Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos by Denaihati
As-Salam
Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos by Denaihati | Entry ini adalah entry terbaik untuk bulan ini kerana ianya entry mengenai program yang dianjurkan oleh Yeos yang mana ianya adalah kali pertama Yeos mengadakan program seperti ini pada bulan Ramadhan.
Apa yang saya sedia maklum, program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita kerana ianya disertai oleh semua bangsa, budaya, umur , latar belakang yang berbeza sama ada melayu, cina , india dan lain-lain.
Program ini dinamakan Ramadhan’s Day-Out Fasting Camp yang merupakan program perkhemahan semasa bulan ramadhan untuk kita merasakan pengalaman berpuasa bersama rakan blogger-blogger yang lain, dan yang lain.
Benar apa yang ditulis pada entry Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos ini, yang mana program ini adalah sedikit sebanyak menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri.
Program ini dimeriahkan oleh selebriti dari pelbagai kaum seperti Juara Astro Talent Quest 2004, Fayse Goh, Heliza Helmi, KeQing dan blogger terkenal di Malaysia, Ben Ashaari .
Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos telah diadakan pada 12 Julai 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor Darul Ehsan yang bermula pada seawal 9 pagi sehingga 8 malam.
Antara aktiviti yang menarik ialah melawat rumah anak-anak yatim. Pengalaman yang sangat menarik sekali.
Sambil melawat rumah anak-anak yatim,diisi waktu dengan membersih dan mengemaskan rumah, aktiviti membuat ketupat, memberi sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim piatu dan sesi bergambar.
Antara aktiviti lain yang diadakan adalah seperti Ice Breaking, ceramah mengenai puasa dan senaman. Pengalaman seperti ini adalah pengalaman yang amat jarang diadakan ketika bulan puasa. Ia sangat mencabar!
Alhamdulillah. Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos ini telahpun berjalan dengan lancar. Apa yang diharapkan semoga program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi silaturahim terutama silaturahim antara blogger. Semoga program Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos ini memberi sumber ispirasi kepada Tuan Denaihati untuk menganjurkan program seperti ini. Sekian dan Assalamualaikum.
10 comments