Al-Kisah Kemalangan Pagi Tadi

As-Salam

Al-Kisah Kemalangan Pagi Tadi | Rasanya ramai yang taw apa yang jadi pagi tadi. Tapi bagi yg belum taw, uzu bagitau sekali lagi. Hm hm mcm malas nak cerita sebab malassss tapi banyak bertanya itu oni so uzu cerita lagi la.

Tadi uzu dalam perjalanan nak p Johor, nak cover event cosmoderm , penaja utama #kelabbloggerbenashaari tapi masa kat Ampang semasa otw nak ambik kak Ruby dan Adam, uzu ada lah kemalangan kereta sikit.

Uzu kat lorong laju, bawa dalam 90 gitu. Takda la laju sangat , punya kusyuk dengar radio, pastu tetiba "dummmmmm" .

Aik.. Ya Allah.. Sapa la kuajaq kan tetiba berhenti ni.. Kau dah kat lorong laju tetiba berhenti, napa? Uzu keluar, abang  yang drive .Nak marah ke tak ni? Kang tak bertegas uzu pula yang kena blame. 

"Abang.. Kenapa tetiba break? Ya Allah saya nak p johor ni.. Macam mana ni?. Lambat dah ni.."

"nak buat macam mana? Kereta depan jammed " expalain dengan muka panik dan mundar mandir. Kesian dia. Uzu tak leh tengok orang gitu. Tahap kesian uzu melebih2.

Uzu keluar dan terus ambik gambar. Minta no fon dia. Dia bagi no fon, aippp boleh percaya ka henpon dia bagi ni. Dia bagi no fon, terus nak belah.. Nak p genting katanya.



Uzu tak caya no fon dia yang dia bagi tu so uzu suh tunggu. Nak call bagi kepastian, kang dia bagi no pon tipu, nak buat macam mana? Pastu uzu call. Ok no uzu terpapar kat fon dia.. 

"So, abang.. Nak buat camna ni, jom buat report"

"Kalau buat report, awak juga yang kena ni. Awak yang langgar belakang saya"

Eh eh eh abang. Dia yang slow mengejut, salahkan kita pula. Time ni uzu tak taw sangat pasal peraturan yg langgar bontot kereta orang, kita yang akan kena walau macam mana alasan pun dlagi-lagi bukan kita penyebabnya..

Yang buat stress tu, cina towing datang, cina insurans datang, uzu malas nak layan, uzu just tunggu kawan uzu sampai. Biarlah yang lebih arif menyelesaikan. Nak sejam juga baru setel. Malunya duduk sesorang dalam kereta. Kesian kat Ampang tadi jammed. Maafkan saya. Sobsobsobs..

Last sekali, kereta kena masuk bengkel. Serabut otak ni. Nak p Johor tu nak cari duit lebih, tau tau , duit pulak yang keluar, nak kena bayar itu dan ini, kot lah abang tu minta ganti rugi. Tapi nasib baik dia tak minta ganti rugi, nampak tak yang dia memang bersalah? Dan kerosakan kereta dan penarik kereta di bayar insurans. Uzu just bayar saman je RM300 . Pastu nasib baik dia bagi diskaun sebab bayar cepat..

I dunno lah nak buat apa, certains simpati kat uzu, ada gak blame uzu. Aduiii kalau anda ada ditempat kejadian, memang tau lah salah siapa. Abang cina towing saksi pun nampak lah yang uzu tak bersalah. 

Menangis juga fikir masalah yang datang tambah henti. Allah. Dugaan sangat hidup uzu sejak dua menjak. Menangis nak fikir bayar hostel, menangis nak fikir bayar yuran u yang sepatutnya di bayar hari ni.. PTPTN tak masuk lagi.. Dan uzu berat hati nak minta bapa uzu duit. Nak bagitau uzu accident pun, tak sampai hati. Kesian orang tua tu nanti jadi risau, sakit kang.. Sapa susah?

Pastu, pening kepala, time kereta masuk bengkel ni 3 4 minggu ni, uzu nak naik apa p praktikal ni? Dah la takda public transport. Tak kan naik taxi? Aiyoooo merenung nasib yang malang. Allah nak uji. Sabarlah..

Tu je lah luahan hati sayu uzu hari ni. Terima kasih kepada Abg Ben, Kak Ruby , Posya dan geng-geng #kelabbloggerbenashaari yang buat uzu rileks tadi. Uzu tengah trauma nak drive kereta ni. Tadi ada juga bawa kereta sekejap, bergegar lutut. Rasa macam tak reti memantu. Takut gila.. Terus tak nak drive buat masa ni....

20 comments