Jom Try Rawatan/Ubat Semulajadi Untuk Selsema Guna Bawang Je !

As-Salam

Jom Try Rawatan/Ubat Semulajadi Untuk Selsema Guna Bawang Je ! | Rawatan/Ubat Semulajadi untuk Selsema (Natural Treatment/Remedy for Flu)

Minyak Bawang Putih (Garlic Oil)

Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk/ selsema .

Caranya:
  • Bakar bawang putih diatas api tanpa membuang kulit bawang tersebut.
  • Setelah itu lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun/ minyak masak. 
  • Kemudian sapukan pada tapak kaki/dada anak anda.

Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

Caranya:
  • Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk (tidak perlu lumat )
  • Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
  • Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

(Bawang putih sangat bagus bagi tujuan merawat selsema batuk) . Selamat mencuba!!

5 comments