As-Salam
Percutian Bajet : Makam Mahsuri Langkawi | Makam Mahsuri merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik bila berada di Langkawi dan uzu pun tak nak ketinggalan lah nak p tempat ni. Tapi tentanya-tanya juga, siapa Mahsuri sebenarnya. Hoho tak minat sejarah.
Ok ni uzu nak cerita serba sedikit tentang Mahsuri, mana la tau ada yang tak tahu lagi sejarah dan kisah Mahsuri. Macam ni ceritanya.
Mahsuri ni isteri kepada pahlawan Wan Darus yang mana Mahsuri ni perempuan yang paling cantik lah kat Langkawi ni sampai isteri ketua kampung cemburu dengan kecantikan dia. So satu hari ni, Mahsuri di tuduh berzina dengan lelaki lain (Deraman) padahal Mahsuri seorang isteri yang setia.
Orang kampung semua tak caya kat Mahsuri, so di ikat di tiang/pokok tuk ditikam . Bila berjaya ditikam , darah putih keluar dari tubuh Mahsuri. Darah putih tu membuktikan bahawa Mahsuri tak bersalah.
Sebelum Mahsuri ni hembuskan nafas terakhir, dia pun bersumpah yang mana Langkawi tidak akan pernah aman selama 7 keturuanan.. Jadi 7 keturunan dulu kala tak pernah aman. Sekarang ni dah habis 7 keturunan dah.. So begitulah ceritanya.. Kesian kan.. Hmm
So inilah sekitar Makam Mahsuri ..
Inilah Makam Mahsuri..
Harga Tiket : RM 7
Banyak pelancong kat sini sampai susah nak cari parking. Tapi not bad lah. At least dapat merasa dan menjengguk kubur/makam Mahsuri . Thanks to Dedeq De Wishes sebab sporting dibawa ke situu kesini. Sampai sesat kat Langkawi tu haaa . Tunggu next update uzu kat Cable Car Langkawi pulak ye. Salam :)
budget trip to Langkawi
gambar makam mahsuri
harga tiket makam mahsuri
makam mahsuri
makam mahsuri langkawi
pencutian bajet ke langkawi
tempat menarik di langkawi
12 comments