Emas Putih Di Ruangan Cuti-Cuti Bajet Utusan Malaysia

As-Salam


First at all, thanks kepada reporter utusan malaysia sebab sudi email uzu pasal nak ambik entry uzu , baca sini Percutian Bajet : Makam Mahsuri Langkawi  dan entry ini Percutian Bajet : Cable Car Langkawi tuk dijadikan artikel dalam ruangan Cuti-cuti bajet Utusan Malaysia. Menurut reporter, entry uzu dia jumpa kat google. Oh terharu seketika . Hehe. 

Artikel di bawah ni, memang 98% uzu yang buat sendiri sebab reporter tu bagi peluang uzu buat artikel ni sendiri , so memang jauh beza dengan entry uzu original. Uzu gabung entry Makam mahsuri dan cable car. So yang tak dapat baca lagi, jom baca kat bawah .

Bila berada di Langkawi, pasti ramai yang ingin singgah ke Makam Mahsuri yang mana ianya salah satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikunjungi. Kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya, siapakah Mahsuri sebenarnya, biar penulis jelaskan secara ringkas.
Makam Mahsuri ialah makam pengebumian Mahsuri iaitu seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Mahsuri dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dengan nama jolokan Puteri Langkawi.
Penulis percaya, kisah yang paling popular tentang kehidupan Mahsuri adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini menjadi pengajaran dan tauladan.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram selama 7 keturunan.
Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Makam Mahsuri, ianya terletak kira-kira 12 km dari Pekan Kuah. Di sini, anda boleh melawat satu makam yang dikatakan makam Mahsuri, di samping melawat replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi.
Anda juga boleh menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.
Selain daripada Makam mahsuri, anda boleh terus ke tempat paling mendapat sambutan dan menjadi kegilaan ramai untuk menaikinya iaitu The Oriental Village Langkawi yang menyediakan perkidmatan kereta kabel. Perjalanan Makam Mahsuri ke The Oriental Village Langkawi hanya mengambil masa 40 minit .
Kawasannya terletak di kaki bukit Gunung Machincang. Di situ terdapat banyak koleksi lebih daripada 50 aktiviti dan pengembaraan, kedai cenderamata dan kedai runcit, galeri dan spa serta kafeteria.
Untuk tips menaiki kereta kabel, pengunjung dinasihatkan terlebih dahulu membeli tiket sebaik sahaja memasuki kawasan Oriental Village. Ini kerana proses membeli tiket dan menunggu giliran untuk naik akan mengambil masa yang panjang.
Harga tiket untuk menaiki kereta kabel adalah RM30 tetapi sekarang hanyalah RM15 kerana telah mendapat potongan harga tiket 1Malaysia sebanyak 50 peratus. MyKad haruslah disediakan bagi tujuan membeli tiket.
Masa menunggu giliran lebih kurang 40 minit dan ada tempat menunggu khas disediakan bagi semua pengunjung.
Perasaan sangat gementar ketika sampai giliran. Pertama kali menaiki kereta kabel, rasa gugup dan gementar pada diri penulis. Ternyata ianya sangat menyeronokkan dan mengembirakan. Semakin tinggi kereta kabel naik, semakin gayat dapat penulis rasakan.
Sepanjang menaiki kereta kabel, pengunjung boleh merakam gambar sebagai kenangan dan melihat ciptaan tuhan dari pandangan atas. Sangat mengagumkan melihat keindahan yang ada di Malaysia ini.
Di sana, terdapat dua perhentian. Pengunjung boleh turun ke perhentian 1 untuk menikmati pemandangan dan merakam gambar. Sesudah itu, anda boleh ke perhentian 2 untuk menikmati minuman dikedai yang disediakan sambil menikmati pelbagai hidangan lain.
Pengunjung boleh bersantai dikawasan sekitar dan anda juga dinasihatkan untuk membawa pakaian sejuk kerana suhu di atas agak dingin. - Siti Aminah Idrus/http://www.kisahemasputih.com

Artikel original boleh tengok kat web Utusan Malaysia . For those information, before this, blog uzu pernah masuk media cetak, di Harian Metro , Remaja , Utusan Malaysia ruangan blogger pilihan dan yang latest yang ni lah . So, thanks kepada yang support uzu selama uzu berblog ni, dah pada anda anda yang membaca ni. Kalau nak tahu macam mana nak masuk newspaper ni, haaa tunggu lah entry uzu lepas ni ye :)

Salam.

15 comments