Rumah Terbalik Di Tamparuli Sabah

As-Salam

Kelmarin, 6 Ogos 2014 bersamaan hari Rabu, uzu mengambil peluang ke Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli, Sabah. Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya. Selalu kalau nak ke Ranau, memang lalu je. Kali ini berkesempatan sebab cuti lama kat Sabah. Hehe. 

So siapa yang nak pegi, kalau dari bandar Kota Kinabalu ke Rumah Terbalik, nak 50-60 minit juga baru sampai. 

Rumah Terbalik atau lebih dikenali Upside Down House, merupakan rumah yang pertama dibina terbalik di Asia Tenggara . Dibuka pada Januari 2002 lagi. Lama dah tu. Dah 12 tahun usia rumah tu.

Yang paling membanggakan, Rumah Terbalik dah masuk Malaysia Book of Records sebagai Upside Down House 1 di Malaysia ! Wahhh I really proud be a Sabahan :D












Hanya kawasan di luar rumah je yang di benarkan ambik gambar. Yang kat dalam, tak boleh. Sama sekali dilarang. Siapa yang ambik jugak , didenda RM100 dan gambar tu didelete serta merta :D

Di Rumah Terbalik ni ada tempat beli cenderhati dan disediakan Cafe. So uzu pun lepak-lepak kat cafe kat sini kelmarin sesambil menikmati keindahan Rumah Terbalik.



Harga Tiket : RM10
Masa : Isnin - Ahad / 7 Pagi - 7 Malam

21 comments