh. better naik bas.
So memang have fun lah kali ni sebab ada geng ! Semua benda kami try dalam ni. Hari tu tak try semua lagi. Ok lah, sebelum nak p USS tu, bacalah tips-tips sebelum nak masuk ke USS, benda apa nak bawa, boleh baca sini Tips Sebelum Ke Universal Studio Singapore dan boleh baca juga uzu ke USS tu kali pertaa, boleh baca sini Trip Ke USS Part #1
As-Salam
Panik Bila Hampir Di Samun ! | Nak dijadikan cerita, uzu ni tengah drive dari Melaka nak ke hostel. So uzu masuk lah laluan ke Bangi & Kajang kan. Tapi tersesat jalan la pulak mungkin tengah malam tak nampak jalan yang gelap.
So uzu berhenti kejap kat tepi depan dengan shop lot area Kajang.. Konon nak on waze. Eh tapi tenet habis kuota pulak. Pastu give up tak tau jalan, uzu suh kawan uzu lagi ganti mandu..
"weii hang la drive"
"haaa buka pintu"
uzu pun buka pintu.. pastu , baru nak buka pintu sikit, kawan uzu tu tetiba cakap camni..
"uzu. tutup pintu balik. tutup balik..pastu jalan"
dengan muka blur. tetiba pulak kan..tadi kata nak tukar mandu..
"jalan cepat!"
pastu uzu dengan perasaan panik pun sempat tengok lah sidemirror kiri kanan. uzu nampak 2 motor yang sedang menghala macam ready nak merompak. Dia punya usha tu lain macam.
Perghhhhh kawan uzu cakap, 2 motor tu dalam keadaan ready dah macam nak merompak. Ish ! panik gila uzu. Takut nak drive dalam keadaan macam tu..Uzu jalan je dengan hati dupdapdupdap.. Pastu kat traffic light, cepat2 tukar pemandu. Uzu tak sanggup dah ! tangan mengeletar , masih panik. takut tu masih ada.. sampai lah sekarang.
hmm pengajarannya?
- Jangan drive memalam bagi pompuan ye !
- Jangan jalan tempat gelap apatah lagi berhenti tempat sunyi
- At least kena ada lelaki teman .
- Tenet penting untuk waze !
Uzu bukan tak berhati-hati tadi, dah berhenti kat tempat ada lampu, tapi apasal lah mamat 2 ekor tu port dia kat situ. Huhh..Bayangkan kalau kawan uzu tak perasan dua mamat naik motor tadi? Apa jadi? Allahuakabar. Nauzubillahiminzaliq ! hmm . moga Allah jauhkan kami dari musibah. Amin.