3x Ditahan Security Guard Semasa di IOI City Mall Semalam !

As-Salam
gambar google je
3x Ditahan Security Guard Semasa di IOI City Mall Semalam ! | Al-kisah semalam uzu dan kembar si fatin bella semalam pegi Ioi City Mall semalam . Sejak Ioi City Mall buka since beberapa minggu lalu, uzu tak berkesempatan pegi walaupun hostel ke Ioi City Mall tak sampai 10 minit je.

So semalam berkesempatan pegi. Wah besar eh Ioi City Mall ni . Ramai sangat orang. Parking penuh . Kedai banyak dah buka. Meriah sangat orang bershopping sakan termasuk uzu ngan aten ni lah.

Sekarang kat Ioi City Mall ada buat sale, lagi la sakan kami mencari something yang membuatkan kami kata "wow lawanyaaaaaa" .. Macam-macam sale ada. adoiii pokaiii la masuk situ terus. Dari satu tempat ke satu tempat.

Tiba-tiba bila nak keluar 1 kedai tu, alarm bunyi ."wiiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiii " . Buat selamber ja. Pastu terus jalan. tetiba ada orang sapa "akakkk. nak cek tag ni jap. Takut tag harga dia tak scan" . Pastu uzu suh dia cek. Eh tak berbunyi pun barang yang uzu beli.

Lepas tu, manager kat situ nak cek beg. Alahaiiiiiiii dalam hati uzu, apasal ni ?? Uzu ada curi barang ke? Ada orang sengaja masukkan barang ke? Ada orang letak syahbu ke? Allahhh panik ! Sebab apa? Ramai orang tengok weii. Dah lah dia cek kat pintu luar . Bukan kat dalam kedai. Bila uzu buka beg uzu, dalam tu ada camera DSLR dan purse je. Fuhhhhhh lega.. ingat ada ter-masuk barang diorang ke apa ke kan... Pastu manager kedai tu minta maaf . Minta maaf la sangat.. Memalukan betul hokay :(

Pastu sambung lagi ke kdai lain cari baju/seluar .. Ingat nak ke Tesco tapi tak jumpa-jumpa. Terlalu besar Ioi City Mall tu sampai pening . Pastu masuk lagi kedai ni. Nak tengok-tengok. Bila keluar , bunyiiiiiiii lagi.... " wiiiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiiii" .. Adoi apa pula kali ni?

Tak nak kena tahan punya pasal, uzu masuk balik dan cari orang kedai kat situ. Tanya kenapa uzu masuk dan kleuar berbunyi. Fuhhh nasib baik dia kata "takda pape tu. u keluar aje" .. Pastu uzu keluar.

Pastu uzu rasa lega sangat sebab dah perasan alarm scan dia memang sensitif. Tapi tak taw la sensitif sebab apa.. Pastu sambuung lagi berjalan dan masuk kedai baju tu. Bila uzu keluar, bunyi lagi tuk kali ketiga dalam Ioi City Mall tu. Heyyyy sakit hati. Pastu security guard tahan. Dia cek beg uzu. Sekali lagi orang ramai pandang uzu macam uzu ni ada curi something. Allah gila betul lah Ioi City Mall ni.

Lepas tu, uzu pun terpaksa buka beg uzu nak bagi dia tengok, dia scan la benda apa dalam beg uzu. Dia ambik camera DSLR, dia scan, tak bunyi. Kedai baju takde jual DSLR, yang ko scan barang yang ko tak jual tu nape? Orang yang tengok tu kan dah salah faham, entah-entah diorang fikir uzu curi camera. Adudududuhhh tension uzu.. Pastu ada foreigner tu tegur, "ohh maybe your atm card" . Pastuu  uzu ambik purse dan scan purse uzu. Haaaa bunyiiiiiiii ... Laaa betul lah kata foreigner tu. Kad atm sensitif dengan alarm scan pintu keluar masuk tu. Haiyoooo. Teruss pening.

Pastu uzu dengar bunyi banyak bunyi alarm kat Ioi City Mall semalam.. So uzu rasa, uzu bukan orang pertama yang kena. Mesti banyak lagi kena. Perkara memalukan tuk Ioi City Mall yang baru buka. First time datnag pastu kena pengalaman yang memalukan. Adoi..

Mohon lah pihak Ioi City Mall menyelesaikan masalah ni sebelum ramai lagi yang malu sebab kena tahan security guard . Uzu tak nak datang lagi Ioi City Mall buat masa ni. Masih malu lagi dengan kejadian semalam  :(

Salam.


38 comments