Ayer Hangat Village Langkawi


Ayer Hangat Village Langkawi | Baru-baru ni uzu berkesempatan ke Langkawi untuk kali yang ke entah berapa. Dah banyak kali tapi uzu tak pernah jejakkan kaki ke Ayer Hangat Village Langkawi ni. So uzu sangat teruja ke tempat-tempat baru untu explore dan merasai sendiri pengalaman berada di Ayer Hangat Village.

Ayer Hangat Village actually tempat kolam air panas semulajadi . Ni bukan air panas semulajadi yang biasa kita tengok ye, contohnya hot spring kat Sabah pun ada juga, tapi yang ni special sikit sebab air panas semulajadi air garam. Jarang dengarkan ada air panas air garam tapi itulah yang membuatkan Ayer Hangat Village ni menjadi tumpuan. Dalam dunia ni ada 3 tempat je tau.



Selain tu, kat sini ada Spa. Wahhh sapa yang rasa lenguh badan tu, boleh spa kat sini. Yang kaki travel tu, sambil travel ke ayer hangat tu, boleh lah rilekskan diri di spa. Ada bilik untuk single, untuk couple dan bilik tradisional. Pilih je mana nak..



Kalau tak mampu nak p Spa, dalam tu ada tempat urut kaki tau. RM15 je . Uzu ngan kak ruby.my layan benda ni sebab kaki lenguh sangat-sangat .
Makcik ni dah lama mengurut. Siap buat minyak urut sendiri. Dia tak guna gamat. Makcik ni permah giler. Pandai buat lawak. Rasa terhibur mengurut ada makcik urut macam ni.
Kat dalam Ayer Hangat Village ni, ada juga Refleksologi Basah dan kering. Yang refleksologi kering tu yang menyakitkan ! Auchhhhhhhhhhh tak tahan .. Jacuzzi pun ada tau kat sini . Guna air semula jadi. HUwahhhhhhhhhh bestnya. Hari tu tak bawa baju lebih. Hihi.




So, sesiapa yang nak ke langkawi, boleh singgah ke ayer hangat village tuk merasai pengalaman rendam kaki dalam air panas semulajadi. Tapi rasa macam susah nak feel sebab cuaca langkawi dan memang panas, pastu nak berendam lagi kaki panas-panas kat situ, tambah panas. Nasib baik ada kedai runcit yang boleh beli air sejukkkkkkkkkkkk . Huwargggg haus yg amat hihi.

Apa pun, thanks to Lada Langkawi, Gaya Travel, dan kak Ruby.my sebab kalau bukan sebab diorang, uzu takda lah sampai ke Langkawi ni. Hihi. Walaupun dah banyak kali pegi, tapi dengan media trip ni lain sikit. Macam VVIP ok :D. Hihi ok lah. Salam semuaaa :)


5 comments