As-Salam
Cara Bahagikan Masa Antara Blogger & Full Time Student | Kat sini mesti ramai blogger yang bergelar student kan? Mesti ada blogger yang kerja sepenuh masa kan? Sama juga macam uzu. Uzu full time student degree dan uzu juga part time blogger. Tapi mesti ada yang selalu tengok uzu jalan ke situ, ke sini, ke sana kan? Haaaa tak mengganggu pelajaran ka?
Blogger ni tak mengganggu pelajaran ke?
Tengok jadual class korang dulu. Kalau macam uzu ni, 3 hari ja ada class dalam seminggu. Tu yang banyak masa dengan keluar je. Tapi kadang-kadang, class cansel, haaa lagi lah boleh p event semua. Jadual tu penting la tuk bahagikan masa.Jangan pula korang ponteng class semata-mata nak p event ! Haa yang tu salah tu. Niat nak study kena utamakan. Penat mak ayah hantar p belajar tinggi2 tau ! Betulkan niat.. Belajar dulu then event blogger hanya untuk sampingan je.
Macam mana uzu buat assignment? Ada masa ka?
Uzu buat assignment, thesis semua pada sebelah lewat malam, jam 1 2 3 4 5 pagi. Time tu ja uzu suka buat kerja ni. Buat kerja blog, buat kerja apa-apa lah. Tenang je rasa. Kerja pun cepat siap. Class uzu pun selalunya tengahari, petang, pagi pun ada juga. So nak bangun lambat pun takpa. Takda la mata panda datang class kan.
Ni antara soalan-soalan femes yang banyak disoal ole kawan-kawan dan blogger yang sekarang ni bergelar student. Kalau student IPTA memang susah sikit. Uzu ni student IPTS so, tak straight sangat. Haa sampai tu je lah tips-tips tuk blogger yang bergelar student. Amalkanlah kalau ianya bermanfaat untuk anda. Hihihi.
As-Salam
Emas Putih Di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam | Hehehe ni la namanya laman seni. Hari tu uzu p laman seni kat Seri Kembangan, boleh baca entry
ini . Tak banyak sangat macam kat laman seni seksyen 7 shah alam ni. Yang kat seksyen 7 ni best gila ! Banyak juga 3d art ni tapi tak semua uzu snap. Nak snap gambar kat bawah ni pun berbaris tau ! crowded !
K
alau nak p laman seni seksyen 7 shah alam, bolehlah waze "jakel seksyen 7 shah alam" . Haa sebab sebelah tu je laman seni tu.So korang bila nak p? hihi
Senarai Laman Seni di Malaysia :
1. Belakang Food Court Seksyen 2 Shah Alam
2. Kawasan Seksyen 7 , area Nasi Lemak Cinta Sayang, berdekatan I-City Shah Alam
3. Artsmosphere , belakang Giant Seri Kembangan
4. Sekitar Georgetown
5. Depan Suria Sabah.
As-Salam
Menikmati Keindahan Colmar Bukit Tinggi Bersama Blogger | Inilah tempat yang uzu tersangat-sangat nak p start tahun lalu lagi. Tapi tunda punya tunda sampai dah setahun, haaa akhirnya, dapat pegi juga. Well said. Teruja gila uzu tengok keindahan colmar bukit tinggi ni. Serius ! Uzu p ngan Nina Sakinah, Tya Salmid & Mukmin. Kami berempat je.
Sebenarnya, ada beberapa tempat yang kami tak terpegi, boleh pula kami direct balik. Tapi lagipun time tu nak hujan. So sekejap ja kami jejalan area colmar ni. Macam USS tau ! Tapi USS 10x ganda besar dari tempat tu. Hihi apa pun, uzu sangat puas hati. Dapat pegi dengan geng-geng blogger. Happy bila dapat jejalan ni. Rasa macam nak p sekali lagi tau ! ok lah . As-Salam.
