Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)
Ucapan :
Assalamualaikum sahabatku. Sahabat yang ku sayangi, sahabat yang ku kasihi dan sahabat yang kucintai sejak pertemuan persahabatan kita pada tahun 2000.
Sahabatku,
Disini, dengan penuh rasa ikhlas hari, aku ingin ucapkan , Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-2 bersama suamimu yang engkau cintai, Mohd Hafiezy , semoga perkahwinan yang dilafazkan sah pada 30.03.2012 menjadi perkahwinan yang dirahmati dan diberkati Allah.Semoga pada tahun ini, rezeki mu murah untuk menimang cahaya mata yang telah engkau dan suami idamkan. Semoga perkahwinan ini sentiasa meniti kebahagiaan dalam rumahtangga. Semoga perkahwinan ini menjadi saksi cinta engkau bersama suami. Semoga Allah titipkan kasih sayang erat dalam perkahwinan ini dan semoga pintu rezeki engkau dan suami sentiasa murah hendaknya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih sahabatku. Terima menjadi sahabatku. Terima kasih kerana memberi aku kesempatan untuk tumpang kegembiraan ketika majlis akad nikah mu. Terima kasih kerana sudi memberi kesempatan aku menolong dalam majlis bahagiamu. Doaku semoga ikatan persabahatan ini akan kekal selamanya untuk aku terus berdoa akan kebahagianmu. Dunia dan akhirat :)
Sekian dan ikhlas dari hati paling dalam,
Emas Putih.
Sahabatmu dari tahun 2000.
9 comments