Weii ! Lusa Aku Tunang !
Weii ! Lusa Aku Tunang ! | Terkejut dan tak sangka. Penuh dengan kejutan.. Ingatkan nak datang merisik, tapi pihak lelaki kata nak bertunang terus. Mahu tak cuak? Hambikk engkau 9 dulang dari lelaki dan perempuan balas 11 dulang. Perghh gila banyak !
Haa ni la perbualan uzu dengan sepupu kesayangan uzu ni. Dia call bagi kabar gembira dan uzu kazen yang rapat dengan dia, kazen yang membesar di kampung, di rumah, sekatil sebantal bersama sejak kecik, bercinta sedih patah hati kecewa semua pernah kami rasa sama-sama.
Bayangkanlah dah macam adik beradik. Dengan adik beradik sendiri pun uzu tak rapat macam ni. So uzu orang yang happy dengar khabar ni. Sangat happy dan sedih tak ada waktu ini, sibuk dengan persiapan, sibuk di dapur, aishh sungguh rindu dengan kampung . kalau ada, mungkin uzu tolong gubahkan hantaran, takpun tukang masak dadih.
Jujur uzu cemburu. Bukan tak suka. Uzu pun nak juga rasa kebahagian ini *acewahhhhh* haha. Tapi bukan masa sekarang. Apa pun, tahniah ! Semoga kekal ke jinjang pelamin. Amin.
23 comments