As-Salam
Al-Kisah Handphone Kesayangan Hampir Hilang ! | Hmmm ni kes cuai lah ni. Asyik tinggal je barang. Minggu lalu masa kat Melaka, tertinggal beg . Nasib baik ada geng #kelabbloggerbenashaari ambik kan. Kalau tak? Bayangkan dalam beg tu, semua ada.. Handphone 2 biji, tab, powerbank, dompet, mekap dll . Perghhhh maunya menangis tak berlagu uzu seminggu.
Tapi, entahlah uzu ni.. Dulu dompet dah berapa kali hilang. Dah 3x buat ic. Surat beranak pun hilang juga . Tak tau kat mana hilang. Sampai sekarang tak jumpa.. Pastu tadi, handphone pulak!
Masa naik taxi nak otw balik, konon-konon nak snap gambar klcc lah dari jauh, nak update insta la kononnya, so cari la henpon ni. Cari punya cari, eh takda pulak ! Haaaa kan dah cuak. Henpon baru uzu kot. Gila tak cuak?
So nak suh taxi tu patah balik, mesti mahal kan, then terpaksa turun kat lrt berdekatan.. Pergh, nak call cousin , henpon maxis uzu takda kredit. Pastu uzu p cari topup. Pastu, nak topup lah, alamakkkk !!! takda bateri pulak. Gilaaaaa ! Apa nak buat ni.. Pastu cek powerbank, laa tinggal 1% je. Try cas juga lah henpon tu. Pastu call lah kawan minta tolong.
Nasib baik lah jumpa henpon tu kat hotel. Uzu dari hotel semalam. Ambik kazen kat KLIA dan hantar ke hotel berdekatan dengan tempat khursus dia di Insitut Perubatan. Hmm Cuak tau !! Tak senang duduk ! Sebab uzu takut ada cleaner masuk kemaskan bilik.. Fuh nasib baik lah jumpa balik henpon ni. So uzu balik dengan selamat tadi. Senang hati henpon dah balik.
So pengajarannya, jangan careless ! Check ur beloging before u leaving, make sure henpon selalu ada bateri, cas powerbank tu dan sediakan wang tunai tuk emergency. Jangan lupa save no kenalan u ols ye. Apa-apa jadi boleh minta tolong. Itu je lah pengajaran tuk hari ni. Salam..
Emas Putih Dalam Majalah Maskulin | Actually dari 3 hari lalu lagi ada yang bagitau muka uzu dalam majalah. Uzu tanya, majalah apa? Dia kata majalah maskulin. Ohh okay. Buat derk..
Tadi p kedai, baru teringat pasal maskulin tu, uzu pun cari la. Nasib baik ada. Tapi pelik la. Ni kan majalah kaum lelaki. Hahaha.
Ni trip memancing kat Perak hari tu. Artikel ni pun ada kat majalah umpan jugak. Hmm Apa pun tq kepada Mr.Jocko sebab beri peluang uzu p Perak hari tu. Ok lah. Tu je. Salam. Nak tido.zzzzz
As-salam
Uzu nak sambung cerita hari kedua kat Agrofarmstay Resort .. Lepas je dari sukaneka #kelabbloggerbenashaari ,boleh baca entry kat
sini , aktiviti seterusnya ialah berenang kat swiminng pool . wooo lama tak swim.
Lama tak mandi woi. Sampai hitam legam muka uzu akibat mandi kolam masa tengahari.. Begitu juga blogger2 lain..
Jam 4 petang, bermulalah aktiviti riadah melawat sekitar
Agrofarmstay Resort. Tengok kolam, tengok arnab, tengok kuda, tengok pokok kurma, kerbau, apa lagi eh? Banyakkk lah yg menarik sampai tahap keterujaan terserlah kat muka kami masing2..
Lepas jejalan meround
Agrofarmstay Resort, diorang sediakan kami pisang goreng panas beb ! Gilaaa. Cun .. Dilengkapi dengan minuman panas. Layan pisang goreng tepi kolam beb. Heaven..
Dah aktiviti seterusnya ialah berkayak !! Wahhhh terbaikkk lah ! Tak pernah naik kayak. Rasa mcm wahh excited. Tapi uzu tak dpt nak join kayak ni.. Tak sihat. So masuk bilik tdur .. Apa pun tengok gambar diorang ni, best woooo...
