As-Salam
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari #day1 | Yeahh ni lah yang paling uzu tertunggu-tunggu sebab ni kan aktiviti yang berkumpulan dan melibatkan keluarga kelab blogger ben ashaari.
Semalam kami ada ice breaking, sesi kenal mengenal, sesi mengenal lebih lanjut mengenai Agrofarmstay Melaka yang mana tempat ni sangat menarik. Macam-macam ada.
Pada lewat malam pula , kami ada meeting kelab yang mana membincangkan perkara-perkara tertentu untuk penambahbaikan kelab sendiri. Wow terbaikk beb !
Apa pun, uzu sangat have fun kat sini. Boleh tenangkan fikiran, beriadah bersama rakan-rakan blogger yang lain. Hehe ok waiting for next entry. Salam.
As-Salam
Lunch Date With Syarif Sleeq di Sunway Piramid | Hari selasa hari tu, uzu ke Sunway Piramid sebab dapat invite dari tonton tuk lunch date dengan si kacak Syarif. Gila nak tolak? Sleeq kot ! Nak pengsan je . Haha so uzu ajak lah beberapa blogger tuk join sekali.
Lunch date kami ni kat Johnny Rocket kat Sunway Piramid. Betul-betul kat depan kepala singa tu. Yang bestnya Johnny Rocket ni, selang 30 minit pekerja mereka akan memasang lagu dan semua pekerja menari ikut lagu. Haha. 1st time tengok wei. Best juga. Rasa nak ikut menari je.
Selain dari blogger, media, beberapa pemenang contest Sleeq pun turut hadir memeriahkan lagi majlis. Sebenarnya ia juga sempena ulang tahun yang ke-4 dan sempena 4 juta pengguna yg berdaftar ! Wowww keep it up tonton! Uzu pun memang tiap hari bukak tonton tau !
Tonton juga ada siri web baru tau , Hanya Satu yang tampilkan Syarif sendiri..Korang boleh la buka tonton. Dah start cerita tu dari 15 September sampai lah 17 October, setiap Isnin - Jumaat jam 12 tengahari.
Thanks Syarif atas layanan yang sangat baik. Syarif ada record video tau tuk pembaca blog uzu, haa meh terjah
SINI . Dan yang paling penting ialah selfie bersama. Tq sebab tersangat sporting ! Oklah. Tu je. Hehe. Nak tido dulu. Nak mimpi Syarif kejap lagi .. Assalamualaikum :)
As-Salam
Cabaran 30 Hari : 5 Perkara Yang Anda Rindukan #day17 | Oh maaf busy lah uzu lately. Ok bersambung cabaran 30 hari. Apa benda la yang uzu rindukan ?
1. Of coz rindukan arwah ibu yang dah lama meninggal masa umur uzu 15 tahun, form 3 time tu. Masa saat terakhir uzu takda di sisi. Lambat beberapa minit je. Tapi teringat malam sebelum
2. Rindu ayah yang jauh kat sabah. Rindu adik beradik. Rindu kazen-kazen. Rindu saudara mara. Rindu rumah. Rindu nak jalan-jalan.
3. Rindu nak naik gunung kinabalu lagi.
4. Rindu bed time story dengan kazen-kazen kat kampung. Sesi meluahkan perasaan sebelum tidur. Bahagia, duka, gelak tawa semua dikongsi bersama. Dah rapat dari kecik lagi sampai sekarang.
5. Rindu kawan-kawan sekolah. Rindu BFF.. Rindu kawan poli. Semua kawan uzu rindu.
ok lah tu je benda yang uzu rindu. Korang lak rindu apa? Nanti uzu baca blog korang eh yang ada update pasal ni. bye Salam
As-Salam
Wang Tunai RM50 x 6
-76
-108
- 94
- 211
- 3
- 190
Pendrive 8gb x 5
- 40
-165
- 1
- 212
- 169
Baju T-Shirt I AM x 5
- 179
- 18
- 30
- 55
- 177
Cool Hijab x 1
- 120
Thermos x 1
- 200
Camera Lomo x 1
- 87
Tahniah kepada pemenang. Sila tuntut hadiah anda dalam tempoh seminggu dari sekarang 24.09.14. Dan jangan lupa pm details anda ke
page uzu ye. tq !
Details :
Wang Tunai : Nama, Jenis Bank, No acc
Pendrive/ Baju Tshirt/Cool Hijab/Thermos/Camera Lomo = Nama, Alamat, No fon
As-Salam
Ping Entry Blog Anda Dengan Mudah Melalui Aplikasi Android Edisi Blog | Pada yang masih tak tau apa benda lah Edisi Blog ni? Sebenarnya Edisi Blog ni satu aplikasi android untuk ping entry blog anda dengan mudah je. Serius mudah !
Buat masa ni tuk Iphone takde apps ni, yang ni tuk android je dulu. Jangan lupa update profile korang ye !
Macam nak nak ping entry? Haa tengok gambar kat atas. Tekan je 3 titik bertindih kat atas sebelah kanan tu, then akan keluar macam kat atas, dan pilih lah PING
Then lepas tu, entry terbaru o lls akan automatik kena detect, tinggal nak pilih kategori dan tekan PING je. Haaa kan? Semudah ABC dan 123 kan?
Korang try lah sendiri. Sangat mudah ! Hihi pasti suka je nanti nak ping entry. Boleh lah we ols ni blogwalking kat fon je kan. hihi selamat mencuba !!
As-Salam
Tiket Murah Air Asia Serendah 51 Sen ! | Woww lama juga takda promotion Air Asia. Dah tadi petang dapat emel Air Asia yang mana harga tiket RM 0.51 Sen je ! Biar betul ?
Uzu sempatlah check. Harga dah naik sikit tapi masih dalam harga murah. Boleh tengok
SINI . Wahhh bila tengok tiket ke KRABI, masih murah lagi tu, RM79. Teringin uzu nak p Krabi. hehe.
Korang tengok2 lah web Air Asia. SKodeng mana yang patut. mana tau berkenan. Kan3. Hihi kan musim cuti sekolah ni. Apa lagi. Jangan lepaskan peluang anda :D Salam.
As-Salam
Surat kepada sesorang ? Ok lah surat ini untuk kepada suamiku kelak. Siapa eh suami itu? Belum tahu lagi. Siapa pun awak, macam mana diri awak,dimana pun awak berada, jika Allah takdir awak untuk saya, maka saya terima awak seadanya. Wahai jodohku.. Baca surat ini..
- Wahai jodoh ku, awat lambat sangat awak muncul dalam hidup ku. Penat dah ni berduka lara bercinta kerana awak tak muncul-muncul.
- Wahai jodohku, agak-agak hensem tak? Awak tak hensem pun takpe. Yang penting agama awak hensem untuk membimbing saya dan anak-anak kita.
- Wahai jodohku, bagaimanapun hidup awak, miskin atau kaya, saya tak kisah. Janji awak tak minta duit saya. *kehkeh* .
- Wahai jodohku, ketahuilah saya tak kisah tahap pelajaran awak tinggi atau rendah, janji awak boleh beri nafkah kenapa saya dan anak-anak
- Wahai jodohku, hmm didiklah dirimu menjadi orang yang penyayang, bertanggungjawab, ambik berat, penyabar, rajin, tak mudah mengalah, setia dan semualah kerana aku perlu semua itu.
Yang ikhlas,
Jodohmu.