Tengah malam semalam dunia laman internet, Twitter menjadi kecoh di sebabkan sekeping gambar seorang pelakon lelaki yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi yang sedang berlumuran darah tersebar meluas. Dia dikatakan telah terlibat dalam kemalangan. Dalam jam lebih kurang 2.00 pagi, individu pertama yang menyebarkan gambar itu adalah seorang pelakon dan pelawak lelaki, Mamat Sepah.
Kemudian, Tweet Mamat Sepah itu di’retweet’ pula oleh seorang pelakon wanita, Azza Elite. Dan ikuti pula oleh pelakon dan pengarah wanita lain, Isma AF7. Namun, mungkin Azza dan Isma terfikirkan kebenaran cerita tersebut, mereka berdua telah menyiasat sendiri isu kemalangan Zed Zaidi. Akhirnya, mereka berdua menjelaskan di laman Twitter sambil berbalas Tweet yang cerita itu hanyalah ‘propa’ semata-mata yang dibawa oleh si pembawa cerita yang kuat ‘berpropa’, kata Azza.
Jelaslah dalam setiap Tweet Azza dan Isma, mereka berasa marah dengan cerita ‘propa’ yang dibawa oleh si kaki ‘propa’. Kalau dilihat kepada ayat si kaki ‘propa’ yang dikeluarkan Azza, ia jelas menunjukkan kepada Mamat Sepah. Selepas kebenaran terbukti, Mamat Sepah tidak ada mengeluarkan langsung kenyataan itu adalah ‘propa’ sahaja di laman Twitternya. Sebaliknya, dia rancak berbalas Tweet dengan seorang penyanyi Rock lelaki, Amy Search. Tukar topik la konon..
Zed Zaidi sebenarnya sedang menjalani sesi pengambaran laaaaaa.. Gila punya Mamat Sepah!! Takde story lain ke?
13 comments