Ainan Tasneem Sekali Lagi Terlibat Dalam Kemalangan | Menerusi akaun Instagramnya, Ainan menceritakan saat-saat cemas kemalangan tersebut sambil menjelaskan keadaan mereka yang selamat walaupun kereta yang dinaiki rosak teruk.
"Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yg terlalu kuat. Accident berlaku ketika dalam perjalanan drpd sg chuchuh ke wg ulu melalui jalan sg batu pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami.
"Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah. Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd sy utk berehat sbelum mengasak sy dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya. Terima kasih di atas doa anda semua," tulis panjang lebar.
Pada Julai tahun lalu, Ainan juga terlibat dalam kemalangan apabila kereta MyVi yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).