Pentingkah Seni Mempertahankan Diri Untuk Budak Sekolah?

As-Salam


Pentingkah Seni Mempertahankan Diri Untuk Budak Sekolah? | Kes buli budak semakin berleluasa. Uzu pagi tadi sedih dan sebak je bila tengok video kes buli kat asrama. Kena tendang wo. Adui kesian budak tu. Emosi gila tengok . Kalaulah adik sendiri yang kena? Ya Allah. fikirkan...?

So, apa yang uzu boleh bantu, just nak tekankan kepada korang semua bahawa pentingnya seni mempertahankan diri dipupuk sejak kecil. Sapa yang ada anak tu, ada adik , atau korang sendiri pun boleh masuk mana-mana seni mempertahankan diri.

Contohnya, uzu sendiri ada belajar Taekwondo dari form 1 - 5 kat sekolah. Tali pinggang merah..Dah banyak kali masuk pertandingan Taekwondo, banyak kali menang pingat silver dan gangsa.

Belajar Taekwondo ni kan, boleh membantu uzu sedikit sebanyak dari sesiapa yang cuba membuli. Walaupun tak 100% dijamin selamat tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengelak. Takda la macam adik yang kena buli tu. Kesian dia. Ya Allah. Sakit pula hati kita ni. Rasa nak side kick, turning kick, back kick double lick ja pembuli tu !

So korangs, kang bila korang ada anak-anak nanti, korang bolehlah suh dia belajar mana-mana seni mempertahankan diri., Alaaa mahal takpe, yang penting tak jadi mangsa buli. Uzu pun kalau ada anak nanti, memang nak suh anak-anak masuk Taekwondo.Tak kisah kalau pasu bunga, cermin tingkap pecah, piring mangkuk terbang oleh anak-anak , janji dia kuat dan selamat di masa akan datang.. Hihi. Salam.

10 comments