Dan aktiviti terakhir ialah karaoke. Hihi. Yang ni part best.. Sebab uzu malu sebenarnya nak nyanyi tapi tak best la kan tak join nyanyi. Sporting2 ja semua.. Masing2 menyeluakan suara sumbang masing2 termasuk abg ben. Siap menari lagi. Hahaha tak tahan perut nak tahan gelak. Aishhhh. Kehkehkeh.
Best wo aktiviti hari kedua ni. Pengalaman yg sangat berharga.. Uzu rindu detik2 happy macam ni. Nak lagi la kalau ada lagi. Siyes.. Sebab memgeratkan silaturahim.. Hihi apa pun tq abg ben sebab invite we ols semua. Tq sangat2!
As-Salam
Kejutan Di Hari Lahirku ! | Ewahhh dah genap 24 tahun lah uzu ! Happy Birthday uzu ! Semoga Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah uzu masih bernafas dimuka bumi ini untuk tahun yang ke24 .
Yang buat uzu terharu sangat-sangat, uzu dapat kejutan dari geng-geng
#kelabbloggerbenashaari pada tepat jam 12 tengah malam, 21 september 2014 di bilik karaoke
Agrofarmstay Resort.
Tengah kusyuk layan kawan lagi karaoke, tetiba lagu berhenti 3 saat dan terdengar nyanyian lagu birthday dari mereka. Well, uzu tersenyum dan tersengih-sengih uzu malam tu. Tak lupa juga belated birthday untuk Najeeb & Faizal Fredley .
Dan uzu berterima kasih pada yang wish birthday kat facebook, kat insta, kat wasap dan kat mana-mana lah. Korang semua memang terbaik ! Tq sangat-sangat ! Love u all
#kelabbloggerbenashaari !
As-Salam
Sukaneka Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari #day2 | Hari kedua pula, kami ada sukaneka. Lama dah tak join aktiviti macam ni. Best dan menyeronokkan. Hehe. Sebelum memulakan sukaneka, kami breakfast dulu . Dan masing-masing memakai baju sukan dan pakaian bersesuaian.
Sebelum aktiviti sukaneka start, kami kena buat senaman ringkas untuk memanaskan badan. Hehe ..
"1 2 3 4 pecah pecah lemak , 1 2 3 4 pecah pecah lemak" .
Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dan aktiviti pertama ialah bowling kelapa. Hihi. Payah jugak nak score ni. Asyik jatuh ke tempat lain je.
Aktiviti kedua, sambut belon . Sapa belon yang banyak tak pecah, maka menang lah. Hehe. Susah tau nak buat ! Basah kitorang..
Aktiviti ketiga, ialah cari gula-gula dalam tepung. Yang ni uzu tak nak buat. Nasib baiklah kami menang aktiviti yang ni. Kak sue lah yang banyak cari gula-gula dalam ni. Habis muka penuh tepung.
Seterusnya, aktiviti keempat ialah penuhkan air dengan span. Memang kena buat dengan berhati-hati. Hehe. Penuh stratergi nak buat ni. Tapi tak penuh-penuh jugak. Hahaha :D
Berlari dengan bola pingpong adalah aktiviti kelima. Kami menang aktiviti yang ni tapi uzu bagi can group yg kalah kena tempek gambar kat sini. Ewah kak ruby, penuh semangat !
Dan yang terakhir, tiup belon sampai pecah. Hihi. Yang ni paling menakutkan. Haha. Sakit woo bila pecah kena kat muka..
Hehe. Sangat seronok buat aktiviti-aktiviti sukaneka yang dianjurkan ! Semua geng
Kelab Blogger Ben Ashaari sporting-sporting ! Kami sangat have fun ! Siapa yang kalah, tak kisah sebenarnya, yang penting pengalaman berharga buat kami.
Last sekali, thanks a lot to Agrofarmstay Resort sebab sediakan aktiviti sukaneka yang awesome ni. Thanks sesangat atas pengalaman yg berharga !! Ok lah. tu je. hehe Salam ..